Masterchef Malaysia All Stars Menyajikan Hidangan Pembalasan | Dunia Penuh Gosip

Masterchef Malaysia All Stars Menyajikan Hidangan Pembalasan

Setelah berakhir 2 musim Masterchef Malaysia dan juga 2 musim Masterchef Selebriti Malaysia kini program yang menjadi fenomena masakan di Malaysia bakal kembali lagi. Dengan tema Sajian Hidangan Pembalasan menampilkan 20 org peserta. 10 peserta daripada program Masterchef Malaysia dan 10 peserta daripada program Masterchef Selebriti Malaysia bakal berentap.


Masterchef Malaysia All Stars akan besiaran di Astro Ria bermula 23 November setiap hari Sabtu hingga Selasa jam 9 malam. Semua peserta akan bersaing untuk menjadi juara bagi musim kali ini dan juga secara tidak langsung akan memberi sumbangan kepada rumah kebajikan yang di wakili mereka. Mengekalkan barisan 3 juri yang sama sebelum ini iaitu Chef Jo, Chef Zubir dan Chef Adu.

Senarai nama yg gah dalam industri tanah air telah di pilih dan mereka adalah Azwan Ali, Karl Shafek, Soo Wincci, Raja Azmi, Kenchana Dewi, Sharifah Shahora, Micheal Ang, Syanie dan Enot. Manakala bagi 10 peserta daripada program Masterchef Malaysia adalah seperti Brian, Emelda, Zamir, Che Lah, Ah Hong, Along, Azlina, Azni, Ary Malik  dan Shahriah

Siapa bakal begelar juara utuk edisi kali ini dan masakan apakah yg akan di tampilkan oleh mereka untuk memberi tentangan hebat kepada peserta lain. Mampukah ia menjadi fenomena kembali kepada peminat kulinari di Malaysia. Sama2 kita nantikan Masterchef Malaysia All Stars di Astro Ria dan Astro Maya HD. 






1 ulasan:

  1. HUHUUHU Best tengok dorang2 ni berentap..disamping dapat menambahkan ilmu tentang dunia masakan :)

    BalasPadam