Terus Hidup Diangkat Sebagai Juara AJL 37 | Dunia Penuh Gosip

Terus Hidup Diangkat Sebagai Juara AJL 37

Ramai penonton dan peminat muzik tanah air telah meramalkan lagu Terus Hidup nyanyian Aina Abdul bakal dinobatkan sebagai juara AJL 37 pada malam minggu lalu. Segalanya menjadi kenyataan setelah empat kali menjejak kaki ke AJL akhirnya lagu ciptaan sepenuhnya penyanyi ini sendiri Aina Abdul diangkat sebagai juara menewaskan 11 buah lagu lagi yang bersaing pada peringkat akhir yang berlangsung di Arena Axiata Bukit Jalil.



Persembahan yang tampak lebih relax dan kawalan vokal yang lebih padu turut juga menjadikan pelanton lagu ini di anugerahkan sebagai Vokal Terbaik pada malam akhir AJL 37 tersebut. Maka dengan dua kemenangan itu Aina membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi AJL 37 sebagai juara serta wang tunai RM12,000 dan trofi AJL 37 melalui kategori Vokal Terbaik.

Penonton juga turut bersorak dan memberikan tepukan yang gemuruh kepada persembahan Aina pada malam AJL lain daripada yang lain. Aina juga tampil dengan busana yang unik dan menarik ciptaan Melinda Looi. Juri juga tidak menafikan kehebatan lagu ini dan persembahan Aina yang sebulat suara memilih lagu ini. Aina pada ucapan setelah begelar juara menyatakan tidak rugi untuk bermimpi kerana mimpi itu percuma. Beliau juga tidak menyangka akan mencipta lagu sendiri untuk dinyanyikan oleh beliau sendiri dan menjadi juara.



Manakala tempat kedua pula dimenangi oleh lagu Semalam Di Temasek nyanyian gandingan Sona One dan Joe Flizzow. Mereka membawa hadiah wang tunai RM50,000 dan juga trofi AJL 37. Manakala lagu Anugerah Terindah persembahan Alif Satar & The Locos ditempat ketiga membawa pulang wang tunai RM20,000 dan trofi AJL 37. Persembahan Terbaik pula dimenangi oleh persembahan menarik dari Shiha Zikir menerusi lagu Irama. Juga penyanyi Khai Bahar dipilih sebagai pemenang Penyanyi Pilihan Alha Alfa yang dibuat undian melalui laman TikTok Alha Alfa.

Walau apa pun persembahan semua peserta akhir AJL kali ini sangat luar biasa memberikan persaingan satu sama lain. Malam akhir AJL 37 diacarakan oleh Shery Alhadad dan juga Jihan Muse. Manakala 10 orang juri profesional yang telah dilantik untuk mengadili semua 12 buah lagu dan pencipta lagu yang layak ke akhir. Tahniah korang semua sudah juara.







0 comments: