AFUNDI Tidak Adil Buat Bintang AF2013 | Dunia Penuh Gosip

AFUNDI Tidak Adil Buat Bintang AF2013

Begitulah kehidupan dikala kita rasa disanjung kita akan berada di atas dan dikala kita jatuh kita akan di lupakan oleh semua. Resam dalam dunia nyata begitu juga dalam dunia program realiti. AF2013 telah  masuk minggu ke 4 dan telah pun betukar Inspirer baru datang dari tanah seberang. Melly Goeslaw adalah satu bintang yg cukup hebat dibawakan oleh Astro bagi bintang2 Akademi Fantasia 2013.

Namun satu penangan hebat buat Melly yg baru sahaja mengenali bintang AF2013 ini kerana terkejut dengan penyingkiran bintang berpotensi iaitu Nona. Nona anak kelahiran Sabah ini menjadi mangsa ke4 program realiti AF2013 apabila di singkirkan melalui AFUNDI. Adakah Nona tidak cukup peminat atau Nona punya persembahan paling teruk pada mlm itu.


Itulah nasib menimpa bakat2 hebat pelajar AF seperti mana pernah berlaku dahulu dalam AF2 apabila Zarina tersingkir awal walaupun bakat beliau ketika itu hebat. Serta belaku pada AF 6 & 7 penyingkiran yg tidak di sangkakan. Padahal mlm itu kita sendiri sebagai penonton dpt menilai persembahan sapa paling hamba sekali. Tapi itu adalah tuah AFUNDI kepada yg lemah kerana kuat pada penyokongnya.

Apa pun mungkin format AF2013 ini perlu di teliti semula kerana bakat2 hebat tidak lagi menjadi taruhan tetapi populariti menjadi ukuran mereka. Adakah akan tinggal mereka yg tidak mampu tampil hebat dalam AF lagi. Adakah tugas Melly akan lebih berat selepas ini untuk memastikan bahawa yg hebat terus kekal dan yg lemah akan di singkirkan. Jgn lupa untuk saksikan Akademi Fantasia 2013 setiap Ahad jam 9.00 mlm di Astro Ria.






0 comments: