Raf Yaacob Bernikah Bersama Mawar Rashid Hari Khamis | Dunia Penuh Gosip

Raf Yaacob Bernikah Bersama Mawar Rashid Hari Khamis

Adik kepada Datuk Fazley Yaakob, Raf Yaakob atau nama penuhnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, 32, menamatkan zaman bujang Khamis dengan sekali lafaz. Majlis pernikahan yang diadakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur pada jam 3.20 petang dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat mereka.


Pasangan ini dinikahkan Imam Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq Bangsar, Ustaz Mohamad Azri Ahmad Kamil dengan mas kahwin RM900.


Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Abdul Rashid, 22, turut menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan, manakala wang hantaran dirahsiakan. Mengambil konsep perkahwinan tradisional Jawa dengan busana rekaan Cosry, tampak sepadan dengan pilihan hatinya itu.


Majlis resepsi pasangan mempelai itu akan diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby, di sini pada 1 Disember depan. Tahniah diucapkan kepada kedua mempelai moga bahagia hingga Jannah. 





0 comments: