Dunia Penuh Gosip - AJL36 Dunia Penuh Gosip: AJL36 - All Post
Memaparkan catatan dengan label AJL36. Papar semua catatan
Tiada siapa menyangka malah menduga bahawa lagu ‘Pelukan Angkasa’ dendangan gabungan SOG X Shila Amzah diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36 yang disiarkan secara langsung TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.



Kemenangan lagu ciptaan Fazleena Hishamuddin dan Komposer, Raja Nazrin Shah melayakkan mereka membawa pulang trofi bersalut emas dan wang tunai RM100,000.

Manakala Naib Juara AJL36 menjadi milik lagu Cinta yang dinyanyikan oleh Marsha Milan yang pertama kali menyertai AJL. Kemenangan ini sekali gus melayakkan beliau dan pencipta lagu Hang Nadim dan penulis lirik Bunga Cantik membawa pulang trofi bersalut emas dan wang tunai RM50,000.

Menduduki tempat ketiga ialah Haqiem Rosli dengan lagu Mimpi ciptaan beliau bersama Datuk A. Aida. Kemenangan itu melayakkan mereka memenangi trofi bersalut emas dan wang tunai RM30,000.



Seperti diramal selepas Erni Zakri tidak dapat menyertai AJL kali ini yang digantikan oleh suaminya membuka peluang kepada pemilik suara yang penuh emosi Aina Abdul mendendangkan lagu Sepi membawa pulang trofi Vokal Terbaik dan wang tunai RM12,000.

Sementara itu bagi kategori Persembahan Terbaik pula yang membawa pulang wang tunai RM18,000 serta trofi menjadi milik Marsha Milan melalui lagi Cinta.

Bagi kategori Penyanyi Pilihan Popular yang diundi melalui laman web oleh penonton pula dimenangi, pasangan duet Ainal Abdul dan Khai Bhar. Mereka juga berjaya membawa pulang wang tunai RM5000 dan trofi.