Anugerah DFKL 2017 Kembali Dengan Tema #CeritaKita | Dunia Penuh Gosip

Anugerah DFKL 2017 Kembali Dengan Tema #CeritaKita

Kini telah 4 tahun pengajuran DFKL bagi mencungkil bakal baru dalam dunia drama di Malaysia. Tahun ini menyaksikan ia lebih mantap dan lebih hebat dengan aktiviti yang dirancang sepanjang penganjurannya. Pasti tahun ini lebih menekankan kepada kualiti dan juga hasil karya yang terbaik melalui bengkel, sesi perkongsian idea dan juga ujibakat.


Salah satu program sepanjang DFKL adalah majlis anugerah. Anugerah DFKL diadakan bagi mengiktiraf drama-drama yang bersiaran sepanjang tahun 2016. Tugas anda sebagai penonton menentukan drama dan artis kesayangan anda dinobatkan sebagai pemenang Anugerah DFKL, sila lengkapkan undian sekarang. Tarikh Tutup Undian adalah pada 20 Mac 2017 jadi undi sekarang juga di https://www.dfkl.com.my.

Kemuncak DFKL 2017 akan diakhiri dengan Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 yang akan diadakan secara langsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Anugerah gilang gemilang ini akan menemui penonton pada 9 April 2017, Ahad jam 9 malam di TV3. Siapakah bakal juara kita saksikan malam kemuncak DFKL 2017.






0 comments: