Dunia Penuh Gosip - Juara Dunia Penuh Gosip: Juara - All Post
Memaparkan catatan dengan label Juara. Papar semua catatan
Rezeki Penyanyi Pancaragam Askar Timbalan Setia Negeri Johor, Mazleen dinobatkan sebagai juara Kilauan Emas 2025. Sekali gus membawa pulang wang tunai RM30,000 dan trofi.



Mazleen menyampaikan lagu Bertamu Di Kalbu nyanyian asal Jaclyn Victor.  Untuk persembahan kedua pula, Mazleen mempersembahkan lagu duet bersama Arip KE4 berjudul Naluri Cinta nyanyian asal Rohana Jalil dan To’ki.

Peserta berusia 45 tahun dari Kluang, Johor itu berjaya mengalahkan finalis lain iaitu Zekrai, Nawary, Zanie, Ezan dan Majid.

Naib juara pula menjadi milik Zekrai yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi sumbangan Astro, pakej percutian tiga hari dua malam ke Bali, Indonesia sumbangan Amartrips.com.

Manakala tempat ketiga milik Nawary melayakkannya menerima hadiah wang tunai berjumlah RM5,000, beserta trofi sumbangan Astro, pakej percutian tiga hari dua malam ke Danang, Vietnam sumbangan Amartrips.com.

Sementara itu, Zanie pula dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat, Ezan pemilik tempat kelima dan Majid di tempat keenam.

Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Majid juga diumumkan sebagai penerima Anugerah Emas Berkilau of The Week. Pemenang cabaran 30 Hari Nestle Omega Gold dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 5,000 dimenangi oleh Ezan yang berjaya menurunkan tahap kolestrol paling banyak.









Sitara Hakimi dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan lima finalis lain menerusi persembahan bertenaga yang memukau juri dan penonton di Auditorium Sri Angkasa, malam tadi.



Hakimi, 33 tahun berkata, kemenangannya adalah sesuatu yang tidak dijangka kerana persaingan sengit di pentas akhir.Naib juara pertandingan menjadi milik Sitara Azmirul, manakala Syaimaa meraih tempat ketiga.

Tiga lagi finalis, Ikmal, Saiful dan Ranisha, masing-masing menerima hadiah saguhati.Pertandingan anjuran RTM itu menampilkan enam finalis dengan format gabungan persembahan solo dan segmen ‘battle’.



Ia sekali gus membuktikan irama klasik tanah air terus relevan dan segar di pentas generasi baharu. Acara gilang-gemilang itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa serta Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman.






Pertandingan nyanyian kanak-kanak berprestij, Kemuncak Bintang Kecil 2025, anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) kembali menghiasi pentas hiburan yang telah berlangsung di Auditorium P. Ramlee, pada 20 September 2025.



Sejak diperkenalkan pada 1986, Bintang Kecil menjadi wadah mencungkil bakat baharu dalam kalangan kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun, sekali gus melahirkan ramai nama besar dalam dunia seni tanah air.

Seramai 11 peserta dari seluruh negara termasuk Brunei dan Indonesia berentap merebut gelaran juara pada malam akhir tersebut. Antara yang layak ke pentas akhir ialah Kelvin Epoy dan Aleysha Shareef Van Der Horst (Sarawak), Nurul Hafizah Safri (Sabah), Cinta Suci Indah Urmila Abdullah (Johor), Megat Muhammad Qalif Megat Shazrin (Terengganu), Puteri Azalia Mohd Taufik (Kedah), Melissa Rose Afzan Saffuan (Pulau Pinang), Mayrisha Naaila Dyana Reyza Nyambong (Melaka), Tai Eimran Azlan (Selangor).

Serta dua wakil dari luar negara iaitu Ahmad Dasuki Qusyairie Roslani (Brunei Darussalam) dan Claudy Qaila Sakhi (Indonesia).

Pertandingan kali ini menawarkan hadiah lumayan dengan jumlah keseluruhan melebihi RM100,000, termasuk tajaan barangan kemas daripada La Vince Gold Jewellery Sarawak.

Juara pada malam itu milik Muhamad Qalif dari Terengganu yang membawa pulang wang tunai RM20,000 berserta emas bernilai RM6,000. Manakala naib juara dimiliki oleh peserta Indonesi Claudy Qila dengan hadiah RM15,000 dengan emas bernilai RM5,000. Di tempat ketiga pula milik adik Mayrisha Naaila dengan hadiah bernilai RM10,000 serta emas bernilai RM4,000.

Lapan lagi peserta menerima hadiah saguhati bernilai RM5,000 setiap seorang bersama dengan kepingan emas bernilai RM700.







Bintang The Chosen One Xtra 2025, Iaman dan kumpulan Saputra berjaya merangkul gelaran juara selepas tampil dengan persembahan yang cukup memukau.



Di bawah bimbingan jurulatih Naqiu, persembahan bertenaga mereka menyampaikan lagu Ayuh, Evo, Joget Angan Tak Sudah dan Ya La Dan nyanyian asal Datuk Sharifah Aini menyerlahkan gabungan vokal mantap dan elemen seni pentas yang menghiburkan dan berjaya mencuri hati juri.

Kemenangan itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000 berserta trofi kejuaraan. Mereka turut diumumkan sebagai pemenang Anugerah Persembahan Terbaik dan menerima tambahan RM10,000.

Naqiu pula selaku coach berjaya merangkul trofi ‘Coach Terbaik’ serta wang tunai sebanyak RM10,000.



Naib juara pula berjaya menjadi milik Rayyan dan Dahlya yang membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 30,000 dan trofi sumbang Astro.

Manakala tempat ketiga berjaya dimiliki oleh Alif dan Yusof dan layak menerima hadiah wang tunai sebanyak RM 20,000 serta trofi sumbangan Astro.

Sementara itu, Iman dan Adawiya pula dinobatkan sebagai pemenang tempat keempat serta membawa pulang wang tunai sebanyak RM 10,000 dan trofi sumbangan Astro.








Peserta asal Kota Kinabalu, Sabah, Didie Shazry dinobatkan sebagai juara sulung program Raise The Star Malaysia.



Mendendangkan lagu Melompat Lebih Tinggi dan single pertamanya ciptaan Ainai Abdul berjudul Pegang Hati, membolehkan Didie berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000 dan sebuah trofi.

Tempat kedua disandang oleh Zuana yang membawa pulang wang tunai RM20,000 manakala Rayme berada di tempat ketiga membawa pulang RM10,000, sebuah lagu dan trofi.

Sementara itu, Hariz Fayahet memenangi tempat keempat disusuli Keka di tempat kelima dan masing-masing membawa pulang wang tunai RM5,000 berserta trofi serta sebuah lagu baharu.



Sementara itu, Gempak Star On Fire yang merupakan anugerah undian atas talian paling tinggi dimenangi Zury manakala anugerah Unbeatable Star diraih oleh Pasya dengan membawa pulang wang tunai RM5,000.

Kesemua peserta diadili oleh lima juri tetap iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Tomok.

​​Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.








Akhirnya terbentuk Boy Group baharu yang diberi nama Alpha bakal mewarnai dunia seni muzik melalu program realiti Big Stage Alpha. Program yang telah melabuhkan tirainya semalam menyaksikan tujuh finalis yang terpilih diserap menjadi bintang baharu dalam satu kumpulan. Mereka juga pada malam akhir itu turut melancarkan single baharu berjudul Moha Lisa pada akhir program tersebut.



Ia seperti mana matlamat utama program ini mencari bakat satu boy group yang berbakat. Mereka juga akan dibimbing dan diberi latihan di negara Korea Selatan untuk menjadi Boy Group yang popular di sana.

Juga pada malam akhir tu turut menobatkan Ariel Fesol sebagai juara solo program nyanyian Big Stage Alpha. Menerusi kejuaraan itu, Ariel, 27, berjaya membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM30,000 berserta trofi sumbangan Astro.

Persembahan Ariel menerusi lagu I Don’t Wanna Miss A Thing berjaya memukau barisan juri tetap Datuk Syafinaz Selamat, Edry Abdul Halim dan Hael Husaini serta juri jemputan, Marsha Milan.



Sementara itu, naib juara dimenangi oleh Ray-D dan berjaya membawa pulang wang berjumlah RM20,000 beserta trofi. Tempat ketiga dan keempat pula dimenangi oleh Rizal Rasid dan Daniel Sher dengan masing-masing membawa pulang wang berjumlah RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi.

Manakala, tempat kelima dan keenam milik Araff dan Izat Ibrahim dengan masing-masing membawa pulang wang berjumlah RM5,000 setiap seorang berserta trofi. Dalam pada itu, Afiq Sky sekadar berada di tempat ketujuh dengan membawa pulang wang bernilai RM3,000 dan trofi.







Setelah 15 tahun program ini menyepi, kini tahun 2025 menyaksikan sebutir bintang lahir dari program Calpis Soda One In A Million. Peserta dari Sabah, Marygrace muncul juara CSOIAM pada pentas akhir yang berlangsung di TV3, malam tadi dan membawa pulang hadiah utama bernilai RM1 juta.



Marygrace membawa pulang wang tunai RM500,000, sebuah kereta Peugeot 408 GT serta kontrak rakaman bersama Alternate Records, lagu baharu yang akan digubah serta diterbitkan oleh bintang muzik Indonesia, Ade Govinda dan jambangan bunga.

Persembahan memukau Marygrace menerusi lagu terbaru Titik Mula membawa tuah buatnya sehingga bergelar juara. Tempat kedua dimenangi oleh Kai Deva yang menerima hadiah wang tunai RM50,000. Tempat ketiga menjadi milik Jimi yang menerima hadiah wang tunai RM30,000, manakala tempat keempat milik Zazzleen dengan menerima hadiah wang tunai RM20,000.



Persembahan peserta setiap minggu dinilai berdasarkan 60 peratus markah daripada juri tetap Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan, manakala 40 peratus lagi bergantung pada undian penonton. Episod akhir ini turut menyaksikan kehadiran pelakon terkenal Indonesia, Nicholas Saputra dan naib Juara musim pertama OIAM, Faizal Tahir sebagai juri jemputan.

Konsert akhir CSOIAM turut menyaksikan kemunculan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Faizal Tahir, Cakra Khan dan Ratu Rock Ella yang membuat persembahan pembukaan yang memukau. Tahniah kepada pemenang dan semua peserta akhir.










Akhirnya gelaran juara program paling trending di Astro, Gegar Vaganza Musim 11 adalah milik Liza Aziz. Pada malam akhir yang telah berlangsung malam tadi semua peserta melalui tiga pusingan. Pusingan pertama adalah pusingan nyanyian solo. Pusingan kedua adalah duet bersama artis jemputan dan pusingan ketiga persembahan Battle Vaganza



Bagi juara Liza Aziz mempersembahkan lagu ‘I Surrender’ oleh Celine Dion untuk pusingan pertama. Manakala pada pusingan duet Liza Aziz berduet bersama Krisdayanti dengan lagu ‘Cinta'. Pusingan ketiga Liza Battle Vaganza dengan lagu 'Angkat' yang dipopularkan oleh Mimi Fly. Battle bersama Zehra Zamri, Shila Abdul dan Ning Baizura.

Dengan gelaran juara Liza Aziz membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan juga trofi sumbang Astro. Selain itu juga, Liza membawa pulang dua lagi anugerah yang diumumkan pada malam akhir iaitu Anugerah Ikon Super Lit CelcomDigi dan Anugerah Terpaling Adabi.



Ditempat kedua pula milik Ning Baizura membawa pulang wang tunai RM50,000 dan juga trofi. Ning membawakan lagi 'A Moment Like This’ oleh Kelly Clarkson dalam pusingan solo. Manakala dapat berduet dengan Pasha Ungu melalui lagu 'Terlanjur Cinta'.

Ditempat ketiga menjadi milik Sheila Abdul yang membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan juga trofi. Sheila membawakan lagu 'Listen' dari Beyonce dan duet bersama Taufik Batisah melalui lagu ‘Aku Bersahaja'.

Manakala ditempat kempat adalah milik Dadali Dyrga. Ditempat kelima Zehra Zamri dan tempat keenam The Lima. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai dan trofi sumbangan Astro.

Malam akhir menyaksikan gabungngan artis bernama besar dari tiga buah negara iaitu Indonesia, Singapura dan Malaysia. Juga diadili oleh juri tetap Dato Ramli M.S., Hetty Koes Endang dan Dato Syafinaz. Tahniah kepada juara dan juga kepada semua peserta yang berjaya keperingkat akhir.









Duo finalis, Ikmal Amry dan Hakimi Noordin melakar kejutan pada saat akhir untuk muncul selaku juara sulung program Maskulin Who’s Your Bro.



Kemenangan tersebut membolehkan Ikmal dan Hakimi membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM30,000 dan sebuah trofi.

Tiga pasukan berentap bagi mentukan siapakah juara pertama program ini – Ikmal & Hakimi, Dr Shazif & Saddam, serta Theeban & Syafiq.

Sejak awal, semangat brotherhood menjadi nadi utama program realiti kecergasan nombor satu di Malaysia ini.

Apa yang disaksikan penonton di kaca TV hanyalah sebahagian kecil daripada ikatan persahabatan yang terjalin di sebalik tabir. Namun, hanya satu pasukan mampu menjulang trofi kejuaraan!



Di atas kertas, Dr Shazif & Saddam adalah pasangan pilihan ramai. Saddam, dengan daya tahan yang luar biasa, dan Dr Shazif, seorang atlet serba boleh, dilihat sebagai pencabar utama.

Namun, jangan pandang rendah Ikmal & Hakimi, pasangan ‘diam-diam ubi berisi’ yang sentiasa konsisten.

Sementara itu, Theeban & Syafiq, pasukan ‘underdog’, berusaha membuktikan mereka bukan sekadar pelengkap.









Duo adik beradik Shiha dan Ieda Zikir dinobatkan sebagai juara Famili Duo 4 (FD4) yang berlangsung di Studio NTV7 Glenmarie Shah Alam dan disiarkan di saluran TV3, malam Ahad.



Menerusi kemenangan itu, Shiha dan Ieda berjaya membawa pulang wang berjumlah RM100,000 beserta trofi. Dalam saingan peringkat akhir, duo terbabit telah menyampaikan lagu ‘Dokter Cinta’ di pusingan pertama yang bertemakan bebas. Manakala, pada pusingan kedua iaitu tema duet vokal kumpulan, mereka telah menyampaikan lagu ‘Mentera Semerah Padi’.



Tempat kedua dimenangi oleh duo sepupu, Ayie dan Salma sekali gus membawa pulang hadiah berupa wang berjumlah RM30,000. Sementara itu, tempat ketiga dimenangi oleh duo sepupu Tomok dan Sharul yang berjaya membawa pulang wang berjumlah RM20,000.



Malam kemuncak FD4 turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada Mas Idayu yang menyampaikan lagu terbaharu berjudul ‘Harum Mekar Di Hati’. Dihoskan oleh Sharif Zero dan Janna Nick, FD4 yang berlangsung selama lapan minggu telah dijurikan oleh Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor.








Kumpulan Sarkas dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4), malam tadi, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM150,000 berserta trofi.



Kumpulan yang dianggotai Danial Zaini, Acap S dan Shashic yang turut menjemput pelawak Shuib sebagai artis jemputan mendapat markah tertinggi.

Manakala kumpulan Padie yang dianggotai oleh Namie, Fad dan Aretoy yang mendapat markah mendapat tempat kedua, menerima hadiah wang tunai RM75,000 berserta trofi.

Ali Puteh, Man Raja Lawak dan Aya Amiruddin yang menggelarkan diri mereka Putehh pula diumumkan di tangga ketiga bersama hadiah sebanyak RM50,000.

Dua lagi finalis yang mara pada malam kemuncak MLS4 iaitu Deroyan dan Zuara terpaksa akur di tempat keempat serta kelima.

Masing-masing menerima wang tunai RM25,000 dan RM5,000. Seorang anggota Zuara, Zulin Aziz, 34, turut menerima gelaran Superstar Paling Gempak bagi edisi kali ini.







Anak didik kepada penyanyi Aepul Roza iaitu Kiki Fateeha 13 Tahun diumumkan sebagai juara program The Chosen One 2024 (TCO2024) yang berlangsung malam tadi.



Selaku jurulatih kepada Kiki, Aepul berbangga dengan pencapaian anak didiknya dan mahu menghadiahkan sebuah lagu kepadanya. Kemenangan tersebut turut melayakkan Aepul memenangi hadiah wang tunai RM10,000 sebagai jurulatih terbaik.

Mendendangkan lagu Kau Kekasihku (Datuk Siti Nurhaliza) bersama medley Jangan Kau Mimpi (Siti Sarah) dan Butter (BTS) duet bersama Aepul pada malam final, Kiki membawa pulang wang tunai RM30,000, trofi serta rakaman sebuah lagu bersama label Rocketfuel Entertainment.

Bukan saja memberikan persembahan bertenaga pada konsert akhir, Kiki juga menampilkan persembahan konsisten sepanjang lapan minggu bersaing dalam program The Chosen One musim kedua itu.



Tempat kedua dimenangi Akhil Mikail (anak didik Tomok dengan hadiah wang tunai RM20,000 selain memenangi kategori Persembahan Terbaik.

Anak didik Adira iaitu Atikah Rose pula memenangi tempat ketiga dan membawa pulang RM10,000, manakala Azry Sabri (anak didik Firdaus dan Fahimi Rahmat) berada di tempat keempat dengan hadiah RM5,000.

Program TCO24 diadili penyanyi Datuk Awie dan Jaclyn Victor yang bertindak selaku juri tetap. Sementara Ajai dan Ziana Zain tampil sebagai juri jemputan pada malam akhir program berkenaan. Program TCO2024 dimeriahkan oleh Jihan Muse dan Haziq Hussni selaku pengacara.








Kilauan Emas 2024 melabuhkan tirainya dengan kemenangan penuh inspirasi apabila Kak Gie, seorang pejuang kanser payudara tahap tiga dinobatkan sebagai juara pertandingan berkenaan, malam tadi. Peserta berusia 47 tahun dari Mersing, Johor itu berjaya mengalahkan finalis lain menerusi persembahan mantap yang memukau penonton dan barisan juri profesional.



Dalam saingan akhir pusingan pertama, Gie atau nama sebenarnya, Roziah Abd. Hamid mempersembahkan lagu bertajuk Kau Pergi Tanpa Pesan nyanyian asal Sharifah Aini dengan penuh lenggok dan keyakinan, sekali gus menundukkan lima pesaing lain.

Tempat kedua dimenangi oleh Sidi dan berjaya membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM10,000, trofi, pakej umrah dan pakej percutian. Tempat ketiga dimenangi oleh Ina dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai  RM5,000, trofi, pakej umrah dan pakej percutian.
 
Tiga peserta lain iaitu Sue, Wan dan Ron masing-masing hanya mampu berpuas hati di tempat keempat, kelima dan keenam dan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, trofi dan pakej percutian. Selain bergelar juara, Gie juga turut memenangi Anugerah Emas Berkilau of the Week.








Siapa yang sentiasa mengikuti perjalanan Farhan Mustapha sebelum ini pasti akan kenal dengan sosok insan yang tiada mengenal erti mengalah. Selepas hampir 12 tahun berjuang dan tidak berputus asa untuk bergelar penyanyi, Farhan berjaya dinobatkan sebagai juara The Grand Champion bagi program realiti nyanyian Gimme The Mic Malaysia 2024 pada malam Ahad lalu.



Menurut Farhan yang bekerja sebagai penebar roti canai, sebelum bersaing dalam program Gimme The Mic Malaysia dia telah menyertai pelbagai program realiti televisyen seperti Bintang RTM 2012 dan 2016, Akademi Fantasia 2015, dan Mentor Milenia 2017.

Farhan berjaya membawa pulang hadiah hampir RM30,000 iaitu wang tunai bernilai RM10,000 daripada Astro, RM10,000 Gimme The Mic Alha Alfa, USD2000 (RM8600) daripada Tiktok, serta sebuah lagu baru terbitan Rocketfuel Entertainment.

Konsep dalam program ini The Grand Six akan bakal mewakili Malaysia untuk bersaing di peringkat Gimme The Mic Global bersama peserta negara lain seluruh dunia. Selain Farhan Mustapha mereka yang berada dalam Grand Six juga adalah Syaffiq Sahli, Ameerais, Jelly Belly, Shazreen Shaharum, dan Bulan Asyraff.



Tahniah kepada The Grand Champion Gimme The Mic Malaysia Farhan dan juga kepada barisan lima lagi peserta yang akan mewakili negara. Moga berjaya di peringkat lebih tinggi dan mengharumkan nama negara.






Penyanyi, Aepul Roza menepati ramalan apabila dinobatkan juara program The Hardest Singing Show yang berlangsung di Pusat Convention CIDB, malam tadi. Kemenangan tersebut melayakkan Aepul membawa pulang trofi berserta RM150,000.



Bertemakan ‘Taruhan Akhir’, Aepul Roza menampilkan persembahan yang sangat luar biasa menerusi lagu ‘It’s My Life’. Persembahan Aepul mendapat pujian dan standing ovation daripada penonton dan para juri.

Menunjukkan prestasi yang sangat luar biasa setiap minggu dan pernah meraih tempat pertama sebanyak dua kali, Aepul sememangnya calon peserta yang layak menerima gelaran juara The Hardest Singing Show.

Pada malam akhir menyaksikan enam peserta yang layak. Manakala Ayda Jebat sebagai naib juara dan membawa pulang wang tunai bernilai RM20,000, pakej pelayaran dan juga trofi. Tempat ketiga dimenangi oleh Stacy dan keempat pula dimenangi oleh Aisha Retno. Stacy membawa pulang RM10,000 manakala, Aisha Retno membawa pulang RM5,000, pakej pelayaran dan juga trofi.

Putera Muhammad mendapat tempat kelima dan Zizi Kirana mendapat tempat keenam. Kedua-dua mereka membawa pulang RM5,000, pakej pelayaran dan juga trofi.








Penyanyi Bidayuh yang telah popular di negeri kelahirannya Sarawak, Roxy Ixzy 26 dinobatkan sebagai juara Bintang RTM 2024 yang telah berlangsung pada 24 Feb 2024 di Angkasapuri Kota Media dan disiarkan secara langsung di TV2. Beliau menerima hadiah wang tunai RM78,000 dan sebuah kereta Proton Iriz.



Gelaran naib juara menjadi milik Dhania yang membawa pulang wang tunai RM35,000 manakala Hady Huv memenangi tempat ketiga dengan ganjaran wang tunai RM20,000

Tempat keempat hingga keenam menerima RM5,000 manakala Bintang Paling Popular, Jon yang menerima 75,000 'likes', membawa pulang wang tunai RM10,000.



Hadiah-hadiah ditaja syarikat NesQ Resources Sdn Bhd, DRB Hicom, Royal Chulan Hotels & Resorts dan D&D Beauty House.

Rancangan dihoskan oleh pengacara tetap Bintang RTM 2024, Awal Ashaari dan Sissy Iman. Pertandingan akhir ini menyaksikan Roxy Ixzy, Eylia Guntabid, Dhania, Hady Huv, Feka dan Joy mempamerkan kehebatan vokal masing-masing untuk diadili juri tetap iaitu Datuk Syafinaz Selamat, LY, Ernie Zakri dan Aina Abdul sebagai juri jemputan.






Akhirnya misteri siapa di sebalik topeng Bunga Matahari akhirnya terungkai. Dinobatkan sebagai juara The Masked Singer Malaysia musim keempat (TMSM4), Stacy adalah selebriti di sebalik maskot tersebut.



Stacy Anam, 33 menyampaikan lagu Cinta nyanyian asal Marsha Milan dan juga Lathi. Stacy membawa pulang piala juara. Manakala pelawak Namie yang mengenakan maskot Mat Helang diumumkan sebagai pemenang tempat kedua. 



Tempat ketiga pula adalah pemakai kostum Sang Kancil iaitu Daniel Zaini juga pelawak. Di tempat keempat milik peserta Ceria Popstar iaitu Adinda memakai kostum Biskut Aisktim dan tempat kelima adalah Nabila Razali yang memakai kostum Teratai



The Masked Singer Malaysia musim ke 4 mencipta sejarah tersendiri kerana Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tengga yang menyiarkannya secara langsung untuk 10 minggu. Juga menjadi negara kedua di dunia yang menyiarkan program ini secara langsung.



Sementara itu, pengacara, Datuk AC Mizal menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program itu yang berlangsung secara langsung selama 10 minggu di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur dan ditayangkan secara langsung di Astro Ria dan Astro On The Go. Tahniah kepada pemenang dan juga peserta minggu akhir.








Teka teki  tentang pemenang Anugerah Carta 114 (AC114) telah terjawab apabila lagu Selimut Kasih dendangan Inteam dengan bait lirik oleh Fedtri Yahya dinobat sebagai juara Anugerah Carta 114.



Kemenangan itu membolehkan Inteam membawa pulang hadiah utama wang tunai RM20,000 beserta trofi.

Selain itu, Inteam juga terpilih sebagai pemenang kategori Vokal Terbaik menerusi lagu yang sama sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 berserta trofi.

Ketua Juri,  Farihin Abdul Fatah memuji kebolehan vokal Hisyam Ahmad dalam menyampaikan keseluruhan lagu dengan cemerlang walaupun menyanyi secara solo tanpa ditemani anggota lain kumpulan Inteam yang berada di Lubnan untuk misi kemanusiaan.



"Walau berseorangan, penonton dan peminat tahu lantunan suara Hisyam adalah suara kumpulan Inteam. Vokal beliau yang jelas dan tepat memenuhi kriteria untuk bergelar juara.

"Selain itu, lirik Selimut Kasih sangat bertepatan dengan isu semasa. isu Palestin, kisah kemanusiaan menjadi antara faktor penyumbang untuk lagu ini diiktiraf juara," jelasnya.

Sementara itu, Hisyam berkata dia sentiasa berhubung dengan anggota Inteam yang lain untuk mendapatkan komen dan pandangan sewaktu membuat latihan dan persiapan untuk Anugerah Carta 114.



"Kebiasaannya, saya yang jarang dapat bersama mereka membuat persembahan kerana terikat dengan jadual kerja, namun kali ini saya pula yang keseorangan.

"Walau sudah bergelar penyanyi nasyid hampir 26 tahun lamanya, saya masih berasa gementar membuat persembahan tanpa anggota Inteam yang lain. Namun saya cuba yang terbaik," jelasnya.

Selain itu, AC114 yang julung kalinya disiarkan secara langsung dari Studio Penyiaran Digital TV AlHijrah turut menyaksikan kumpulan Ustaz Tiga Beradik yang dianggotai oleh 3 orang pendakwah adik-beradik iaitu Ustaz Zarifi, Ustaz Hariri dan Ustaz Ihsan berjaya memenangi kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Si Bujur Sireh. Mereka bertiga membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 beserta trofi.



Naskhah indah karya Fadzli Fareast, Amy Bong dan Hazalinda Harun ini berkisar tentang penerimaan seorang bapa terhadap anak istimewa anugerah Allah sebagai amanah yang perlu dijaga sebaiknya. 

Penampilan istimewa Anas Amini, anak istimewa Ustaz Zarifi sewaktu kumpulan ini membuat persembahan meruntun jiwa penonton di studio hinggakan ada yang mengalirkan air mata.

Penerbit Bersama AC114, Azhary Ahmad memberitahu penjurian kesemua finalis Carta 114 diadili berdasarkan beberapa kriteria seperti kesepaduan lirik, melodi, evergreen dan relevan.



"Inteam memperoleh markah sebanyak 78 peratus (%) sekali gus meletakkannya di tangga paling atas, mengenepikan Fitri Haris dengan beza markah hanya sebanyak 1.67 peratus (%).

"Musim kedua Carta 114 akan disiarkan pada 17 Februari akan datang. Saya pohon sokongan penonton untuk terus menonton musim baru. Kita sama-sama bantu mengangkat martabat seni suara dan lagu Islamik," jelasnya.

Penulis lirik terkenal, Ito Lara juga dipilih sebagai  penerima Anugerah khas Carta 114, lantas menerima RM5,000 berserta trofi.



AC114 yang disiarkan pada Sabtu, 13 Januari lalu dihoskan oleh Jalal Zaiki dan Amin Idris. Rancangan ini turut menyaksikan penghibur  baru dan lama di dalam industri hiburan membuat persembahan. Antaranya ialah Amir Ukays, Syafiq Farhain, Aris Ariwatan dan kumpulan Raihan. Lah Ahmad dan Amran Omar pula hadir sebagai juri.









Selepas bersaing sengit selama lapan minggu bagi membuktikan kemampuan untuk bergelar anak seni, akhirnya fanalis Aiman Ameer dinobatkan selaku Juara Hero Remaja 2023 manakala Juara Dewi Remaja 2023 pula disandang oleh finalis Nurel Bahrin.



Kemenangan tersebut sekali gus membolehkan Aiman dan Nurel membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berhumlah RM10,000 setiap seorang dan trofi.

Malah, Nurel turut menerima mahkota Dewi Remaja yang telah diserahkan oleh juara edisi terdahulu yang juga merupakan pelakon, Tracie Sinidol.

Manakala selempang Hero Remaja 2023 milik pula disarungkan oleh Juara Hero Remaja 2021, Mierul Aiman.



Naib juara Hero dan Dewi Remaja 2023 pula telah disandang oleh finalis Fitri Farok dan Arabella. Kedua-dua mereka menerima hadiah wang tunai berjumlah RM7,000 setiap seorang.

Sementara itu, bagi ketegori Hero dan Dewi Inspirasi pula, anugerah tersebut telah dinobatkan kepada finalis Aiman Ameer dan Adrina seterusnya merima hadiah berupa kontrak bernilai RM20,000 tajaan, Yaya Empire.

Kategori HeroDewi favourite pula jatuh kepada finalis Razin Qidran dan Nurel Bahrin. Anugerah ini telah diberikan kepada finalis yang mendapat undian tertinggi daripda peminat sepanjang lapan minggu.








Akhirnya semua keputusan selamat 12 minggu telah terungkai siapa yang membawa pulang gelaran antara juara All Stars Gegar Vaganza 2023. Bagai tahun tuah buat Jaclyn Victor apabila dinobatkan sebagai juara keseluruan pada malam akhir All Stars GV yang berlangsung malam tadi.



Jac selaku juara GV9 tahun lepas kini diumumkan sebagai juara tunggal untuk malam akhir tersebut. Konsep pada malam akhir All Stars GV ini adalah hanya diumumkan seorang sahaja juara dan tiada tempat kedua atau tempat ketiga. Manakala semua peserta akhir All Stars GV lain membawa pulang wang tunai RM10 ribu setiap seorang, bersama trofi dan juga pakej percutian.

Hanya juara utama iaitu milik Jaclyn Victor berjaya membawa pulang wang tunai RM200,000, trofi, pakej percutian, pakej penginapan, dan hadiah sampingan lain. Hadiah disampai sendiri oleh barisan juri tetap setiap menggu iaitu Dato Ramli M.S., Hetty Koes Endang dan juga Dato Syafinaz Selamat. 



Pada persembahan di pentas akhir itu, Jaclyn menambat hati juri dengan membawakan lagu When You Believe untuk segmen solo manakala berganding bahu bersama Datuk Jamal Abdillah menerusi lagu Sandarkan Pada Kenangan untuk segmen duet.

Manakala Siti Nordiana diumumkan sebagai pemenang Anugerah Gegaran Generasi Juara Digi membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000. Juga bintang Naqiu pula penerima Bintang Cuckoo Paling Gempak yang membawa pulang hadiah sebuah kerusi urut Cuckoo.

Namun tahniah kepada semua peserta akhir yang telah layak untuk berada pada kedudukan yang berada sekarang. Adakah akan ada lagi GV11 pada tahun akan datang atau ini adalah GV terakhir abad ini. Sama-sama kita nantikan pengumuman dari pihak Astro.