Upin Ipin Jeng Jeng Jeng Bakal Cecah Box Office | Dunia Penuh Gosip

Upin Ipin Jeng Jeng Jeng Bakal Cecah Box Office

Filem animasi paling diminati ramai dan jadi viral sekarang Upin Ipin telah kembali setelah 7 tahun tidak menghasilkan filem selepas filem pertama mereka Upin Ipin Geng Pengembaraan Bermula pada tahun 2009. Kini Les' Copaque Production dengan kerjasama KRU Studio telah menghasilkan satu lagi karya bakal Box Office di Malaysia.


Upin Ipin Jeng Jeng Jeng tidak seperti animasi sebelum ini ia sangat berbeza dan membawa konsep yang lain. Menggabungkan animasi dan dunia pelakon manusia ia memberikan satu suasana yang lebih meriah dan menarik. Siapa tak kenal dengan KRU yang telah banyak menghasilkan filem animasi sebelum ini juga filem superhero yang banyak menggunakan teknologi CGI.


Filem Upin Ipin kali ini animasi nampak lebih kemas dan lebih maju serta gabungan antara manusia dan kartun juga serasi. Bagi yang pertama kali tonton akan rasa semua ini dan juga penggunakan lokasi pengembaraan juga sesuai dan menghidupkan suasana itu sendiri.

Sinopsis Filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng

 
Kisah bermual di rumah anak yatim yang didiami Balqis watak utama dalam filem ini. Kerana minat dan cintanya Aqis dengan watak Upin Ipin ia membuatkan beliau yakin bahawa kartun ini mampu untuk menjadi realiti. Dalam keseronokan itu telah hadir seorang lelaki bernama Zaman yang mahu merampas tanah rumah dimana anak yatim itu tinggal.
 

Segala pengembaraan dan keseronokan bermula dalam proses Zaman untuk mendapatkan tanah tersebut dengan pelbagai cara. Namun datang 2 orang jejaka yang juga bekas penghuni rumah anak yatim tersebut iaitu Awie dan Bo lakonan Awie sendiri serta Remy Ishak membantu untuk menyelesaikan maslah itu.

Pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi menyelamatkan rumah anak yatim tersebut. Sehingga akhirnya mereka menganjurkan satu konserta amal dan berjaya mengumpulkan dana menyelamatkan rumah tersebut. Kena datang sendiri untuk saksikan aksi kelakar dan sedih dalam filem ini memang menyentuh hati.

Filem ini bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak tetapi juga untuk ibubapa dalam memberi pendidik awal kepada anak-anak agar berkasih sayang dan saling bantu membantu. Kerjasama yang di wujudkan dalam filem ini sangat bagus dan masej kasih sayang juga satu yang terserlah dalam filem ini.


Tapi setiap yang dilakukan ada penambah baikan yang boleh dibuat untuk memastikan filem ini lebih dicintai oleh kanak-kanak. Ini kerana watak Upin Ipin agak kurang menyerlah dalam filem ini serta telalu banyak adegan menangis dna sedih yang kadang-kadang menghalang emosi gembira kanak-kanak. 



Apa pun filem ini bakal menjadi pecah panggung bukan sahaja di Malaysia malah mungkin ke Asia Tenggara seperti Indonesia yang sebelum ini menjadi kegilaan ramai rakyatnya. Sapa lagi yang nak support filem tempatan kalau bukan kita.


Juga jangan lupa untuk bertemu karektor kesayangan kanak-kanak ini di Expo MAHA 2016 yang bertempat di Laman Florikultur MAEPS Serdang. Bermula daripada 1 hingga 11 Disember 2016 dengan banyak aktiviti menarik akan ada di sana. Selain bertemu Upin Ipin mereka juga mengadakan aktiviti menarik seperti mengenai aspek pertanian dan tumbuh-tumbuhan. Jumpa di sana.






0 comments: