The Boxtrolls Tontonan Untuk Kanak2 - Ulasan Filem | Dunia Penuh Gosip

The Boxtrolls Tontonan Untuk Kanak2 - Ulasan Filem

Kali ni review sebuah filem animasi berteknologi tinggi dari penerbit Laika. Terima kasih kepada ChurpChurp atas tayangan perdana filem ini di TGV One Utama baru2 ini. Mahagosip teruja juga untuk tonton filem animasi walaupun rasa filem ini sesuai untuk kanak2. Filem yg di adaptasi daripada sebuah novel "Here Be Monsters!" mengisahkan kehidupan The Boxtrolls di dunia bawah tanah.


Sedikit sinopsis tentang filem ini.
"The Boxtrolls, komuniti yang aneh, makhluk nakal tapi penuh kasih sayang telah dibangkitkan seorang budak lelaki yatim bernama Eggs. Membina rumah gua yang menakjubkan di bawah jalan-jalan di kampung Cheesebridge. Apabila penjahat di bandar ini, Archibald Snatcher datang dengan rancangan untuk menyingkirkan The Boxtrolls, Eggs memutuskan untuk meneroka di atas tanah di mana dia bertemu dengan Winnie Portley-Rind. Bersama-sama, mereka merangka pelan berani untuk menyelamatkan keluarga Eggs. Adakah misi mereka berjaya bagaimana kesudahannya..."


Membariskan suara latar dari pelakon hebat seperti Isaac Hempstead-Wright suara Eggs, Elle Fanning suara Winnie Portley-Rind, Ben Kingsley suara Archibald Snatcher penjahat, Dee Bradley Baker suara Fish, Wheels dan Bucke. Cerita ini ringan dan mudah untuk di fahami sesuai untuk golongan kanak2 yg suka kepada watak comel dan kelakar. Dalam jalan cerita ini di terapkan unsur humor untuk menghiburkan penonton.


Bagi Mahagosip filem ini bagus untuk tontonan kanak2 di musim cuti sekolah ini, jadi ibu bapa gunakan masa cuti ini untuk bawa anak2 anda menoton filem ini yg bermula tayangan di Malaysia 11 September 2014 ini. Bagi Mahagosip filem ini 3 bintang dan animasi juga bagus. Jgn lupa untuk menonton ok.







0 comments: