Wak Mustar Juara Lagi Dalam Kilauan Emas Otai | Dunia Penuh Gosip

Wak Mustar Juara Lagi Dalam Kilauan Emas Otai

Tahniah buat juara Kilauan Emas musim ke 5 Wak Mustar yang telah diumumkan pemenang kali kedua untuk pertandingan peringkat akhir Kilauan Emas Otai semalam. Berlangsung secara langsung di Dewan CIDB dan juga secara langsung di Astro Prima dan Astro Mustika HD. Wak Mustar menewaskan 3 lagi peserta peringkat akhir iaitu Nas, Idris dan Fuad.


Wak Mustar membaca pulang wang tunai RM150,00 dan juga trofi. Manakala tempat kedua di menangi oleh Fuad dengan membawa puang wang tunai RM50,000 dan trofi. Di tempat ke 3 milik Idris dan ke 4 milik Nas. Tahniah juga kepada Silah dipilih sebagai penerima hadiah Anugerah Khas Juri dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM 10,000.

Semua peserta akhir membuat 2 persembahan dengan tugan solo dan juga duet. Paling menyerlah persembahan Wak Mustar di mana beliau berduet denagn Asmidar untuk lagu Menunggu Nasi Minyak mendapat  sorakan dan pujian semua juri. Juga turut membuat persembahan pada malam itu adalah barisan artis popular seperti Wann, Saleem dan Zamani.

Tahniah kepada semua barisan peserta dan pemenang pada malam akhir tersebut. Penilain peserta pada malam itu diadili oleh 4 orang juri profesional iaitu Dato Ramli M.S, Era Fazira, Pak Ngah dan juga Fauziah Ahmad Daud. Juga 50% daripada undian penonton melalui sms yang dihantar pada malam itu.





0 comments: