Gegar Vaganza Musim Ke 2 Barisan 12 Artis Mantap Dan Menyengat | Dunia Penuh Gosip

Gegar Vaganza Musim Ke 2 Barisan 12 Artis Mantap Dan Menyengat

Setelah taman musim pertama Gegar Vaganza yang menobatkan Ayai Illusi sebagai juara dan kini kembali lagi dengan musim ke 2. Program realiti yang menggabungkan artis2 malar segar setiap minggu pastikan mengimbau kembali memori kehebatan nyanyian mereka. Kebanyakan artis yang menyertai program ini adalah mereka yang pernah mencipta nama dalam dunia muzik tempatan.


Di sini senarai 12 artis yang bertanding untuk Gegar Vaganza Musim ke 2 yang akan bermula Ahad ini. Barisan artis lelaki adalah Amir Ukays, Nizam Laksamana, Zul Handyblack, Achong Sweetchild, Ezad Exist dan Nassier Wahab. Manakal barisan artis perempuan pulak adalah Ezlynn, Siti Nordiana, Haiza, Faradhiya, Azian Mazwan Safuan dan Sheeda.


Jika anda nak melihat kehebatan mereka beraksi setiap minggu dengan lagu2 yang baru dan juga menguji kehebatan mereka semula boleh di saksikan di Astro Ria, Astro Prima dan Maya HD setiap hari Ahad jam 9.00 malam. Di bawakan secara langsung dari Dewan Auditorium, Majlis Bandaraya Shah Alam.

Gegar Vaganza 2 turut mengekalkan pengacaranya dari musim pertama iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse selain memberi kepercayaan sekali lagi kepada Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim untuk kekal di kerusi panas juri profesional. Selain itu persembahan selingan (interlude) juga akan tetap dikekalkan pada musim ini.









0 comments: