Mania - 5 Peserta Akhir Mengejutkan | Dunia Penuh Gosip

Mania - 5 Peserta Akhir Mengejutkan


Telah berlangsung separuh akhir Mania pada Jumaat lepas dengan menyaksikan penyingkiran 3 peserta sekaligus membuatkan pentas Mania terus menjadi medan hangat. Persembahan mantap dan bertenaga sahaja mampu membawa peserta ke peringkat akhir. Tahniah di ucapkan kepada 5 peserta yg berjaya terus malayakkan diri ke peringkat akhir Mania pada 19 Mei ini.

Hafiz dan Aril dari empayer Hijau milik Ahmad Dani berjaya menyapu bersih 2 tempat ke peringkat akhir mengalahkan 6 peserta lain. Manakala dari empayer Dato M. Nasir juga hebat melatakan Stacy dan Hazama dua wakil daripada 4 peserta yang tinggal. Bagi empayer Biru milik Aubrey Suito pula kejayaan Jac mengubat kedukaan apabila Adira tidak mampu menempatkan diri ke peringkat akhir Mania.

Siapa bakal Superstar yang di janjikan oleh Mania? Siapa pula bakal memenangi hadiah paling besar dalam pertandingan nyanyi seperti ini? Hanya anda penonton dan peminat setia artis kesayangan anda mampu untuk mengubah segalanya. Jang lupa saksikan peringkat akhir Mania di Astro Ria pada hari Sabtu jam 9.00 mlm. 

0 comments: