Setelah Empat Kali Menyertai Super Spontan Fad Menjulang Gelaran Juara Tahun Ini | Dunia Penuh Gosip

Setelah Empat Kali Menyertai Super Spontan Fad Menjulang Gelaran Juara Tahun Ini

Setelah empat tahun pelawak Fad dari kumpulan Bocey menyertai program Super Spontan dan akhirnya tahun ini beliau berjaya menjulang gelaran juara. Tahun lepas Fad hanya berada di kedudukan kedua apabila ditewaskan oleh Kamal Adli. Fad berjaya memenangi wang tunai RM100,000 dan trofi. Pada program akhir Super Spontan Xtravaganza yang berlangsung semalam setelah beraksi dengan lima lagi peserta akhir lain iaitu Izzue Islam, Joey, Achey, Artu dan Shahrol


Seperti biasa program super spontan akhir penilaian adalah berdasarkan prestasi persendirian tidak seperti minggu sebelum ini dimana semua peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung dan Lobster Leleh. Pada minggu akhir ini menyaksikan permarkahan 50% daripada juri profesional dan 50% dari undian penonton.

Dalam rancangan akhir kali ini juga menyaksikan penyertaan pertama kali daripada seorang yang bukan background pelawak iaitu Izzue Islam. Tapi tidak mengecewakan dimana beliau dinobatkan tempat kedua yang membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi. Manakala tempat ketiga pula adalah milik pelawak Achey yang membawa pulang RM25,000 dan trofi.

Pada program akhir ini juri tetap adalah Datuk Afdlin Shauki dan juga Adibah Noor. Tapi yang peliknya adalah juri jemputan iaitu Ayda Jebat yang langsung tidak layak menjadi juri untuk program ini. Kenapa beliau dijemput pun tak tahu dah tak ada pelawak lain kot. Apa pun tahniah kepada semua peserta akhir dan pemenang.







1 ulasan: