Achey Juara Bintang Mencari Bintang | Dunia Penuh Gosip

Achey Juara Bintang Mencari Bintang

Seperti yang dijangka, protege kepada Harun Salim Bachik, Achey, menepati ramalan ramai apabila muncul sebagai juara program realiti, Bintang Mencari Bintang dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, sebentar tadi. Kemenangan ini sekaligus melayakkan Achey untuk membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM 200,000 berserta trofi.

 

Naib juara disandang oleh protege Afdlin Shauki, Bocik yang berjaya memenangi wang tunai berjumlah RM 100,000 berserta trofi manakala tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM 60,000 berserta trofi dimenangi oleh kumpulan Titan, iaitu anak didik kepada Sabri Yunus.

Kumpulan Tapaw yang dibawah tunjuk ajar, Faizal Ismail pula tidak pulang dengan tangan kosong apabila berjaya membawa pulang RM 30,000 berserta trofi walaupun mendapat tempat keempat. Terus melayari GUA untuk membaca lebih lanjut mengenai pertandingan akhir program Bintang Mencari Bintang.



*Berita dan gambar dari gua.com.my





0 comments: