Nickelodeon’s Dora The Explorer LIVE! Aktiviti Cuti Sekolah Yang Menarik Di Genting Highland | Dunia Penuh Gosip

Nickelodeon’s Dora The Explorer LIVE! Aktiviti Cuti Sekolah Yang Menarik Di Genting Highland

Musim cuti sekolah tiba lagi hujung tahun ini pelbagai aktiviti menarik mula dirancang oleh ibu bada untuk mengisi masa cuti anak-anak. Salah satu yang ibu bapa boleh lakukan adalah dengan menyaksikan persembahan secara langsung Nickelodeon's Dora The Explorer. Sapa tak kenal Dora seorang watak kanak-kanak perempuan pintar yang bermain teka-teki dalam dunia pengembaraan yang menyeronokan.





Siri rancangan tv yang cukup popular ini kini telah berada di pentas Resort World Genting untuk selama cuti sekolah ini. Membawa watak sebenar Dora dan rakan-rakan satu hiburan yang berguna dan berfaedah untuk kanak-kanak. Masin mengekalkan konsep esplorasi dan teka-teki serta pendidikan melalui hiburan lagu Dora pasti akan membuatkan anak anda tidak keruan menyaksikannya.




Sedikit sinopsis kisah Nickelodeon’s Dora the Explorer LIVE! Search for the City of Lost Toys. "Dora telah kehilangan Osito teddy bear hadiah harijadinya dan dia memerlukan bantuan untuk mencari teddy miliknya itu. Melibatkan penonton melalui lagu, tarian dan menyelesaikan masalah, tidak ada keraguan bahawa Dora akhirnya berjaya, sehingga dia dapat menyanyikan kata kunci pada akhirnya - We Did It!"



Tayangan Dora ini boleh disaksikan di Genting International Shoowroom bermula dari 24 November 2018 hingga 1 Januari 2019. Waktu tayangan pula hanya pada pukul 7.30 malam untuk hari Isnin hingga Jumaat, manakala 4.00 petang dan 7.30 malam untuk hari Sabtu dan 4.00 petang pada hari Ahad. Tiada tayangan pada tarikh 26 November, 3 Disember, 17 Disember dan 24 Disember.




Tiket pula boleh didapati dengan harga RM186.00 (VIP), RM143.00 (PS1) dan RM101.00 (PS2). Harga tambahan untuk yuran pemprosesan sebanyak RM4.00 akan dikenakan. Ahli GRC (Genting Rewards Card)  akan dapat menikmati diskaun standard sebanyak 10% melalui pembelian secara tunai, kad kredit atau penebusan mata ganjaran Genting.


Resorts World Genting juga menawarkan promosi pakej bilik  istimewa Dora The Explorer, termasuklah tiket untuk tayangan. Standard Room untuk bilik di Hotel First World bernilai RM330.00 sebuah bilik pada hari biasa dan hujung minggu RM359.00 termasuklah dua PS1 tiket tayangan Dora.


Bagi pakej Hotel Theme Park pula, promosi yang ditawarkan RM529.00 untuk King Room termasuk dua PS1 tiket tayangan, RM847.00 untuk Quad Room termasuk empat PS1 tiket dan RM1,105 untuk bilik 6 orang termasuk enam PS1 tiket. Tayangan ini ditaja penuh oleh PPB Property Development Sdn. Bhd.




Jadi tunggu apa lagi ibu bapa yang masih tiada perancangan cuti sekolah ini masa untuk membawa anak-anak menyaksikan Dora The Explorer Live ini. Mungkin ia akan memberi kegembiraan yang tiada di tempat lain sambil bercuti dipuncak gunung yang sejuk dan nyaman. Maklumat lanjut layari laman web www.rwgenting.com atau hubungi talian +603 2718 1118. Selamat menonton dan berhibur semua.

Menangi 4 tiket Dora The Explorer Live di sini.





18 ulasan:

  1. Alaaa nak pergi tapi tiket tu not bad price dia
    Hehehe
    Tak pela i try join contest utk tiket free tu kan
    Mana tahu rezeki boleh menang kan maha?hahahaha

    BalasPadam
  2. We did it, we did it. Boleh pula ternyanyi sekali. Hehe. Kita pun minat tau kartun Dora The Explorer ni. Ni bila tau ada tayangan live rasa nak pergi sekarang juga. Bila tgk harga promosi bilik tu berbaloi sangat sebab dpt bilik dan tiket lagi kan. Nak survey lah skrg juga.

    BalasPadam
  3. wah comel je Dora! ingat lagi dulu datang nak tengok ultraman kat ats ini. sekarang musim cuti sekolah ada dora pulak heheh memang bagus untuk tarik dorang ke sini

    BalasPadam
  4. Comelnya dora. Anak2 kita mmg peminat dita terutama yang perempuan. Skrg blh jumpa live lagi mesti lagi best dan menarik

    BalasPadam
  5. I been watching this cartoon when i was kid.HAHAHA.How fast time flies. I wish can go there wathing Dora with my niece and nephew. They must be happy! Thanks for sharing this.Lately Genting have so many suprise since they upgrade.

    BalasPadam
  6. My daughter's cartoon, I think she'll be really excited if I bring her for this show.

    BalasPadam
  7. Comel nyeeee..I bet the children suka sangat. At least cuti sekolah ni ibubapa boleh la buat plan bawa anak anak. Lama I tak pegi Genting ni. Busy!!!

    BalasPadam
  8. Wahhhh cartoon dora. Dulu masa masih di bangku sekolah selalu jugak tgok dora the explorer lepas balik sekolah. Rasa sakit hati sebab lambat benor si dora nie berfikir. Rasa nak ketuk2 je. Emosi tau tgok cter nie. Hahaha. Nie mesti budak2 suka nie kalau bawak pi genting. Okag nanti nk pergi jugak

    BalasPadam
  9. Waaa.. Dora The Explorer..
    Suka tengok kartun tu walaupun dah bergelar mak orang. 😄
    Best. Ni kalau dapat tengok depan depan lagi la syok kan..

    BalasPadam
  10. that's a cute show for all the kids. My girls would surely love it too. My nanny used to say them look like Dora hahaha. but they are not as adventurous as her la

    BalasPadam
  11. bestnya event macam ni..anak-anak pmesti suka..fariza sellau tengok cerita ni..dia suka patung-patung macam ni..ni mak tengok pun teruja..hahaa

    BalasPadam
  12. Wahhh tak tahu pun pasal ni. Kalau tahu dah bawak anak2 buah ke sana. Dorang memang berhantu sikit dengan si dora ni.

    BalasPadam
  13. Nie kalau bawa anak-anak saudara Rawlins, bimbang mereka naik pentas dan menyanyi sekali hahaha. MM naik pentas tak?

    BalasPadam
  14. ni konfem ramai mak pak bawa anak-anak ke sana. kenalah dengan cuti sekolah..nasib baik anak laki kami tak minat sgt Dora hehe

    BalasPadam
  15. Hari-hari tengok makin banyak tarikan yang Genting buat. Terbaru Dora the Explorer pulak eh. Nampak real lah costume tu in real life. Sesuai la kalau nak bawa anak-anak ke sana.

    BalasPadam
  16. Rajin Maha pi cover event ni. Macam portal dah. Tukar skit layout dan kerap update. Dah bleh dah jadi portal. Keep it up.

    BalasPadam
  17. Wah bgusnya ada event mcm ni time cuti2 sekolah kt Genting Highland kan. .anak akak yg sulung tu kalau pi mana2 mesti org pnggil dora sebab rmbut mcm dora ni

    BalasPadam
  18. Best event mcm ni klu bwk budak2,dorang memang enjoy tgk show mcm Tuesday..

    BalasPadam