Singapura Begegar Pula Dengan Konsert Siti Nurhaliza On Tour | Dunia Penuh Gosip

Singapura Begegar Pula Dengan Konsert Siti Nurhaliza On Tour

2 Mac 2019 adalah menjadi tarikh keramat buat biduanita negara Dato Seri Siti Nurhaliza apabila berlangsungnya konsert jelajah 'Siti Nurhaliza On Tour' di Singapura. Dianggarkan sekitar 4,500 peminat membanjiri dewan Singapore Expo pada malam tersebut. 


Satu kelainan bagi konsert di Singapura kali ini ialah, para peminat dipelawa menyertai peraduan menyanyi lagu-lagu beliau di Instagram demi merebut peluang keemasan bertemu empat mata dengan penyanyi kesayangan mereka ini. 10 orang peminat yang membeli tiket, yang muat naik video menyanyi bertuah dipilih untuk berada di belakang pentas bersama dengan bintang kesayangan merek tersebut.


Pada malam konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza muncul di atas pentas dengan dendangan lagu-lagu irama Melayu yang sehingga kini masih relevan dan diminati ramai! Tokti kelihatan sungguh ayu dan manis memperagakan busana ala-ala srikandi yang berwarna kuning keramat. Beliau juga rancak berdansa kepada lagu-lagu yang dinyanyikan! Ikonik!


Selepas segmen tradisional, Siti menyanyikan lagu-lagu jiwang yang disukai ramai. Katanya, orang memang suka akan lagu jiwang! Beliau juga kelihatan sempat beramah mesra dan bercanda dengan peminat-peminat, itulah yang membuatnya menjadi idola ramai. 


Tema seterusnya merupakan “chorus medley” album terbaiknya yang bertajuk Transkripsi. Lirik lagu terpancar di skrin agar peminat boleh ikut serta berkaraoke bersama-sama. Suara Siti tetap merdu dan lunak, mengubat rindu peminat. Semasa menendangkan lagu irama pop seperti Siti Situ Sana Sini, Indah Percintaan dan Engkau Bagaikan Permata bersama penari-penari  di atas pentas.


Barisana penaja pada malam tersebut seperti busana direka khas dari Rizman Ruzaini Creations, Qudyn dan Jovian Mandagie Couture. Manakal solekan dari Epie Temerloh Fan Club. Jumpa anda di Kuala Lumpur pula pada 16 Mac ini untuk konsert terakhir jelajah negara Asia Tenggara. Kemudian kat Royal Albert London pula bulan April nanti. 








0 comments: