Hari Kesedaran Autisme Bersama Tadika Nadi Intelek Dan Lawatan Kolej Vokasional ERT Azizah Johor Bahru | Dunia Penuh Gosip

Hari Kesedaran Autisme Bersama Tadika Nadi Intelek Dan Lawatan Kolej Vokasional ERT Azizah Johor Bahru

Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak pada hari ini telah mengadakan Hari Kesedaran Autisme bersama Tadika Nadi Intelek dan menerima lawatan daripada Kolej Vokasional ERT Azizah, Johor Bahru. Acara ini telah diadakan di Kampus Damansara Perdana Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak (MK STUDIO).


Seramai 16 orang kanak-kanak Autisme daripada Tadika Nadi Intelek dan diiringi oleh cikgu seramai 14 orang. Selain daripada itu, kunjungan daripada pelajar Kolej Vokasional ERT Azizah, Johor Bahru seramai 25 orang dan 3 guru pengiring.


Sepanjang acara dijalankan, terdapat aktiviti-aktiviti pengisian yang disediakan oleh wakil daripada pelajar Diploma dan Ijazah Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak untuk kanak-kanak Autisme daripada Tadika Nadi Intelek, sehubungan itu juga memberi pendedahan kepada pelajar dan kakitangan KPAKK dan juga pelajar Kolej Vokasional ERT, Azizah. Selain daripada itu, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Awal Kanak-Kanak) melakukan persembahan teater yang bertajuk Siputeh untuk tontonan pelajar Kolej Vokasional ERT Azizah, Johor Bahru dan kepada anak-anak Autisme.







0 comments: