Dunia Penuh Gosip - TTMM Dunia Penuh Gosip: TTMM - All Post
Memaparkan catatan dengan label TTMM. Papar semua catatan
Mendapat undian penonton paling tinggi melayakkan Hussain sebagai juara program Big Stage Rocketfuel yang berlangsung malam tadi di Auditorium MBSA Shah Alam.



Persaingan sengit antara lima finalis lain membolehkan Hussain membawa pulang wang tunai RM30,000, sebuah single terbitan Rocketfuel Entertainment, selain peruntukan pengurusan kerjaya dan pemasaran single bernilai RM100,000 tajaan Rocketfuel Entertainment serta sebuah trofi.

Hussain juga membawa pulang dua lagi anugerah lain pada malam tersebut iaitu Rocket Star of The Week dan juga anugerah Peserta Program Realiti Paling Lama Bertaham iaitu sepanjang 18 minggu bermula dari program TTMM (10 minggu) hingga kepada Big Stage Rocketfuel (8 Minggu).

Sementara itu, tempat kedua disandang oleh Adam Nazmie yang membawa pulang wang tunai RM20,000, sebuah single terbitan Rocketfuel Entertainment, peruntukan pengurusan kerjaya dan pemasaran single bernilai RM50,000 tajaan Rocketfuel Entertainment serta sebuah trofi.

Sementara Ranisha pula berada di kedudukan ketiga dan membawa pulang wang tunai RM10,000, kontrak Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM50,000, sebuah single dan trofi sumbangan Astro.

Tempat keempat pula milik Danny dan Yad-Z di kedudukan kelima, masing-masing membawa pulang RM5,000 bersama trofi. Danial Kifli pula berada di tempat keenam dengan menerima RM 3,000 dan trofi.








Mencipta kejutan menjadi peserta termuda, Anggrek yang baru berusia sembilan tahun bersama ibunya selaku pengurus, Adira  dinobatkan sebagai juara pertandingan realiti Talk To My Manager musim kedua TTMM2).



Anggrek atau nama sebenarnya Anggrek Adnan Abu membawakan lagu Aku Stacy untuk persembahan solo serta Sutera duet bersama Aisha Retno. Kemenangan itu melayakkan pasangan anak beranak itu membawa pulang ganjaran wang tunai berjumlah RM30,000, berserta trofi.

Adira berkata, anaknya layak meraih kejuaraan atas hasil usaha keras yang ditunjukkan sejak awal pertandingan berlangsung hingga ke hari ini. Walaupun ramai diluar sana mempertikai nyanyian Anggrek yang tidak matang dan kurang menyerlah.

Manakala naib juara milik Hussain dan pengurusnya, Jamilul Hayat menerima RM15,000, barangan kemas, pakej penginapan, tajaan pengurusan dan pemasaran RM25,000, lagu baharu dan trofi.

Bagi tempat ketiga, Cik B bersama pengurus tersayang, Datuk Seri Vida menerima RM10,000, barangan kemas, pakej penginapan, tajaan pengurusan dan pemasaran sebanyak RM25,000, lagu baharu dan trofi.

Sementara itu, peserta Azeva Natassha dengan pengurus, Datuk A Aida mendapat tempat keempat menerima RM5,000, pakej penginapan serta trofi dan kelima Kim Khairii juga pengurusnya Safura memperolehi RM5,000, pakej penginapan dan trofi..






Selepas lapan minggu berentap, pentas Talk To My Manager (TTMM) menyasikan pasangan anak beranak, Liza Hanim X Marsya dinobat sebagai juara.



Hasil kemenangan tersebut  telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 berserta trofi.

Tempat kedua disandang oleh Shuib X Thalita yang membawa pulang wang tunai RM15,000 manakala Sharifah Shahirah X Audra berada di tempat ketiga membawa pulang  RM10,000 dan trofi.

Sementara itu, Ameng X Ammar serta Ina Naim X Hadie memenangi tempat keempat disusuli di tempat kelima dengan masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 berserta trofi.

Manakala Siti Sairah X Amad, meraih tempat keenam, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai, RM3,000 berserta trofi.