Dunia Penuh Gosip - ADS 2021 Dunia Penuh Gosip: ADS 2021 - All Post
Memaparkan catatan dengan label ADS 2021. Papar semua catatan
Acara gilang gemilang yang meraikan penggiat seni drama dan belakang tabir terpaksa diberhentikan pada malam Sabtu yang lalu akibat bencana banjir. Malam anugerah yang telah berlangsung separuh jalan itu terpaksa diberhentikan separuh jalan kerana PWTC iaitu lokasi acara itu berlangsung juga turut terjejas akibat banjir.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur acara ini terpaksa diberhentikan pada malam itu dan anugerah selebihnya terpaksa disampaikan dalam program secara langsung Melodi pada hari Ahad. Ini demi menjaga keselamatan semua tetamu selepas dimaklumkan bahawa kawasan parking PWTC telah mula memasuki air pada malam tersebut.



Mengikut daripada video yang dikeluarkan oleh artis dan juga petugas media pada malam itu ia diberhentikan setelah keadaan tiba-tiba gelap (blackout) kerana mengalami gangguan elektrik selepas dimasuki banjir. Namun tiada sesiapa pun yang terperangkap atau mengalami kecelakaan pada malam itu. Semua tetamu berjaya keluar dewan sebelum keadaan menjadi lebih tidak terkawal.



Lima lagi anugerah lain yang tidak sempat disampaikan pada malam itu telah diumumkan oleh pengacara Melodi selaku pengacara juga  pada malam ADS2021 iaitu Nabila Huda. Ia diadakan secara langsung dan ada juga beberapa tetamu yang dapat hadir pada program Melodi untuk menerima anugerah. Di sini disenaraikan penuh pemenang Anugerah Drama Sangat 2021.

Drama Terbaik - Budak Tebing (Country & Universal Sdn. Bhd.)
Drama Popular - Melastik Ke Hatimu (OrangeTree Production)
Pengarah Terbaik - Feroz Kader (Budak Tebing)
Penulis Skrip Terbaik - Janjira & PGRs Team (Budak Tebing)
Pelakon Lelaki Terbaik - Zul Ariffin (Ryan Aralyn)
Pelakon Wanita Terbaik - Janna Nick (Misteri Mona)
Pelakon Antagonis Terbaik - Liza Abdullah (7 Hari Mencintaku 2)
Pasangan Drama Terbaik - Shukri Yahaya & Siti Saleha (7 Hari Mencintaiku 2)
OST Terbaik - Mimpi (Haqiem Rusli) (Bidadari Salju)
Drama Adaptasi Novel Terbaik - 7 Hari Mencintaiku 2 (Siti Rosmizah | SR Publication)
Babak Tular Drama Terbaik - Kampung People 2
Drama Mandarin Terbaik (Anugerah Khas) - Bonus Vacation (Sky Picture)
Barisan Pelakon Terbaik Drama (Anugerah Khas) - Takdir Yang Tertulis
Anugerah Pesona Bintang - Fauziah Datuk Ahmad Daud (Kak Ogy)

Sebanyak 9 drama yang tersenarai dalam anugerah kali ini dan calon-calon tersebut adalah drama yang disiarkan sepanjang tahun 2020 hingga Jun 2021 di saluran Media Prima. Antara drama yang tersenarai ialah 7 Hari Mencintaiku 2, Takdir Yang Tertulis, Budak Tebing, Sabarlah Duhai Hati, Tak Sempurna Mencintaimu, Bidadari Salju, Kampung People 2, Pink Smile dan Hati Yang Tersakiti.