Maharaja Lawak Mega 2 Lebih Kelakar | Dunia Penuh Gosip

Maharaja Lawak Mega 2 Lebih Kelakar


Selepas mendapat sambutan hangat pada Maharaja Lawak Mega musim yang lalu, Astro Warna kini kembali dalam usaha memartabatkan lagi bidang komedi di negara kita apabila membawakan program realiti Maharaja Lawak Mega 2012. Program yang akan bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 10:00 malam bermula 9 November 2012 boleh ditonton menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam Pakej Mustika.

Musim kedua kali ini memaparkan lebih banyak konsep baru selain bakal menyaksikan pelawak dari serata asia. Bukan itu saja, kesemua pelawak dan pelakon komedi ini adalah dari bidang professional dan sudah tentu menjanjikan saingan sengit diantara mereka.

Untuk musim kedua ini juga konsep Hot Seat secara online diperkenalkan dimana peminat boleh mengundi pelawak yang digemari dan ianya bakal memberi peluang kepada para pelawak tanah air untuk menyertai pertandingan ini tidak kira samada secara individu mahupun berkumpulan sekaligus melengkapi jumlah keseluruhan senarai barisan peserta bertanding yang hanya akan diumumkan kelak.

Tempoh talian undian Hot Seat secara online akan dibuka bermula pada 5 September 2012 jam 6.00 petang hingga 17 September 2012 jam 12.00 tengah hari. Untuk mengundi, orang ramai hanya perlu melayari laman sesawang rasmi program Maharaja Lawak Mega 2012 di www.Maharajalawakmega.com.my. Namun itu, sebelum mengundi mereka harus mendaftar menerusi Log Masuk Facebook seterusnya mengundi para peserta kegemaran masing-masing. Undian yang dibenarkan untuk setiap peserta mahupun kumpulan hanyalah sekali untuk setiap hari.

Seramai 27 peserta yang akan dipilih menerusi undian secara online termasuklah dua peserta solo iaitu SHEM dan IDLAN manakala 25 peserta berkumpulan iaitu GLAMOUR TAK PERLU, TUTUP BOTOL OREN, SHAM, SAT SAT, 3A, PARPU, KETAMPI, MAMU, INGKE, KLAUT, V2, AWAS, BUAYA, KERING, HAI, XN3, DUO, ABC, I S U (I SUE YOU), NGAM, KECIK, AJK, PANAS, BALAS dan OMG. Jadi pastikan anda semua mengundi untuk memastikan kumpulan kegemaran anda bakal bersaing di Maharaja Lawak Mega 2012 akan datang!


*Sumber laman web www.era.fm


0 comments: