Rahmat Mega Buktikan Masih Menyengat Menjuarai Program Terpaling Juara TV3 | Dunia Penuh Gosip

Rahmat Mega Buktikan Masih Menyengat Menjuarai Program Terpaling Juara TV3

Kerja keras menampilkan persembahan kreatif selama lapan minggu membuahkan hasil buat penyanyi senior, Rahmad Mega apabila dinobatkan sebagai juara program Terpaling Juara yang menutup tirainya, baru-baru ini. Kemenangan itu menyaksikan Rahmad membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi.



Pada persaingan akhir yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, Rahmad membawakan lagu Ku Akui, nyanyian asal Hafiz dan berduet dengan kaptennya, Hael Hussaini menerusi lagu Di Penjara Janji. Rahmad meluahkan rasa syukur dan gembira atas kemenangannya itu.

Tempat kedua pula menjadi milik Aqmal Ramdan yang pulang dengan wang tunai RM50,000 berserta trofi. Manakala Tempat ketiga dirangkul Hazami yang meraih wang tunai RM30,000, manakala Shaz Shaharum terpaksa berpuas hati pada kedudukan tempat keempat dengan menerima RM10,000 berserta trofi.

Pentas akhir Terpaling Juara diserikan dengan kemunculan istimewa, Datuk Seri Siti Nurhaliza selaku juri jemputan. Siti turut membuat persembahan dengan mendendangkan lagu Wajah Kekasih, Ku Milikmu dan Balqis secara medley. Tahniah kepada semua juara.







1 ulasan: