Lebih 3,000 Peminat Terpukau Dalam Konsert Siti Nurhaliza On Tour Jakarta | Dunia Penuh Gosip

Lebih 3,000 Peminat Terpukau Dalam Konsert Siti Nurhaliza On Tour Jakarta

Setelah lebih daripada 10 tahun penyanyi No. 1 negara Dato Sri Siti Nurhaliza tidak tampil dengan konsert berskala besar di negara jiran ini. Kini akhirnya memberi kepuasa kepada lebih daripada 3,000 orang peminat setia beliau di Indonesia melalui konsert Siti Nurhaliza On Tour 2019. Konsert yang berjaya pada malam hari Khamis yang lepas berlangsung lebih kurang 2 jam setengah di Istora Senayan Jakarta


Segmen pertama konsert Siti dimulakan dengan lagu-lagu tradisional seperti Badarsila, Joget Berhibur, Joget Kasih Tak Sudah dan Nirmala. Lagu-lagi ini merupakan ‘penghubung’ bagi Indonesia dan Malaysia, kata Siti.



Bagi Siti, irama lagu Melayu dapat menyatukan Indonesia dengan negara berjiran lain melalui muzik. Jelajahnya kali ini menterjemahkan perjalanan muzik beliau yang mengimbas memori dan kenangan sejak awal kariernya pada awal 90-an. Konsert itu turut menampilkan penyanyi kegemaran rakyat tempatan, Tulus sebagai artis jemputan yang berduet menerusi lagu Seindah Biasa.



Diantara lagu-lagu lain yang dinyanyikan Siti termasuk Biarlah Rahsia, Percayalah, Bukan Cinta Biasa, Indah Percintaan, Anta Permana dan banyak lagi. Lokasi seterusnya bagi jelajah kali ini adalah Singapura pada 2 Mac dan Kuala Lumpur pada 16 Mac.


Bukan sekadar tiga negara Asia, tetapi penyanyi berusia 40 tahun itu juga akan kembali ke Royal Albert Hall, London buat kali kedua pada 22 April ini. Pada malam tersebut busana yang dikenakan oleh Siti di reka khas oleh Rizman Ruzaini Creations serta solekan khas dari Epie Temerloh Fan Club. Tahniah kepada semua crew produksi disebalik tabir yang telah menjayakan konsert ini. 







0 comments: