Yuna Bukti Kehebatan Karya Sendiri di AJL 27 | Dunia Penuh Gosip

Yuna Bukti Kehebatan Karya Sendiri di AJL 27

Ramai tidak menyangka ketidak hadiran penyanyi asal Yuna pada mlm Anugerah Juara Lagu ke 27 semalam bagaikan memberi petanda bahawa lagu Terukir Di Bintang di nobatkan sebagai juara. Di tambah lagi dengan kehebatan dan persembahan yg bersahaja daripada Aizat penyanyi penganti kepada lagu itu membuahkan hasil yg terbaik. Lagu Terukir Di Bintang semalam telah di nobatkan sebagai juara dan sekali gus membawa pulang wang tunai RM35ribu dan juga trofi.


Kegembiraan itu di kongsi penyanyi peganti Aizat pada mlm itu apabila tidak menyangka bahawa lagu itu akan di tabal sebagai juara. Hasil usaha Yanalis Zarai yg kini sibuk membuat rakaman album terbaru di USA selama 3 tahun bertarung dalam AJL membuahkan hasil pada kali ini. Tanpa siapa menduga kejuaraan Yuna bagaikan di nafikan dengan kehadiran lagu2 lain yg memberi persaingan hebat pada mlm itu.


Lagu Idola nyanyian Azlan and typewriter membuktikan lagi keunggulan setelah merangkul tempat kedua pada malam anugerah tersebut. Namun Hafiz gagal untuk membuat kejuaran berulang apabila berpuas hati dengan tempat ketiga melalui lagu Ku Akui ciptaan Ajai sepenuhnya. Namun kekecewaan itu terubat apabila beliau buat 3 tahun berturut-turut di nobatkan sebagai juara Vokal Terbaik pada mlm penuh berprestij itu. Perembahan menggunakan stage berpusing pada mlm itu melayakkan lagu Teman Peganti di angkat sebagai Persembahan Terbaik keseluruhan AJL 27.

Bagi keseluruhan persembahan pada mlm AJL 27 tersebut menyerlahkan kesungguhan dan juga kematangan setiap persembahan 12 peserta. Gabungan 6 peserta pertama kali menjejakkan kaki di anugerah itu dan juga 6 peserta otai di anugerah itu menjadikan satu persembahan yg mantap dan bertenaga dari semua peserta. Dengan tema Gabungan Seni dan Muzik pembukaan majlis daripada 3 otai muzik tempatan cukup gemilang dan meriah.

Di akhiri oleh persembahan 4 otai rock dan balada negara melengkapi majlis anugerah berprestij anjura TV3 setiap tahun ini. Moga dengan kejuaraan Yuna ini akan membuka mata komposer tempatan dan luar negara untuk mengiktiraf lagu hasil karya tempatan. Tahniah sekali lagi buat Yuna and team dan juga kepada semua peserta lain yg berjaya memberikan persembahan terbaik pada mlm itu.


1 ulasan: