Pelat Melayu Mat Dan Berjaya Tambat Hati Gadis Terengganu | Dunia Penuh Gosip

Pelat Melayu Mat Dan Berjaya Tambat Hati Gadis Terengganu

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mat Dan dikalangan penonton program travelog Mat Dan Kaki Jalan di Astro. Semalam tarikh 12 Mac 2017 adalah majlis berlansungnya hari bersejarah dalam hidup pemuda warga Bristol, England ini.


Mat Dan memilih gasid Melayu Terengganu seorang peramugari sebagai teman hidupnya setelah lebih 7 tahun duduk di Terengganu. Kelihatan keluarga Mat Dan turut sama pada majlis kenduri pertangan dan juga perkahwinan beliau yang berlangsung pada hari sama.

Menjadi tular di laman sosial gambar pertunangan belia dengan baju sepasang biru dan kemudian pula pada belah petang melangsungkan majlis perkahwinan di kampung pasangan beliau di Bukit Chendering.


Pasangan ini memilih berkahwin cara tradisional Melayu yang sederhana dengan diharidi oleh saudara terdekat sahaja. Tahniah kami ucapkan kepada Mat Dan dan pasangan moga terus bahagia hingga ke Jannah. Moga lebih ramai lagi orang luar berminat dengan budaya dan cara hidup Malaysia yang ramah dan mesra. 





0 comments: