Dunia Penuh Gosip - elektrolit Dunia Penuh Gosip: elektrolit - All Post
Memaparkan catatan dengan label elektrolit. Papar semua catatan
Sama ada anda sedang mencabar diri dengan sasaran baharu di gim, bersedia untuk renang terbuka pertama anda, atau dalam latihan untuk kayuhan jarak jauh, satu perkara tetap penting, cara anda memberi tenaga kepada tubuh anda sama pentingnya dengan cara anda berlatih.



Kini, di seluruh Asia, minat terhadap gaya hidup aktif semakin berkembang. Dari maraton dan triatlon di Malaysia, perlumbaan bot di Korea, larian denai di Hong Kong, hinggalah ke acara larian anjuran Herbalife di Indonesia, Taiwan dan Vietnam, semakin ramai menyahut cabaran kecergasan. Dengan peningkatan ini, semakin ramai juga yang mula sedar bahawa pemakanan bukan sekadar diet, tetapi satu komponen penting untuk meningkatkan prestasi dan ketahanan tubuh.

Latihan Tanpa Nutrisi Ibarat Enjin Tanpa Minyak

Bayangkan tubuh anda seperti sebuah enjin berprestasi tinggi. Tanpa bahan api yang betul, ia takkan bergerak jauh,  walaupun anda sudah mengikuti rutin latihan yang tersusun. Tanpa nutrisi yang menyokong usaha anda, hasilnya mungkin tidak sepadan dengan penat lelah. Sama ada anda aktif di hujung minggu atau sedang bersedia untuk acara sukan besar, pemakanan sukan perlu menjadi sebahagian daripada rutin anda.

Apa yang Tubuh Perlukan untuk Hasil Terbaik

Asas nutrisi bermula dengan kalori dan makronutrien yang seimbang dengan keperluan kecergasan anda. Secara ringkas:

Karbohidrat: Sumber tenaga utama, terutamanya untuk senaman berterusan. Pilih karbohidrat yang mudah dihadam 30–45 minit sebelum bersenam untuk kekal bertenaga.
Atlet ketahanan mungkin memerlukan 7–10g karbohidrat bagi setiap kilogram berat badan setiap hari.

Protein: Penting untuk membina dan membaiki tisu otot selepas latihan.
Jumlah disyorkan: 1–1.3g/kg untuk latihan biasa, hingga 2g/kg bagi latihan intensif atau kekuatan.

Lemak: Walaupun sering diabaikan, lemak membekalkan tenaga jangka panjang dan penting untuk kesihatan sel. Pilih lemak sihat seperti kekacang, biji benih, ikan berlemak, dan minyak zaitun atau bijan. Ambil secara berkala sepanjang hari, bukan sebelum bersenam.



Masa Pengambilan Sama Penting dengan Apa yang Dimakan

Pemakanan yang baik bukan sekadar tentang apa yang anda makan, tetapi juga bila anda makan:

Sebelum bersenam: Snek ringan yang tinggi karbohidrat dan rendah serat 30–45 minit sebelum memulakan. Pastikan tubuh cukup terhidrasi — cuaca panas dan lembap di Malaysia mudah menyebabkan anda cepat letih.

Tambah elektrolit jika perlu.
Selepas bersenam: Dalam masa satu jam selepas bersenam, ambil 20–40g protein bersama karbohidrat seperti buah-buahan, nasi atau mi untuk bantu pemulihan otot dan menggantikan tenaga yang hilang.

Air Sahaja Tak Cukup

Walaupun air sangat penting, senaman yang lama atau intensif menyebabkan kehilangan elektrolit melalui peluh. Di negara seperti Malaysia, kehilangan cecair boleh jadi lebih tinggi. Malah, menurut Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia, kebanyakan orang dewasa yang matang kehilangan kira-kira 2.5 hingga 3 liter cecair setiap hari, dan lebih banyak lagi bagi mereka yang mengambil bahagian dalam aktiviti dan sukan berintensiti tinggi.

Untuk senaman lebih 30 minit, terutama di luar, minuman elektrolit yang mengandungi sodium dan potassium lebih sesuai. Jika anda bersenam lebih sejam, pilih minuman yang juga mengandungi glukosa untuk kekalkan tenaga dan elakkan kekejangan otot.



Pemulihan Juga Sebahagian Daripada Latihan

Ramai yang terlepas pandang pentingnya rehat. Sebenarnya, pemulihan ialah masa di mana tubuh anda benar-benar membina semula dan bertambah kuat. Pastikan anda mendapat tidur berkualiti 7–9 jam setiap malam dan sekurang-kurangnya satu hari rehat penuh setiap minggu.

Tidur yang cukup membantu mengawal hormon, menyokong pembinaan otot, dan memulihkan tenaga.
Setiap Individu Unik, Tapi Keperluan Asas Sama

Setiap orang mempunyai tahap kecergasan dan matlamat berbeza, tapi satu perkara tetap sama — tubuh memerlukan pemakanan yang konsisten dan seimbang. Ini bukan soal diet yang rumit, tetapi tentang kesedaran dan disiplin harian.

Di Herbalife, kami percaya setiap individu boleh capai potensi terbaik mereka dengan ilmu dan nutrisi yang betul. Bila anda makan dengan betul, anda bukan sekadar mencapai matlamat — anda mampu melepasi had anda.

Nikmati kehidupan anda sebaiknya.