eCurve Raikan Warga Emas dalam Sambutan Penuh Makna Sempena Tahun Baru Cina | Dunia Penuh Gosip

eCurve Raikan Warga Emas dalam Sambutan Penuh Makna Sempena Tahun Baru Cina

Dalam kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina yang disemai dengan semangat berkongsi dan mengeratkan silaturrahim antara ahli keluarga, eCurve telah membawa warga emas dari Persatuan Rumah Amal Murni, Kajang untuk merasai suasana kempen 'Blossoms of Spring' yang berwarna-warni dan meriah di eCurve baru-baru ini.


Sejurus mereka tiba, para tetamu dibawa masuk ke kawasan Centre Atrium yang telah diubah suai indah menjadi sebuah laman berunsurkan elemen Cina dihiasi tanglung berwarna warni, rekabentuk patung batu singa yang unik dan sebuah pagoda yang tersergam gah.

Persembahan muzikal Spring Sensation Dance yang telah direka tari khas merupakan kemuncak acara pada hari itu. Dengan pakaian yang memukau dan berkilauan dipadankan bersama kipas bercorak bunga, para penari mempersembahkan tarian yang anggun diiringi alunan melodi tradisional dan kontemporari Cina. Sejajar dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina, aksi hebat dan berani yang dipersembahkan oleh kumpulan tarian singa akrobatik turut mengagumi para penonton. Tetamu istimewa ini turut dipersembahkan dengan limau mandarin yang melambangkan tuah bagi tahun baru.


Sebelum acara berakhir, tetamu-tetamu dari Persatuan Rumah Amal Murni turut menerima hadiah dan Ang Pow Tahun Baru Cina dari pihak eCurve sebelum menuju ke Skaters Dim Sum untuk menikmati sesi jamuan Tahun Baru Cina yang lazat.

Pengunjung boleh berkunjung ke Blossoms of Spring dari 31 Disember 2019 sehingga 27 Januari 2020 di Centre Atrium eCurve. Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke laman yang dihias indah dengan elemen Cina serta menonton persembahan secara langsung yang menarik, termasuk persembahan tarian singa.


Sepanjang tempoh kempen berlangsung, eCurve turut memberi peluang kepada pengunjung untuk menebus hadiah eksklusif sempena musim perayaan seperti Fortune Candy Container dan paket Ang Pow dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM188 dalam maksimum dua resit. Semua penebusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat, sementara stok masih ada.

Berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Blossoms of Spring Tahun Baru Cina eCurve? Sila hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan eCurve di 03-7725 0277 atau layari www.ecurve.my atau laman Facebook di www.facebook.com/eCurveMall atau laman Instagram di www.instagram.com/ecurve_official









0 comments: