Dunia Penuh Gosip

TV AlHijrah terus memperkukuh kedudukannya sebagai stesen penyiaran dakwah utama negara apabila memperkenalkan barisan program baharu bagi Slot Perdana 9 Malam tahun 2026 yang bakal bersiaran bermula Januari ini.




Penjenamaan semula slot ini menampilkan pembaharuan format, pengisian yang lebih interaktif serta pendekatan dakwah yang lebih dekat dengan realiti kehidupan masyarakat, selari dengan perubahan landskap media dan keperluan penonton masa kini.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, berkata Slot 9 Malam kekal sebagai nadi utama penyampaian dakwah stesen itu, justeru penambahbaikan dilakukan secara strategik agar kandungannya bukan sahaja relevan, malah mampu memberi kesan mendalam kepada penonton.

“Bagi TV AlHijrah, dakwah tidak boleh bersifat statik. Ia perlu hidup, bergerak dan berinteraksi dengan realiti masyarakat. Slot 9 malam 2026 dibina dengan roh tersebut dengan menampilkan ilmu yang sahih, dialog yang jujur dan pendekatan yang dekat dengan kehidupan sebenar,” katanya.

Menurut beliau, pendekatan baharu ini turut menekankan elemen interaksi dua hala agar penonton bukan sekadar menjadi pemerhati, sebaliknya turut terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran dan perbincangan.

“Kami mahu penonton rasa mereka didengari, difahami dan dibimbing. Inilah teras dakwah TV AlHijrah, menyampaikan Islam dengan hikmah, empati dan kefahaman yang membumi,” jelasnya.



Antara program yang kembali dengan nafas baharu ialah Mai Mengaji, yang mula bersiaran pada 19 Januari 2026 setiap Isnin. Musim terbaharu ini tampil lebih istimewa dengan penglibatan Ustaz Husaini, di samping Ustazah Rozana dan Ustazah Aisyah Bain, sambil mengekalkan konsep pembelajaran Al-Quran secara santai yang diperkukuh dengan elemen interaksi lebih tersusun dan bermakna.

Penambahan segmen seperti Betulkan Bacaan Saya, tugasan mingguan serta penglibatan pelajar termasuk golongan mualaf menjadikan program ini lebih inklusif, praktikal dan berfokus kepada pembetulan serta pemantapan bacaan Al-Quran dalam kalangan masyarakat.



Slot Selasa pula diisi dengan Dakwah Live yang mula bersiaran pada 6 Januari 2026, dikendalikan oleh Ustaz Izzhar Nazri. Program bual bicara secara langsung ini memberi tumpuan kepada isu kekeluargaan, kemasyarakatan dan semasa melalui perbincangan di studio yang bersifat terbuka dan berfakta. Kandungan program diperkaya dengan segmen Vlog Spot yang turun ke lapangan bagi mendekati realiti masyarakat, selain interaksi dua hala bersama penonton menerusi panggilan telefon dan platform media sosial, sekali gus menjadikan dakwah lebih responsif dan kontekstual.

Bagi slot Rabu, program Analisis kembali bersiaran pada 7 Januari 2026 dengan pengendalian Amin Idris dan Talib Husin. Program ini memberi fokus kepada perbincangan isu semasa, sosial dan keagamaan secara lebih mendalam, kritikal dan berstruktur. Dengan penglibatan pakar serta tokoh berwibawa dari pelbagai latar belakang, Analisis berperanan sebagai platform wacana intelektual yang membantu penonton memahami isu secara seimbang, rasional dan berpandukan nilai Islam.



Melengkapkan penawaran slot 9 malam ialah program baharu Dari Hati Wanita yang mula bersiaran pada 15 Januari 2026 setiap Khamis. Dikendalikan oleh Ustazah Nazirah Abu Bakar, program ini menjadi ruang selamat dan berempati untuk wanita meluahkan serta membincangkan isu rumah tangga, kerjaya, emosi dan spiritual. Setiap perbincangan disulami panduan Islam yang praktikal dan menenangkan, selari dengan keperluan wanita moden yang berdepan cabaran pelbagai dimensi.

Mengulas lanjut, Namanzee Harris menegaskan bahawa gabungan ilmu, dialog dan realiti masyarakat yang dibawakan dalam slot 9 malam ini mencerminkan komitmen TV AlHijrah untuk terus menjadi platform dakwah yang progresif dan berimpak.



“Kami percaya dakwah yang berkesan ialah dakwah yang memahami konteks, mendidik dengan hikmah dan membimbing dengan kasih sayang. Slot 9 malam TV AlHijrah 2026 adalah manifestasi komitmen kami untuk terus relevan, segar dan berakar pada keperluan sebenar masyarakat,” katanya.

Dengan penawaran kandungan yang lebih tersusun, interaktif dan berfokus kepada isu semasa masyarakat, slot 9 malam TV AlHijrah 2026 dilihat sebagai satu langkah strategik dalam memperkukuh peranan stesen ini sebagai rujukan utama dakwah dan wacana Islam di Malaysia.






Pentas Gegar Vaganza 12 (GV12) melabuhkan tirai dengan menyaksikan Iskandar Ismail dinobat sebagai juara bagi edisi kali ini.  Hasil kemenangan tersebut Iskandar telah berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, set ruang tamu tajaan Empire Reka berserta trofi.



Iskandar mendendangkan lagu Madah Berhelah, Senja Nan Merah duet bersama Jaclyn Victor, Cerita Kedai Kopi dan Pink Venom untuk segmen Battle bersama Nubhan serta Mell Sakura.

Naib juara dimenangi oleh trio Indonesia, Mendua, yang mempersembahkan lagu Jikalau Kau Cinta dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000.

Mendua terdiri daripada Hendra Purnanto (Pungky), Marisha Friska Halauwet (Sasha) dan Diana Puspitasari (Diana).

Sementara itu Ahmad Nubhan Ahamad atau lebih mesra dipanggil Nubhan dengan dendangan lagu Cuba berjaya memenangi tempat ketiga dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000.

Manakala Mark Adam pula merangkul tempat keempat, diikuti Mell Sakura di tempat kelima dan Ruri Repvblik di tempat keenam.





“Apakah azam tahun baharu anda?” 
“Tahun baharu, amalan baharu!”

Apabila menjelang tahun baharu, ungkapan sebegini sering menjadi sebutan ramai, bersama pelbagai nasihat tentang cara menetapkan matlamat dan membentuk rutin kesejahteraan yang boleh meningkatkan tahap kesihatan kita. Dalam dunia yang tidak pernah kekurangan nasihat kesejahteraan, suplemen yang sedang hangat di laman soal dan rutin ‘wajib buat’, memang mudah untuk rasa keliru dan akhirnya hilang fokus terhadap perkara yang benar-benar menyokong kesejahteraan diri.



Namun, bagaimana jika kita mengambil pendekatan yang sedikit berbeza bagi 2026? Daripada terus mencabar diri untuk melakukan lebih banyak perkara setiap tahun, bagaimana jika kita memilih dengan lebih bijak? 

Dr Vipada Sae-Lao, Ketua Latihan dan Pendidikan Pemakanan – Asia Pasifik, Herbalife, berkata: “Kesejahteraan bukan satu proses yang sama untuk semua. Apa yang berkesan untuk orang lain mungkin tidak sesuai dengan kesihatan badan atau gaya hidup anda.  Dalam artikel ini, matlamat saya adalah ringkas: untuk membantu anda menyemai azam yang bukan sahaja memenuhi keperluan asas anda tetapi juga disesuaikan dengan gaya hidup, tahap kecergasan dan kesibukan anda, agar anda boleh menjalani kehidupan yang lebih sihat dan seimbang.” 

Beralih Kepada Gaya Hidup Berasaskan Pencegahan

Penemuan awal daripada Tinjauan Pemakanan Tambahan Bertanggungjawab Asia Pasifik Herbalife 2025 (2025 Herbalife Asia-Pacific Responsible Supplementation Survey) mendedahkan bahawa penjagaan kesihatan menerusi pencegahan semakin diutamakan oleh rakyat Malaysia, mencerminkan perubahan ketetapan minda ke arah pengurusan kesejahteraan yang proaktif. 



Penekanan terhadap pencegahan dikukuhkan lagi dengan data terbaharu daripada Tinjauan Perhubungan Awam Memperkasakan Kesihatan & Ekonomi APAC 2025 (2025 APAC Health & Economic Empowerment PR Survey), yang mendapati bahawa 61% daripada responden Malaysia menarafkan kesihatan dan kesejahteraan semasa mereka sebagai sangat baik atau lebih baik, manakala 57% meramalkan penambahbaikan berterusan pada masa depan. 

Mengulas mengenai perkembangan ini, Dr. Vipada Sae Lao berkata, “Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati. Rakyat Malaysia semakin sedar tentang betapa pentingnya pendekatan proaktif demi manfaat kesihatan mereka.”

Jadi, apa yang harus kita lakukan? Bertentangan dengan kepercayaan umum, pelaburan dalam kesihatan diri tidak semestinya melibatkan perubahan ketara.  Malah, pelaburan kesihatan paling bijak ialah menerusi amalan yang konsisten, sihat dan berlandaskan sains bagi memastikan tubuh kekal berdaya tahan.  Pemakanan yang seimbang dan kaya dengan nutrien, melakukan aktiviti fizikal yang anda gemari, tidur lena yang memulihkan badan, minum air yang secukupnya dan kawalan tekanan atau stres yang berkesan adalah unsur-unsur penting untuk mengekalkan kesejahteraan. 

Pencegahan, pada asasnya, adalah usaha memberikan permulaan terbaik kepada diri kita pada masa hadapan.

Tubuh Anda Paling Memahami Keperluannya

Badan anda sihat apabila anda memberikannya apa yang diperlukan, dan bukan sekadar mengikut  trend semasa. 



Mulakan dengan mengamalkan diet yang mencerminkan metabolisme, keperluan pemakanan, matlamat kesihatan dan pilihan kebudayaan unik anda agar ia dapat disesuaikan secara semula jadi dalam rutin harian. Makanan yang berkhasiat merangkumi protein rendah lemak bermutu tinggi, karbohidrat sihat, asid lemak penting, serat, vitamin dan mineral, dan pelbagai jenis antioksidan  yang diperlukan untuk mengekalkan tenaga, memulihkan badan dan mencapai kesejahteraan keseluruhan. Pastikan anda minum air yang secukupnya, menguruskan tekanan dengan strategi praktikal dan menyokong kesihatan usus menerusi makanan yang kaya dengan serat, probiotik dan amalan makan secara sedar. Anggaplah langkah-langkah ini sebagai memberikan apa yang diperlukan oleh badan anda perlukan melalui pemakanan. 

Gabungkan pemakanan dengan pergerakan atau senaman yang anda gemari, iaitu sesuatu yang boleh anda lakukan secara konsisten, kerana senaman seharusnya mencergaskan badan, bukannya meletihkan diri. Beri keutamaan kepada tidur dan rehat berkualiti, yang memainkan peranan amat penting dalam metabolisme, keseimbangan hormon dan pemulihan. 
 
Sokongan berlandaskan Sains untuk Memenuhi Keperluan Anda 

Sambil anda menyesuaikan rutin kesihatan diri, anda perlu mempertimbangkan pemakanan tambahan atau suplemen dengan cara yang sama. Hasil Tinjauan Pemakanan Tambahan Bertanggungjawab Herbalife Asia Pasifik 2025 menyuarakan kebimbangan ramai rakyat Malaysia. Dalam kalangan 1,000 rakyat Malaysia yang ditinjau selidik, 43% mengambil suplemen setiap hari, manakala 63% melaporkan pengambilan lebih daripada satu jenis suplemen kesihatan. Walaupun begitu, 34% berkata bahawa mereka kurang yakin untuk memilih suplemen yang betul. 

Cara terbaik untuk menentukan pengambilan suplemen ialah dengan menjadikannya pelengkap kepada diet anda. Jangan hanya ambil apa yang sedang hangat diperkatakan oleh orang lain. Mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan atau pakar pemakanan berkelayakan untuk membantu anda memilih formula yang bermutu tinggi berlandaskan sains daripada sumber yang dipercayai untuk menyokong tahap tenaga, keimunan dan fungsi harian anda. Suplemen yang dipilih dengan penuh pertimbangan  boleh dijadikan sebahagian daripada rancangan kesejahteraan diri anda.

Menguruskan Tekanan: Faktor Penting Dalam Kesejahteraan Jangka Panjang 

Gaya hidup pantas yang diamalkan oleh sebahagian besar daripada kita sering kali bermakna masa kerja berpanjangan, corak pemakanan tidak tetap, tanggungjawab lebih besar, jangkaan lebih tinggi dan pendedahan digital yang lebih berleluasa. 



Tekanan yang tidak terurus dan berpanjangan memberikan kesan ketara terhadap sistem biologi di dalam badan, termasuk tindak balas imun, fungsi usus, kecekapan metabolisme dan kawalan hormon kortisol.

Amalkan kaedah pengurusan tekanan yang mudah seperti bermeditasi, rehat secara berkala semasa bekerja, mewujudkan rutin menenangkan pada waktu malam, rutin tidur yang konsisten dan mendapatkan bantuan profesional apabila diperlukan. 

Kajian mendapati bahawa hubungan keluarga dan komuniti yang kukuh merupakan penentu penting kebahagiaan dan panjang umur bagi penduduk dalam Zon Biru. Justeru menjalin hubungan peribadi yang erat dan keterlibatan dalam komuniti yang saling memberi sokongan adalah cara yang bermakna untuk mengekalkan komitmen kepada rutin kesejahteraan anda, sambil mengurangkan kesan psikologi tekanan harian. 

Teknologi Harian Yang Membantu Meningkatkan Kesihatan

Akhir sekali, gunakan teknologi untuk memudahkan anda memantau kemajuan anda. Aplikasi yang mudah digunakan boleh membantu menyelaraskan jadual anda yang sibuk.  Sama ada anda menggunakan aplikasi yang menjejak langkah, corak tidur, kandungan sajian dan pengambilan air, atau menggunakan peranti pengurusan diri yang mengukur parameter kesihatan utama yang disyorkan oleh penyedia penjagaan kesihatan anda, pelbagai pilihan praktikal boleh dimanfaatkan dengan hanya satu klik. Apabila digunakan secara konsisten, aplikasi mesra pengguna ini boleh memberikan maklumat jelas, struktur dan dorongan kecil yang menjadikan pilihan sihat lebih mudah dikekalkan dalam jangka panjang.


Selamat Tahun Baharu! Jadikan 2026 tahun yang sihat sejahtera bagi anda.





Krismas kembali lagi, dan seperti musim perayaan yang lain, inilah masanya untuk kita berkumpul bersama rakan, keluarga dan sudah tentu, menikmati makanan yang lazat. Namun, banyak hidangan dan snek musim perayaan mengandungi kalori yang tinggi tetapi rendah nutrien yang diperlukan oleh tubuh kita. Pengambilan makanan yang tidak terkawal atau berlebihan, ditambah pula dengan aktiviti fizikal yang berkurangan, boleh menyebabkan kenaikan berat badan antara 0.5 hingga 1 kg dalam masa seminggu, terutamanya jika kita mengambil tambahan kira-kira 500 kcal sehari . Untuk memberi gambaran betapa cepatnya kalori boleh terkumpul, seorang dewasa yang kurang aktif disarankan mengambil kira-kira 2,000 kcal sehari bagi lelaki dan 1,500 kcal bagi wanita . Untuk membakar 500 kcal, anda mungkin memerlukan kira-kira 50 minit berbasikal atau sekitar sejam berjoging, bergantung pada intensiti dan tahap kecergasan.



Menurut Susan Bowerman, Pengarah Kanan Pendidikan dan Latihan Pemakanan Global serta Pengerusi Lembaga Penasihat Dietetik dan Lembaga Penasihat Pemakanan Luaran Herbalife, salah satu cara untuk mengurangkan godaan makanan manis dan tidak sihat musim perayaan ini ialah dengan menambah lebih banyak protein dalam setiap hidangan sambil mengurangkan pengambilan karbohidrat terproses dan lemak. Anda akan berasa lebih kenyang, sekali gus membantu mengawal pengambilan makanan dan mengurangkan tabiat mengambil snek tidak sihat.

Peranan Protein

Protein penting kerana ia membantu membina dan mengekalkan jisim otot tanpa lemak. Ia merupakan komponen penting dalam diet sihat kerana protein adalah antara blok binaan utama bagi pelbagai struktur sel dalam tubuh. Protein juga membantu menjadikan hidangan lebih mengenyangkan. Mengambil protein dalam setiap hidangan dan snek dapat membantu mengawal rasa lapar sepanjang hari serta memastikan keperluan protein individu yang berbeza mengikut saiz dan komposisi badan, umur dan tahap aktiviti dapat dipenuhi.

Makanan tinggi protein  yang biasa dinikmati di Malaysia seperti daging, ayam, telur, kekacang, tauhu, tempe dan bijian turut membekalkan vitamin B, vitamin E, zat besi, zink dan magnesium. Jadi, apabila anda menambah sumber protein sambil mengurangkan kalori kosong, anda sebenarnya memperoleh lebih banyak nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh.

Cara Mengelakkan Makan Berlebihan Ketika Musim Perayaan

Berikut ialah beberapa cara untuk menggantikan pilihan makanan dengan sumber protein ketika anda berdepan pelbagai godaan musim perayaan:



Mulakan Hari dengan Sarapan Sihat dan Tinggi Protein

Mulakan hari anda dengan sarapan tinggi protein — kira-kira 25 gram sudah mencukupi. Daripada memilih hidangan seperti roti canai dan nasi lemak, yang masing-masing mengandungi sekitar 420 kcal dan 780 kcal, cuba pilihan yang lebih sihat seperti minuman pengganti makanan atau oat yang dicampur serbuk protein . Kajian menunjukkan bahawa sarapan yang kaya dengan protein bukan sahaja membantu anda kekal kenyang hingga ke waktu makan tengah hari, malah boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan sepanjang hari*.

Amalkan Snek yang Lebih Berkhasiat

Ada jemputan ke majlis perayaan? Makan sedikit dulu supaya tidak berperut kosong. Ambil snek yang mengenyangkan terlebih dahulu, seperti yogurt Greek tanpa gula atau keju kotej tanpa lemak bersama buah, atau bar snek berprotein.

Anda juga boleh membawa pilihan snek mudah dibawa bersama, seperti segenggam kacang tanpa garam, bar protein, atau sebatang keju rendah lemak sebagai persediaan jika perlu.

Pilih Hidangan Perayaan dengan Lebih Bijak

Apabila memilih hidangan untuk jamuan majlis perayaan, terdapat beberapa cara untuk menjadikannya lebih sihat. Untuk hidangan utama, pilih sumber protein tanpa lemak seperti ikan panggang, ayam, daging tanpa lemak, atau pilihan vegetarian seperti kacang dan lentil. Elakkan penggunaan sos dan kuah berkalori tinggi secara berlebihan.



Anda mungkin mahu mengurangkan (atau mengelakkan terus) hidangan berkanji seperti nasi putih, roti, kentang lenyek dan pasta tepung putih. Sebagai gantinya, penuhi pinggan anda dengan lebih banyak sayur-sayuran dan salad, serta pilih sumber protein berasaskan tumbuhan dan bijirin seperti lentil, quinoa, beras perang atau pasta gandum penuh. Pastikan juga anda peka terhadap “kalori cecair”, kerana minuman perayaan selalunya mengandungi banyak kalori. Segelas air berkarbonat dengan perahan lemon atau limau sudah cukup memberikan rasa meriah tanpa kalori, dan pada masa yang sama membantu memastikan anda kekal terhidrat.

Anda tidak perlu mengelakkan terus makanan perayaan kegemaran anda. Salah satu caranya ialah dengan meninggalkan snek biasa yang boleh anda makan sepanjang tahun, seperti biskut coklat cip, dan sebaliknya nikmati dalam kuantiti kecil hidangan istimewa Krismas yang sinonim dengan musim perayaan, seperti roti halia (gingerbread).

Dan jangan lupa untuk meneruskan (atau memulakan!) rutin senaman anda — bukan sahaja anda akan berasa lebih segar, malah anda juga akan kelihatan hebat dalam persalinan perayaan anda.








Edisi ke-37 Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) telah diadakan dengan mengangkat tema ‘SATUKeunggulan’ yang membawa mesej penghargaan terhadap kejayaan artis tempatan yang terus mengangkat bakat Dan kebolehan mereka, bukan sahaja di tanah air, malah menembusi pentas antarabangsa pada era digital yang penuh mencabar.



Namun penganjuran kali ini dilihat tidak kurang sama seperti majlis annual dinner sebuah syarikat sahaja. Tiada lagi gah dan prestij seperti mana penganjuran terdahulu. Ini kerana majlis di adakan dalam dewan hotel yang jauh lebih kecil. Juga pentas yang sangat terhad dan kecil. Serta tahun ini hanya satu tajaan besar sahaja iaitu Daia.

Barisan pemenang juga dilihat berat kearah barisan pekerja Media Prima. Terutama bagi kategori Penyampai Radio Popular dan juuga Pengacara TV popular. Popular ker mereka ada fan club ker?

Kemenangan Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah binti Zakri sebagai Bintang Paling Popular sudah diramal. Ernie bejaya membawa pulang trofi dan juga wang tunai RM30,000 sahaja. Tidak seperti mana pemenang terdahulu hadiah lebih meriah. Beliau  mengalahkan senarai top 5 kategori tersebut. Peliknya ada senarai top 5 untuk Bintang Paling Popular, tapi ada yang senarai top 5 tidak menang bagi kategori yang mereka tersenarai.



ABPBH 37 menampilkan kategori 16 kategori utama dan 5 kategori ekstra. Berikut merupakan senarai kategori Utama yang dipertandingkan pada ABPBH 2025 kali ini.

Anugerah bintang paling popular – Ernie Zakri
Anugerah pencapaian sepanjang hayat – Kumpulan Alleycats
Penyampai radio popular – Haiza (Cool FM)
Artis baharu lelaki popular – Jazmy Juma
Artis baharu wanita popular – Umairah
Penyanyi lelaki popular – Hael Husaini
Penyanyi wanita popular – Ernie Zakri
Aktor pembantu filem popular – Adam Lee
Aktres pembantu filem popular – Heliza Helmi
Aktor filem popular – Fattah Amin
Aktres filem popular – Sweet Qismina
Aktor pembantu TV popular – Nazim Othman
Aktres pembantu TV popular – Raja Azura
Aktor TV popular – Zahiril Adzim
Aktres TV popular – Emma Maembong
Artis komedi popular – Joey Daud
Pengacara TV popular – Fiza Sabjahan (WHI)

Berikut pula adakah senarai kategori Ekstra kali ini:

Gandingan Serasi Drama Popular - Shukri Yahaya dan Anna Jobling
Gandingan Serasi Filem Popular - Iedil Dzuhrie Alaudin dan Emma Maembong
Lagu Paling Boom Popular - Nurcinta (Amir Masdi) 
Artis Kontroversi Popular - Fattah Amin
Seller Terpaling Popular - Datuk Seri Aliff Shukri dan Ammar Ahyan





Primadona negara Era Fazira telah sah bergelar isteri dengan sekali lafaz dalam upacara indah yang berlangsung di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, disaksikan keluarga dan sahabat terdekat.



Pasangan ini dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor, Mohd Sabirin Noordin dengan mas kahwin, ufti bunga emas seberat 102 gram.

Ufti bunga emas yang dijadikan mas kahwin adalah simbolik tradisi masyarakat Melayu abad ke-14, merangkumi 24 keping dinar emas.

Tidak membawa dulang hantaran, beberapa barangan berjenama diletakkan di atas talam dan dibawa dengan tandu sebagai simbolik majlis pada hari ini.

Turut hadir memberi restu ialah anak Erra, Engku Aleesya, dan anak gadis Ezwan, Sofia.



Sebelum ini Era mengumumkan tarikh pernikahan ketika majlis pelancaran muzik video Cinta Abadi 2025.

Tidak disangka, ulang tahun kelahirannya yang ke-51 menjadi detik paling indah apabila beliau akhirnya dipersatukan dengan jejaka pilihan hatinya selepas setahun mengenali hati budi.

Erra, 51 telah 11 tahun begelar ibu tunggal dan Ezwan, 44 juga seorang bapa tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan. Ezwan, pemilik rangkaian restoran Kueh, mula rapat dengan Erra setelah perkenalan mereka di konti Sinar FM pada 2022.








Bulan madu adalah, tanpa persoalan, salah satu bab yang paling ajaib dan intim dalam perjalanan pasangan bersama, masa yang dibezakan untuk memperdalam sambungan, memupuk persefahaman bersama, dan mencipta kenangan yang dihargai yang akan menerangi kehidupan bersama mereka selama bertahun -tahun yang akan datang. Suatu ketika dahulu, mimpi -mimpi ini melarikan diri mengikuti jalan yang biasa: pantai laut terpencil, retret alam yang tenang, dan momen yang tenang di bawah langit terbuka. Tetapan yang tenang ini menawarkan pasangan latar belakang yang sempurna untuk berhenti sejenak, mencerminkan, dan hanya bersatu dan dengan janji yang terungkap tentang kehidupan baru mereka.

Tetapi cinta hari ini merindukan lebih banyak lagi. Cakrawala yang berbeza, destinasi yang terasa tidak disentuh, tidak dibayangkan -di mana percintaan, kemewahan, dan kebudayaan entwine dalam keharmonian yang sempurna.



Dan pada kanvas keinginan ini, Saudi muncul sebagai permata tersembunyi -tempat suci bulan madu yang belum diterokai namun bersemangat. Di sini, Laut Merah Saudi berbisik percintaan abadi, pencinta buaian padang pasir di bawah langit yang penuh bintang dan bandar-bandar futuristik berkilau dengan janji. Tanah di mana permulaan merasa suci dan cinta dirayakan dengan kemewahan.

Saudi, yang pernah dirayakan hanya untuk warisan rohaniya, kini melancarkan pesona tersembunyi sebagai destinasi mewah. Di sini, cinta menemui makna baru dalam kesunyian padang pasir yang luas, berkilau Laut Merah Saudi, dan glamor bandar -bandar futuristik. Bagi pasangan yang memulakan bab baru mereka, Saudi menawarkan gabungan yang sempurna dari percintaan, mewah, dan pengalaman penuh semangat.

Kanvas Percintaan

Bagi pasangan Malaysia yang bermimpi lautan, pantai Laut Merah Saudi tidak ada yang ajaib. Di sepanjang Corniche Jeddah, angin laut bermain dengan rambut anda sementara cakrawala bersinar merah pada waktu matahari terbenam. Resort swasta berhampiran Alula menawarkan lebih banyak keintiman -vila eksklusif di mana dunia di luar hilang, meninggalkan hanya dua hati yang berdegup dalam harmoni.



Di sini, bulan madu boleh memanjakan pengalaman yang dibuat untuk percintaan: pelayaran kapal layar matahari terbenam, makan di restoran bawah air dengan sekolah-sekolah ikan meluncur masa lalu, atau tangan snorkeling di tangan di perairan yang jelas. Laut Merah Saudi tidak hanya menawarkan pandangan -ia melukis kenangan yang berlangsung seumur hidup.

Impian Padang Pasir Dan Malam Berbintang

Gurun selalu menjadi simbol misteri. Di Saudi, ia telah berubah menjadi surga untuk percintaan. Alula, dengan tebing batu pasir dramatik dan makam purba, adalah destinasi yang terasa seperti melangkah ke dunia lain. Gosok besar 'Al Khali, yang dikenali sebagai suku kosong, menawarkan bukit -bukit emas yang tidak berkesudahan di mana kesunyian bercakap lebih kuat daripada kata -kata.

Resort padang pasir mewah di sini mentakrifkan makna pengasingan. Pasangan boleh mengalami meluncur di bawah langit starlit, menunggang unta dengan cahaya bulan, atau berkongsi makan malam lilin di bukit -bukit di bawah bulan perak. Setiap saat terasa intim, petualang, dan tidak sempurna untuk pasangan yang mencari keseronokan dan kelembutan.

Riyadh & Jeddah : Bandar Futuristik Dengan Jiwa

Walaupun Alam menawarkan ketenangan, bandar -bandar Saudi membawa ketegangan dan glamor. Riyadh, ibukota Saudi, adalah sebuah bandar kontras yang menarik -souqs yang berdiri di samping menara kaca, dan tradisi bercampur dengan inovasi. Bulan madu boleh menikmati pemandangan panorama dari Menara Kingdom, makan di restoran di atas bumbung, atau membeli -belah di pusat membeli -belah mewah yang menampilkan jenama global dan homegrown.



Jeddah, sebaliknya, adalah pintu masuk ke Laut Merah Saudi. Corniche tepi lautnya sempurna untuk berjalan-jalan petang, sementara daerah-daerah yang penuh seni dan al-Balad bersejarah menambah kedalaman budaya untuk melarikan diri romantis. Bersama -sama, bandar -bandar ini menawarkan keselesaan moden, bakat artistik, dan peluang yang tidak berkesudahan untuk meraikan cinta dalam gaya.

Kemewahan Yang Disesuaikan, Jalan Anda

Mewah sering datang dengan ketakutan untuk melampaui overspending, tetapi Saudi menawarkan fleksibiliti dan pilihan. Pakej bulan madu direka untuk memenuhi rasa dan belanjawan yang berbeza.

Pasangan yang mencari kemewahan boleh memilih vila-vila peribadi dengan kolam infiniti, makan malam di bawah bintang-bintang, dan lawatan kapal layar yang diperibadikan. Mereka yang mencari keanggunan yang berpatutan boleh memilih resort bergaya yang mengimbangi keselesaan dengan gaya. Pengendali pelancongan juga merancang jadual perjalanan adat, menggabungkan kerohanian, alam semula jadi, dan kelonggaran moden, memastikan setiap perjalanan pasangan terasa unik.

Kesesuaian ini menjadikan Saudi sebagai destinasi yang mengalu -alukan semua pasangan -mereka yang mengejar kemegahan serta mereka yang mencari keintiman pada anggaran.

Permulaan Suci

Mungkin aspek yang paling mendalam dari bulan madu Saudi adalah peluang untuk memulakan perjalanan hidup dari Tanah Suci. Bagi banyak pasangan, memulakan perkahwinan mereka dengan lawatan ke Makkah dan Madinah menambah kedalaman yang tidak dapat ditandingi kepada pengalaman.

Bayangkan menunaikan doa bersama -sama dengan tenang Suasana masjid -masjid suci, dan kemudian membawa berkat rohani ke hari -hari yang penuh dengan matahari terbenam Laut Merah Saudi dan pengembaraan padang pasir. Ini perjalanan yang menyatukan kepercayaan, percintaan, dan kemewahan -hadiah yang jarang berlaku hanya boleh ditawarkan Saudi.

Bulan madu lebih daripada percutian; Ia adalah asas kenangan seumur hidup. Saudi menyampaikan destinasi yang eksotik namun rohani, mewah namun penuh semangat. Ia adalah tempat di mana pengantin baru boleh berjalan melalui warisan kuno, berlayar di laut biru, makan di bawah bintang -bintang padang pasir, dan meraikan cinta mereka di bandar -bandar futuristik.

Bagi pasangan yang mencari sesuatu di luar biasa, Saudi bukan sekadar destinasi -itu mimpi. Ia adalah tanah di mana cinta bermula dengan kemewahan.








Kumpulan Nanas menepati ramalan dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar 5 (MLS5) sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.



Kumpulan yang dianggotai oleh Achey, Namie dan Shashic setiap minggu mempamerkan lawak yang konsistan dan diluar kotak selalu mendapat pujian dari juri tetap iaitu Aznil Hj Nawawi, Bella Astila dan Zizan Razak. 

Manakala kumpulan Roda yang dianggotai oleh Fad, Sharif dan Naqiu mendapat markah mendapat tempat kedua, menerima hadiah wang tunai RM75,000 berserta trofi.

Seterusnya satu-satunya kumpulan wanita iaitu Kimbab yang dianggotai Zulin Aziz, Nasz Sally dan Maryam Kimchi di tempat ketiga membawa pulang RM50,000 serta trofi. 

Kumpulan Puteh yang dianggotai Ali Puteh, Mamak Puteh dan Aretoy pula menerima hadiah wang tunai RM25,000 serta trofi. 

Ahli kumpulan Nanas iaitu Namie memenangi anugerah Superstar Paling Gempak MLS5. Pada malam minggu akhir semua kumpulan dikehendaki melakukan dua tugasan. Tugasan kedua pula bersama dengan artis jemputan. 






Jumaat lepas, pencarian Dewi Remaja melakar satu lagi sejarah apabila Nylea dinobatkan sebagai juara bagi tahun 2025, sekaligus mengukuhkan namanya sebagai wajah baharu yang bakal mencorak landskap hiburan tempatan pada masa akan datang.



Menurut Nylea atau pemilik nama sebenar Nylea Binti Adzlan (23), beliau mengakui kemenangan itu bukan sekadar trofi, tetapi simbol hasil usaha tanpa henti sepanjang hampir empat bulan berentap dalam setiap cabaran mingguan pencarian ikonik tersebut.

Sebagai juara, Nylea menerima mahkota Dewi Remaja bersama selempang, trofi dan wang tunai RM15,000 sebagai simbol pengiktirafan atas segala kerja keras dan dedikasinya.

Manakala Naib Juara pula menjadi milik Nelysa Kay sekaligus membawa pulang wang tunai RM10,000, selempang beserta trofi.



Tempat ketiga dinobatkan kepada Dheper dan membawa pulang wang tunai RM5,000, selempang beserta trofi. Sementara Marisa pula berada di tempat keempat dan menerima wang tunai RM2,000 selempang beserta trofi.

Dalam pada itu, Elisa Chew diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas iaitu Anugerah Dewi Persahabatan manakala Dewi Favourite menjadi milik Sharmaine.



Pentas akhir Dewi Remaja 2025 kali ini diadili oleh juri tetap yang juga pelakon dan personaliti terkenal iaitu Kamal Adli dan Nabila Huda juga Scha Alyahya bertindak sebagai juri jemputan. Malam kemuncak itu juga dihoskan oleh Keanu Azman dan juga Shaza Bea.