Era Digital Music Award 2019 (EDMA) Sendu Tetap Meriah | Dunia Penuh Gosip

Era Digital Music Award 2019 (EDMA) Sendu Tetap Meriah

EDMA 2019 adalah anjuran stesen radio nombor satu Malaysia, Era bagi menghargai bakat tempatan tanah air. Acara yang berlangsung di Battle Arena, Petaling Jaya, malam tadi itu adalah penganjuran keempat sekali gus melihat ramai penyanyi muda mendominasi pencalonan anugerah digital. Anugerah ini adalah sepenuhnya undian daripada peminat di laman web Era yang telah dibuka sejak 23 Disember 2019 hingga 16 Jan 2020. 


Walaupun dilihat kurang promosi dan juga agak sendu tapi sambutan peminat terutama generasi sekarang yang lebih kepada dunia online dan digital lebih mengetahui tentang anugerah ini. Tahniah kepada semua pemangn pada malam tersebut termasuk kumpulan K-Clique dan juga Andi Bernade yang pertama kali menang sejak begiat dalam industri.


EDMA 2019 kali ini turut dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada Naim Daniel, Andi Bernadee, Luqman Faiz, K-Clique, Floor 88, Zizi Kirana dan ramai lagi. Berikut senarai lengkap pemenang Anugerah Muzik Digital Era (EDMA 2019).

Lagu Featuring Hit
Mimpi - K-Clique feat Alif

Artis Baru Baek
Luqman Faiz

Rappers Paling Onz
K-Clique

Lagu Viral Onz
Donde - Andi Bernadee

Fan Club Paling Ngam
Qiemillio Official FC (Haqiem Rusli)






0 comments: