Penunggu Jengka Bukan Filem Seram Biasa - Ulasan Filem | Dunia Penuh Gosip

Penunggu Jengka Bukan Filem Seram Biasa - Ulasan Filem

Kelainan yang di bawa kali ini menurut penerbit Aziz M.Osman yang telah lebih 20 tahun dalam dunia seni lakonan ini cukup meyakinkan. Sebelum ini beliau cukup di kenali dengan filem cinta dan juga komedi. Namun kerana peredaran masa membawa beliau untuk berubah angin kepada filem seram yang lain daripada lain.


Oleh sebab itu maka wujudnya sebuah filem baru yang kini telah berada di pawagam iaitu Jengka. Filem seram berdurasi 1jam 20minit ini menampilkan barisan pelakon yang hebat seperti Riezman Khuzaimi sebagai Basir, Ramona Zamzam (Nini) Afida Es (Mak Fida), Raja Azrey (Along), Eyka Farhana (Aqish), Jobot (Ustaz Mizi) dan Sahiddin (Nyun).


Menurut beliau kisah ini di filemkan selepas mendengar sendiri cerita yang sebenar di ceritakan kepada beliau oleh penduduk Jengka semasa beliau melakukan pengambaran 10 tahun lalu. Oleh kerena ia adalah sebuah cerita yang benar dan menarik kini telah di filemkan untuk tontonan umum. 

Sinopsis filem Jengka

Cerita mengisahkan pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata mereka tetapi dengan keadaan yang tidak mengizinkan membuatkan si isteri ingin bersalin di kampung halaman beliau iaitu Jengka Pahang. Bagaimanapun, mak bidan yang dijemput datang ke majlis itu menasihatkan Nini supaya tidak dibebankan dengan tekanan perasaan. Ini kerana, Nini akan diganggu ‘semangat tidak baik’. 


Malangnya, pada majlis kenduri itu Nini mengetahui kecurangan Basir yang memiliki kekasih gelap. Akibat kecewa dan memberontak, Nini akhirnya lari dari rumah. Nini menyusup masuk ke ladang kelapa sawit yang didakwa ‘berpenunggu’ dan hilang secara tiba-tiba. Bahkan, paling megejutkan Basir, along dan orang kampung hanya mendengar jeritan Nini dan tangisan bayinya. Apa yang berlaku dan bagaimana kesudahan filem ini saksikan di pawagam berhampiran anda sekarang.








0 comments: