Keserasian Khareez dan Nadeera Melayakkan Mereke Begelar Juara Lagu Cinta 2 | Dunia Penuh Gosip

Keserasian Khareez dan Nadeera Melayakkan Mereke Begelar Juara Lagu Cinta 2

Keserasian dalam persembahan yang penuh mantap yang dicipta memberi kelebihan kepada pasangan Khareez dan Nadeera untuk dinobatkan sebagai juara program realiti, Lagu Cinta Kita Dua (LCK2) pada malam kemuncak yang dipancarkan secara langsung dari Studio Glenmarie, di sini, malam ini.



Kemenangan itu membolehkan pasangan berkenaan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM50,000, memiliki single lagu duet dan video muzik.

Manakala tempat kedua menawarkan ganjaran wang tunai berjumlah RM30,000 dimenangi oleh pasangan Syafiq dan Serra, manakala Iss dan Mya hanya berpuas hati pada tempat ketiga, sekali gus meraih hadiah berjumlah RM20,000.

Sementara itu, tempat keempat dan kelima dimenangi pasangan Kael dan Evie dan Adly serta Darling dengan membawa pulang hadiah berjumlah RM15,000 dan RM10,000.

Pemarkahan setiap peserta ditentukan dengan 70 peratus daripada barisan juri profesional iaitu Ajai, Mas Idayu dan Hael Husaini, manakala 30 peratus lagi jumlah undian dalam talian menerusi laman rasmi LCK2.

Penyanyi, Dayang Nurfaizah dan Zizi Kirana menyerikan malam akhir LCK2, manakala Rozita Che Wan berkongsi pandangan mengenai topik percintaan dan jarak umur dalam segmen Panel Cinta.

LCK2 dikendalikan Azwan Ali dan Elly Mazlein sebagai hos adalah program realiti nyanyian dan mencari jodoh untuk peserta yang bujang dan belum mempunyai pasangan hidup.








0 comments: