6 Artis Ke Gegar Vaganza Akhir Dan 12 Lagu Ke Anugerah Juara Lagu 30 | Dunia Penuh Gosip

6 Artis Ke Gegar Vaganza Akhir Dan 12 Lagu Ke Anugerah Juara Lagu 30

Malam ni dua program realiti yang begitu memberi impak kepada industri muzik tanah air dan juga sangat menjadi viral di laman media social. Sapa tak tahu tentang program Gegar Vaganza terbitan ASTRO yang juga telah menjadi bualan hangat dan selalu tranding di social media. Malam telah di umumkan tadi 6 peserta akhir yang layak ker Final Gegar Vaganza yang akan di adakan pada 14 Disember 2015.


6 penyanyi otai yang layak ke Akhir Gegar Vaganza :-

1) Siti Nordiana
2) Naseer Wahab
3) Ezad Lazim
4) Achong 
5) Farah Dhiya
6) Haiza

Tahniah buat semua otai yang telah berjuang selama berminggu-minggu dalam program yang menjadi tumpuan bukan sahaja peminat malah juga rakan2 artis. Selamat berjaya buat semua peserta dan buat terbaik untuk Final Gegar Vaganza. Juara akan membawa pulang wang tunai RM100,000 dan juga sebuah lagu khas untuk pemenang.

Juga telah belangsung malam tadi juga pemilihan 12 finalist lagu yang akan bertanding dalam Anugerah Juara Lagu 30. Sapa tak tahu tentang anugerah penuh berprestij yang mengiktiraf lagu2 ciptaan tempatan dan menjulang sebagai juara setiap tahun. Telah masuk tahun ke 30 penganjuran kali ini melihatkan penyertaan ramai komposer baru dan juga penyanyi baru.


Senarai 12 lagu yang layak ker AJL30 :-

1) Hazama - Sampai Mati
2) Akim & The Majistret - Potret
3) Faizal Tahir - Assalamualaikum
4) Drama Band - Biarkanlah 
5) Elizabeth Tan - Knock Knock
6) Kaka Azraff dan Aliff - Bukan Hal Aku
7) Caliph Buskers - Hanya Namamu
8) Bunkface - Malam Ini Kita Punya
9) Stacy - Not For Sale
10) Noh Salleh - Angin Kencang
11) Black - Mana Mungkin
12) Dayang Nurfaizah - Tak Pernah Menyerah 

Nampaknya nama baru seperti Elizabeth Tan dan Drama Band akan memberi saingan kepada semua artis lama yang juga pernah menyertai anugerah ini. Siapakah komposer bakal di nobatkan juara dan lagu mana yang bakal merainya sama2 kita nantikan malam Anugerah Juara Lagu 30 pada bulan Januari yang belum di umumkan lagi tarikhnya. Selamat maju jaya semua.










0 comments: