Dunia Penuh Gosip - Akhir Dunia Penuh Gosip: Akhir - All Post
Memaparkan catatan dengan label Akhir. Papar semua catatan
Akhirnya teka-teki pemilik suara di sebalik topeng The Masked Singer Malaysia musim ke 3 terjawab sepenuhnya malam ini. Pemilik suara disebalik topeng Betta Fish dipilih sebagai juara dan pemilik topeng itu adalah penyanyi Aida Jebat.



Pada konsert akhir program tersebut, Aida Jebat mendapat markah tertinggi daripada pihak juri menerusi persembahan dua buah lagu iaitu Titanium untuk nyanyia solo dan Salam Terakhir duet bersama Marsha Milan.

Kemenangan tersebut juga sekali gus meletakkan Nyok Muda di tempat kedua. Pemilik topeng ini adalah juga seorang penyanyi siapa lagi kalau bukan Syamel

Sementara itu, penyanyi yang kini menempah nama di Malaysia dan juga juara Big Stage Musim Kedua, Han Byul memakai kostum Pizza Panas diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga.

Tempat keempat pula menjadi milik Mimi Fly yang memakai kostum Dewi Angsa dan kedudukan kelima dimiliki pemakai topeng Brokoli, iaitu seorang penyanyi terkenal Hael Husaini.

Selain itu, lebih menarik apabila kesemua peserta pada malam tersebut diteka dengan betul oleh semua juri. Pada konsert akhir program tersebut, seramai 5 peserta yang membuat persembahan iaitu Beta Fish, Nyoq Muda, Brokoli serta dua lagi peserta iaitu Dewi Angsa dan Pizza Panas adalah pemilik Heal Husaini.

Terdahulu, sebanyak 9 peserta yang telah tersingkir dan didedahkan identitinya pada minggu sebelum ini terdiri daripada Datuk Leong Mun Yee (Lollipop), Dato Malek Noor (Abang Burger), Liza Abdullah (Kurita) dan Dato' Jalaluddin Hassan (Manggis). Selain itu, Norman Hakim (Zirafah), Amsyar Lee (Si Tangkis), Ajai (Mr Parrot), Zizi Kirana (Bertih Jagung) dan peserta terakhir tersingkir ialah Idayu AF (Mawar Berduri).








Ramai penonton dan peminat muzik tanah air telah meramalkan lagu Terus Hidup nyanyian Aina Abdul bakal dinobatkan sebagai juara AJL 37 pada malam minggu lalu. Segalanya menjadi kenyataan setelah empat kali menjejak kaki ke AJL akhirnya lagu ciptaan sepenuhnya penyanyi ini sendiri Aina Abdul diangkat sebagai juara menewaskan 11 buah lagu lagi yang bersaing pada peringkat akhir yang berlangsung di Arena Axiata Bukit Jalil.



Persembahan yang tampak lebih relax dan kawalan vokal yang lebih padu turut juga menjadikan pelanton lagu ini di anugerahkan sebagai Vokal Terbaik pada malam akhir AJL 37 tersebut. Maka dengan dua kemenangan itu Aina membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 dan trofi AJL 37 sebagai juara serta wang tunai RM12,000 dan trofi AJL 37 melalui kategori Vokal Terbaik.

Penonton juga turut bersorak dan memberikan tepukan yang gemuruh kepada persembahan Aina pada malam AJL lain daripada yang lain. Aina juga tampil dengan busana yang unik dan menarik ciptaan Melinda Looi. Juri juga tidak menafikan kehebatan lagu ini dan persembahan Aina yang sebulat suara memilih lagu ini. Aina pada ucapan setelah begelar juara menyatakan tidak rugi untuk bermimpi kerana mimpi itu percuma. Beliau juga tidak menyangka akan mencipta lagu sendiri untuk dinyanyikan oleh beliau sendiri dan menjadi juara.



Manakala tempat kedua pula dimenangi oleh lagu Semalam Di Temasek nyanyian gandingan Sona One dan Joe Flizzow. Mereka membawa hadiah wang tunai RM50,000 dan juga trofi AJL 37. Manakala lagu Anugerah Terindah persembahan Alif Satar & The Locos ditempat ketiga membawa pulang wang tunai RM20,000 dan trofi AJL 37. Persembahan Terbaik pula dimenangi oleh persembahan menarik dari Shiha Zikir menerusi lagu Irama. Juga penyanyi Khai Bahar dipilih sebagai pemenang Penyanyi Pilihan Alha Alfa yang dibuat undian melalui laman TikTok Alha Alfa.

Walau apa pun persembahan semua peserta akhir AJL kali ini sangat luar biasa memberikan persaingan satu sama lain. Malam akhir AJL 37 diacarakan oleh Shery Alhadad dan juga Jihan Muse. Manakala 10 orang juri profesional yang telah dilantik untuk mengadili semua 12 buah lagu dan pencipta lagu yang layak ke akhir. Tahniah korang semua sudah juara.







Malam ini juga adalah pentas akhir Famili Duo Musim Ke-2. Ia berlansung secara langsung di TV3. 4 pasangan famili duo yang berjaya ke peringkat akhir ialah Zaki Yamani & Yamani Abdillah, Naim Daniel & Sissy Imann, Bella Astillah & Wani Kayrie serta Ayda Jebat & Fyna Jebat.



Namun tuah milik pasangan pasangan adik beradik Zaki Yamani dan Yamani Abdillah apabila dinobatkan sebagai juara Famili Duo Musim ke 2. Pasangan adik beradik anak kepada lagenda Dato' Jamal Abdillah ini berjaya membawa pulang trofi dan juga wang tunai RM100,000. 

Pada malam akhir semua pasangan peserta dikehendaki membuat dua persembahan iaitu tema pusingan pertama lagu Juara Lagu dan manakala persembahan pusingan kedua bertemakan Bebas. Pasangan pemenang membawakan dua lagu iaitu Pelukan Angkasa (SOG ft shila Amzah) dan Hutang (Floor88) & Bunga (Altimet) untuk persembahan pusingan kedua.

Famili Duo musim ke 2 diacarakan oleh Janna Nick dan Sean Lee. Manakala juri tetap masih kekal Ajai dan juga mummy Mas Idayu. Format malam akhir peserta akan diadili sebanyak 80% markah oleh juri tetap dan 20% markah lagi dari undian peminat. Tahniah kepada pasangan adik beradik yang makin meningkat nama ini dan diharap terus meraih populariti selepas ini dah berjaya menghasilkan lagu seperti mana kehebatan ayah mereka juga.








Selepas enam minggu beraksi dan mempelajari teknik-teknik lakonan, kini FIT FOR ACTION telah melabuhkan tirainya pada 9 Oktober 2022 yang bersiaran dari pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam di TV3.



FIT FOR ACTION, program pertandingan realiti baharu yang berkonsepkan cabaran lakon – layar dan fizikal untuk mencari pelakon lelaki dan pelakon wanita versatil Malaysia telah mengumumkan Muaz dan Raden sebagai juara manakala Marc Syammie dan Lisa sebagai naib juara.

Juara FIT FOR ACTION telah memenangi kontrak tawaran berlakon di saluran Media Prima beserta trofi. Naib juara juga membawa pulang trofi.

Sepanjang dua bulan, tunjuk ajar daripada pengarah terkemuka iaitu Datuk Yusof Haslam, Aziz.M.Osman, Heykal Hanifah dan Ellie Suriaty telah melengkapkan 12 peserta untuk melebarkan sayap mereka ke industri seni lakonan. Para peserta juga diuji dengan cabaran fizikal oleh Nana Al Khaled. Selain itu,

Mereka juga berpeluang untuk menimba ilmu dan berkongsi pengalaman berlakon di samping pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Sharifah Rose dan Gambit Saifullah.

Juara bersama FIT FOR ACTION, Muaz 25 tahun berasal di Selangor menyatakan bahawa kejayaan ini adalah sesuatu yang tak diduga kerana beliau tidak mempunyai apa-apa pengalaman berlakon sebelum
ini. Tahniah kepada juara. 









Peserta kelahiran Sabah, Tracie, 21 dinobatkan juara pertandingan Dewi Remaja 2022 yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil. Kemenangan itu menyaksikan Tracie atau nama sebenarnya Tracie Sinidol berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM10,000 serta trofi.



Tempat kedua pula menjadi milik Bee Aishah manakala tempat ketiga  dimenangi Kimberly, diikuti Alyssa di tempat keempat. Pada majlis itu, Alyssa turut dipilih sebagai Dewi Aktif manakala Tracie memenangi kategori Dewi Favourite menerusi hasil undian peminat di laman web rasmi Remaja. Dalam masa sama, Dewi Inspirasi pula menjadi milik Keeran.

Pada malam kemuncak itu, kesemua sepuluh finalis diberi cabaran untuk menghuraikan perkataan yang diberi secara rawak. Bagaimanapun pada pusingan pertama hanya empat peserta yang layak iaitu Tracie, Bee, Kimberly dan Alyssa. Pusingan itu turut menyaksikan enam finalis lain tersungkur iaitu Rasyiqah, Janani, Auni, Dina, Hyeley dan Zafira.

Pada pusingan kedua, keempat finalis diberi soalan kritis secara spontan daripada barisan juri. Kesemua finalis diadili barisan juri terkenal seperti Datuk Aznil Nawawi, Izara Aishah dan Didie Alias.





Sebelum ini penyanyi popular dengan lagu Memori Tercipta telah mendapat gelaran Juara Lagu dalam malam akhir Anugerah Juara Lagu ke 36 menerusi lagu Pelukkan Angkasa featuring dengan SOG. Kini kemenangan berganda kepada penyanyi ini apabila dinobatkan pula sebagai juara program The Masked Singer Malaysia Musim Kedua yang bersiaran pada malam Jumaat 31 April lepas. 



Shila yang memperkenakan kostum Rambutan membuat persembahan pada malam akhir dengan dua buah lagu pilihan iaitu Bujang Senang dan Hurt. Berjaya menambat barisan sembilan juri tetap pada malam itu dan mendapat markah paling tinggi. Shila menerima trofi berona emas yang berjaya dibawa pulang pada malam akhir tersebut.

Sementara itu pula ditempat kedua milik juara program Akademi Fantasia 2016 iaitu Amir Masdi yang memperkenakan kostum Seladang. Manakala penyanyi bersuara lunak pulak Liza Hanim yang memakai kostum Orkid hanya berjaya ditempat ketiga pada malam akhir.



Pelakon Hana Delisa yang memakai kostum Burung Hantu berada di tempat keempat dan juga Ara Johari yang memakai kostum Ratu Semut berada ditempat kelima. 

Seramai 14 orang peserta yang bertarung sepanjang 10 minggu pertandingan ini dirakamkan dan setiap minggu seorang peserta disingkirkan dan didedahkan identiti mereka. Ia adalah sebuah program yang diadaptasi daripada Korea dan begitu popular dibeberapa buah negara seperti Amerika Syarika, Thailand, China dan banyak lagi.









Walaupun pernah berada di bottom three dan hampir tersingkit kerana persembahan yang kurang memuaskan tidak mematahkan semangat peserta Elica Paujin untuk terus menyerlah di minggu akhir Big Stage 2022 yang berlangsung semalam.



Beliau berjaya menewaskan saingan terdekatnya menerusi dua buah lagu iaitu Cinta nyanyian asal Marsha Milan dan duet bersama Hael Husaini membawakan lagu Believer, berjaya membawa pulang hadiah kemenangan wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.

Sementara itu, Danial Chuer yang memenangi tempat kedua menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,00 beserta trofi. Manakala Aisha Retno yang sering dapat pujian dan persembahan memukau sehinggakan mendapat standing ovation dari juri tetap hanya mampu menduduki tempat ketiga sahaja.



Beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM25,000 beserta trofi. Bagi Yazmin Aziz dan Tegar Septian masing-masing di tempat keempat dan kelima tidak pulang dengan tangan kosong kerana turut membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 dan RM5,000 beserta trofi.

‘Finale’ Big Stage 2022 telah diadili oleh dua juri tetap terdiri daripada Dato Sri Siti Nurhaliza dan Ajai serta juri juara, Aliff Aziz. Manakala, penyanyi bersuara emas yang turut membuat persembahan bersama Siti, Aina Abdul  dijemput menjadi juri jemputan. Selain itu, Dato Sri Vida yang menggalas tanggungjawab sebagai Presiden Netizen telah ditemani oleh Elly Mazlein sebagai Juri Pedas.

Carta markah penuh peringkat Akhir Big Stage 2022 daripada semua enam juri dan juga 30% daripada undian dari penonton di rumah.

1) Elica Pauji – 78.93%
2) Danial Chuer – 72.62%
3) Aisha Retno – 71.04%
4) Yazmin – 59.35%
5) Tegar Septian – 59.13%







Persembahan mantap pada pentas akhir membuatkan Aliff Aziz memperolehi markah terginggi iaitu 83.06% daripada keempat-empat juri profesional. Ini juga disokong oleh persembahan yang konsisten sepanjang minggu melayakkan penyanyi itu dinobatkan juara Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya yang berlangsung malam Ahad lepad.



Aliff mengetepikan saingan hebat lain seperti Nikki Palikat, Adibah Nor, Suki Low, Azan Scan dan Aweera pada malam yang membawa tema Akhirnya Kini Pasti itu. Kemenangan ini membolehkan penyanyi kelahiran Singapura itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 dan trofi sumbangan Astro.

Manakala naib juara pula disandang Nikki, sekali gus melayakkannya menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi. Ramai peminat meramalkan bahawa Suki Low boleh juara terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan trofi.



Sementara itu, berada di tangga keempat, kelima dan keenam milik Adibah Noor, Azan Scan dan Aweera masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi. Namun Aweera tetap pulang bergaya apabila menerima dua lagi anugerah pilihan penonton pada malam akhir iaitu Anugerah Betul-Betul Luar Biasa DiGi dan juga Bintang Cuckoo Paling Gempak.  

Persembahan peserta pada peringkat akhir diadili oleh juri terdiri daripada Ramli MS, Hetty Koes Endang, Syafinaz Selamat dan juri jemputan, Joe Flizzow. Program akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Persembahan akhir semua peserta dikehendaki membuat dua persembahan iaitu satu persembahan medley dan juga persembahan battle dengan peserta yang telah digandingkan.

Tahniah kepada semua pemenang anda memang hebat dan layak untuk terus berada di dalam dunia seni tanah air dan menyinar selepas ini menjadi sebutir bintang berharga. Terus usaha dan gilap bakat yang ada dalam diri anda semua anda semua hebat. 








Program realiti yang diilhamkan oleh Kumpulan Sepahtu selepas melihat banyak ahli mereka yang makin berkurangan dan silih berganti. Diikuti pula dengan Shuib yang sekarang lebih fokus kepada business dan keluarga, telah terilhamnya program ini dilancarkan pada tahun lepas. Setelah 8 minggu semua 12 peserta solo dan berkumpulan bersaing setiap minggu bagi mendapatkan gelaran juara kini minggu akhir telah berlangung pada hari Khamis yang lalu.



Kumpulan ARTEH telah dinobatkan sebagai juara sulung bagi program Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021. Arteh telah mengalahkan 4 finalis lain dimana Gahai muncul sebagai naib juara, diikuti tempat ketiga, keempat dan kelima ialah kumpulan San, Takal dan Jonet.

Juara membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 beserta trofi, diikuti naib juara dengan jumlah hadiah sebanyak RM15,000 juga beserta trofi. Untuk tempat ketiga, keempat dan kelima masing-masing dengan hadiah RM9000, RM6000 dan RM3000 ribu beserta trofi.

Kumpulan ARTEH


Pentas akhir para peserta telah ditugaskan untuk membuat 2 persembahan dihadapan juri dengan 2 tugasan iaitu bebas dan muzikal. Malam itu juga, mereka bukan diadili oleh ahli kumpulan Sepahtu, Jep, Rahim dan Pakya tetapi daripada 2 juri jemputan iaitu Datin Lisa Surihani dan juga anggota Sepahtu yang hilang, Shuib.
 
Seperti yang diumumkan sebelum ini, pemenang program MSYH2021 ini bukan sahaja mencari juara tetapi mencari individu bagi mengisi kekosongan Shuib dalam program Sepahtu Reunion 2022 nanti.



Jadi pada malam itu, Dewa daripada kumpulan Arteh telah dinobatkan sebagai pemenang kasut emas sekali gus akan terus bersama Sepahtu dalam 10 episod Sepahtu Reunion musim baru yang bakal membuka tirai pada 27 Januari ini. Tahniah kepada semua pemenang. 







Program realiti Vokal Mania yang ditayangkan setiap hari sabtu di TV3 telah melabuhkan tirai dengan menobatkan kedua-dua juara adalah wanita. Juara Rookie milik peserta AishaRetno, manakala Aina Abdul pula Juara Idol selepas sembilan minggu bersaing secara langsung.



Kedua-dua juara masing-masing berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 bagi 'Rookie' dan RM50,000 (Idol), kerusi 'gaming' berserta trofi.

Selain Aisha, tiga lagi Rookie yang bertanding di pentas akhir yang berlangsung malam tadi itu ialah Alif Kadim, Danial Chuer dan Eranzz Lambert. Keempat-empat mereka menentang empat Idol yang bertanding iaitu Tomok, Lan Solo dan Indah Ruhaila selain Aina Abdul.

Kesemua peserta Rookie dan Idol memulakan pusingan pertama dengan persembahan solo yang menampilkan dua lagu medley.

Rookie kemudiannya tampil dalam pusingan 'battle' menentang barisan Idol sebelum berentap dalam pusingan 'battle' seterusnya menentang sesama Rookie.

Kesemua persembahan Rookie dan Idol dinilai oleh juri tetap, Misha Omar dan Yusry Abdul Halim serta Adibah Noor pula juri jemputan yang membawa 70 peratus daripada markah keseluruhan, sementara baki 30 peratus lagi melalui undian penonton.






Bagaikan terkejut tidak percaya penyanyi Cliff Umar apabila nama beliau diumumkan sebagai juara program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang melabuhkan tirainya malam tadi.



Berjaya membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM100,000, pakej penginapan serta trofi, Cliff berjaya mengetepikan enam peserta lain yang berentap di pentas akhir menerusi tiga persembahan.

Cliff sebelum ini pada minggu separuh akhir merupakan peserta terakhir diumumkan layak ke final bagaikan akan tersingkir. 

Sementara itu, tempat kedua pula dimenangi oleh Muss dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, pakej penginapan dan trofi.

Tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh Ayu Damit serta Noraniza Idris, dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM30,000 dan RM20,000, pakej penginapan serta trofi.

Pemenang tempat kelima dan keenam pula ialah Linda Nanuwil dan Oja pula yang berjaya meraih hadiah wang tunai bernilai RM15,000 serta RM10,000, pakej penginapan serta trofi.

Pemenang tempat ketujuh, Ashira tidak pulang dengan tangan kosong dan turut menerima hadiah wang tunai RM5,000, pakej penginapan serta trofi.

Selain itu, Cliff turut menerima Anugerah Bintang Paling Power Meow secara automatik. Acara kemuncak GV7 yang diacarakan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse, menampilkan empat  juri iaitu  Datuk Ramli MS, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Syafinaz Selamat dan Joe Flizzow.







Selepas tujuh minggu bersiaran, program The Masked Singer Malaysia musim pertama akhirnya menemui kemuncaknya malam tadi. Pada malam akhir menyaksikan lima peserta yang berjaya menyampaikan dua buah lagu pilihan masing-masing.



Lima peserta yang bakal berentap di pentas akhir nanti ialah Orang Utan, Rajah Brooke, Wau, Enggang dan Bunga Raya. Bagi empat peserta daripada tempat kelima hingga kedua semua juri mampu meneka dengan tepat setelah mengetahui klu yang diberikan. Namun juara tiada seorang pun juri mampu meneka siapa di sebalik topeng tersebut.

Senarai artis di sebalik topeng akhir:

Tempat kelima Enggang adalah Vince AF
Tempat keempat Wau adalah Datin Alyah
Tempat ketiga Orang Utan adalah Tuju K-Clique
Tempat kedua Rajah Brooke adalah Venissa (peserta Ceria Megastar)
Juara Bunga Raya adalah Aina Abdul

Kesemua persembahan para peserta malam akhir diadili sembilan orang juri tetap iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah SINAR. Istimewa malam akhor ada seorang juri jemputan, penyanyi dan pelawak, Mark Adam bagi menggantikan kerusi Zizan Razak.

Tahniah kepada Aina Abdul bukan sahaja bergelar juara malah berjaya menipu juri dengan membawa watak yang sangat berbeza dari diri beliau iaitu seorang yang pemalu orangnya. Tapi bila di atas pentas The Masked Singer Malaysia sangat ceria dan juga aktif beraksi membuat persembahan. Selain daripada suara yang mantap dan nyanyian yang memukau. 








Bekas peserta Idola Kecil, Azzam Sham telah dinobatkan sebagai juara Big Stage musim ketiga sekali gus menafikan kedudukan pesaing terdekat Qody Rany, Dinnie Rashid dan Usop. Azzam Sham tampil menyampaikan dua lagu tugasan dengan Tema Ultimatum iaitu Aku Bidadari Syurgamu dan Grenade nyanyian Bruno Mars.



Azzam bergelar juara menerusi markah terkumpul daripada juri dan markah undian penonton. Hasil kemenangan itu, Azzam telah berjaya membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi.

Naib juara pula dimenangi Usop dan berjaya merangkul hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi. Tempat Ke-3 dimenangi oleh Qody Rany manakala tempat ke-4 Dinnie Rashid dan tempat ke-5 Fadh Majid.

Pada masa sama, Dinie Rashid pula dinobatkan sebagai BBNU Paling Gempak untuk konsert separuh akhir dan Azzam Sham untuk minggu akhir.



Konsert akhir Big Stage 2020 yang dihoskan Alif Satar dan Sherry Al Hadad menampilkan Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Ajai dan Elly Mazlien selaku Presiden Netizen. Peserta juga diadili oleh penyanyi, Misha Omar selaku juri jemputan.

Big Stage minggu akhir telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dipancarkan di saluran Astro Ria, Astro Ria HD serta Astro Go.

Personaliti radio ERA, Radin bersama hos Gempak TV, Isha Norsham mengacarakan Big Stage Live Plus yang disiarkan serentak sewaktu berlangsungnya konsert mingguan di platform digital.







Pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran), Qila telah dinobatkan juara Ratu Hijabista musim pertama di pentas akhir berlangsung pada malam 30 September 2020. Qila atau nama sebenarnya, Wan Nur Aqilah Shahirah Wan Lokman, 21, menewaskan 3 lagi peserta di pentas akhir.



Gadis kelahiran Kelantan ini membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara, trofi dan selempang. Sementara itu, Tina, 24, pula menyandang gelaran naib juara. Tina membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi dan selempang.

Pemenang Ratu Inspirasi Safi Hijabista pula dimenangi oleh Fiffy Afrina. Pelajar jurusan perubatan itu memenangi wang tunai RM3,000 beserta trofi dan selempang. Ratu Favourite pula dimenangi oleh Mellya yang menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan selempang.



Ratu Hijabista merupakan pencarian personaliti wanita berhijab yang boleh dijadikan inspirasi dan contoh positif kepada wanita-wanita di luar sana. Di pentas akhir ini pengarah Michael Ang tampil sebagai juri jemputan disamping juri tetap Ratu Hijabista terdiri daripada Puan Sri Normala Samsuddin.

Ratu Hijabista menampilkan gandingan Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim pengacara musim pertama. Ratu Hijabista telah bersiaran selama lapan episod di saluran Astro Prima (saluran 105) pada setiap Rabu bermula 12 Ogos ini pada jam 9 malam.








Setelah 8 minggu belangsungnya program realiti Suaral Viral di Astro Prima akhirnya pada malam ini telah mengumumkan Farah sebagai juara Suara Viral musim pertama. Farah Noorasikin Abdul Rahim adalah merupakan seorang yang berkerja sebagai Angkatan Tentera Malaysia menewaskan 5 lagi perserta lain dalam program tersebut.


Pada malam akhir Farah membawakan dua buah lagu pilihan sendiri iaitu 'I Surrender' dan 'Paku' dari Ara Johari . Selaku juara Farah membawa pulang hadiah RM10,000 dan juga trofi daripada Astro. Empat peserta lagi yang berentap di pentas akhir adalah Boy, Ameem, Bella dan Soffwany.

Semestinya satu cabaran buat semua peserta apabila konsert akhir diadakan satu lagi proses penyingkiran  dimana paserta Soffwany terpaksa keluar selepas persembahan pusingan pertama.

Naib juara pula dimenangi oleh Ameen, tempat ketiga adalah milik Boy dan tempat kempat milik Bella. Kesemua persembahan para peserta malam akhir diadili oleh dua orang juri tetap iaitu Misha Omar dan Akim Ahmad dan seorang juri jemputan iaitu penyanyi rock terkenal, Datuk Awie. Bahkan, persembahan akhir juga akan dinilai oleh lapan juri duduk rumah dengan mewakili markah sebanyak 30%.

Apa pun tahniah kepada Farah berjaya merubah suara paling viral. Juga tahniah kepada semua peserta daripada minggu pertama yang turut berentap dalam situasi pendamik covid-19 ni tanpa penonton. Lepas ni kita akan saksikan pula persembahan untuk program realiti Big Stage yang akan bermula 16 August 2020 nanti. 








Penantian lima perserta akhir Hero Remaja 2020 akibat pendamik Covid-19 sangat berbaloi apabila peserta Nadhir Nasar dari Selangor dinobatkan sebagai juara Hero Remaja 2020.


Menerusi kemenangan itu, dia berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 beserta selempang dan trofi.

Tempat kedua jatuh kepada Umar Hisham manakala Meerqeen hanya berpuas hati dengan menduduki tempat ketiga.

Malam kemuncak Hero Remaja 2020, para peserta akhir ditugaskan untuk melakukan sebuah video pesanan khidmat masyarakat (PSA) dan juga menjawab soalan yang diberikan oleh juri.


Kesemua finalis telah diadili barisan juri yang terdiri daripada Datuk Hans Issac dan Scha Alyahya selaku juri tetap serta Yusry Abdul Halim selaku juri jemputan.

Pentas akhir Hero Remaja telah dihoskan oleh Ain Edruce dan Awal Ashaari di pancarkan secara langsung di Astro Ria. 






PENYANYI yang juga anggota kumpulan DeFam, Sophia Liana dan Budak Ngam dinobatkan juara sulung program Dansa Dan Sing sekali gus membawa pulang hadiah RM100,000 serta trofi. Sophia bersama Budak Ngam mendapat markah tertinggi dengan jumlah 67.06 dan menewaskan lima lagi peserta lain yang bertanding di pentas akhir program itu, semalam.


Sophia tampil bertenaga menerusi tiga tugasan persembahan membabitkan Kami Rappers nyanyian asal 4U2C, Amboi (Altimet), dan lagu Turn Down For What (DJ Snake & Lil Jon) dalam segmen ‘battle’ bersama Chubb-E.

Tempat kedua menjadi milik Chubb-E dan Zeppo Youngsterz Crew yang memberi saingan menerusi lagu Mak Minah oleh Triple Noize, dan I Got A Feeling (Black Eyed Peas). Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.

Sementara itu, Shiha Zikir dan Team Squad berpuas-hati di tempat ketiga dengan menerima hadiah wang tunai RM25,000 beserta trofi. Tempat keempat pula dimenangi oleh Wani Kayrie dan DeLitz disusuli Waris dan Alamak di tempat kelima. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 dan RM10,000.

Raja Syahiran dan 2Twenty2 Squad pula berada di kedudukan terakhir iaitu tempat keenam dengan mengumpul markah keseluruhan sebanyak 56.81 peratus. Mereka membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000 bersama trofi.

Malam kemuncak akhir yang dihoskan Hady Mirza dan Sherry Al Hadad menampilkan Datuk Rizalman Ibrahim dan Linda Jasmin sebagai juri tetap. Manakala Datuk AC Mizal dan Han-Byul diundang sebagai juri jemputan. Penjurian dalam program ini adalah berdasarkan format 70% daripada juri profesional dan 30% lagi daripada undian peminat secara atas talian.









Ramai tidak dapat menyangka akan keputusan akhir program paling popular abad ini iaitu Gegar Vaganza, apabila dalam sejarah buat pertama kali nya dua orang dipilih sebagai juara. Tahniah kepada Naqiu Boboy dan juga Hady Mirza kerana menjuarai program ini bersama setelah diumumkan semalam. Ramai juga masih tidak boleh move on lagi dengan keputusan itu kerana ramai yang mahukan seorang sahaja juara.


Namun pada sesi bersamawa wartawan selepas sahaja tamat acara tersebut selaku ketua juri Tok Ram menyatakan pendirian untuk memilih dua pemenang ini adalah hasil perbincangan dan juga markah yang sama iaitu 87% untuk kedua-dua peserta tersebut. Pihak Astro juga telah membuat perbincangan tentang keputusan ini dan menerima pendapat juri profesional bahawa ada dua juara buat kali ini.

Di malam konsert akhir GV6, Naqiu atau nama sebenarnya Wan Naqiuddin Wan Najib mendendangkan lagu Srikandi Cintaku nyanyian asal Bloodshed memulakan persembahan dengan bermain gitar dan kemudian menunjukkan kemampuan vokalnya yang mantap. Penghayatan tinggi diberikan dalam persembahan dilakukan Naqiu turut memukau penonton di dalam Auditorium MBSA dan di rumah. Sewaktu segmen ‘battle’ dia bersaing bersama Hady Mirza.


Persembahan yang dilakukan Hady Mirza secara solo mendendangkan lagu Ku Bersuara nyanyian asal Ernie Zakri, juga mendapat pujian ketiga-tiga juri. Sementara itu seperti dijangka, bekas penyanyi utama Black Dog Bone, Jatt Ali memenangi tempat ketiga. Turut layak ke peringkat akhir GV6, kumpulan hip hop, One Nation Emcees, Nurfatima dan bekas penyanyi utama kumpulan Visa, Sham.

Juara GV6 masing-masing menerima hadiah wang tunai RM100,000 berserta pakej percutian sementara tiada peserta diumumkan untuk naib juara. Pemenang tempat ketiga milik Jat menerima hadiah wang tunai RM30,000 dan pakej percutian.






Pentas Akhir Program Realiti Televisyen Pendakwah Muslimah Musim Kelima yang disiarkan secara langsung di TV AlHijrah dari Auditorium Brainy Bunch Cyberjaya, Sabtu, 19 Oktober 2019, menyaksikan Pendakwah Muslimah Nur Hidayu Binti Mohd Kamil muncul sebagai juara.


Penonton di auditorium mahupun dirumah menjadi saksi kepada tangisan kegembiraan PM Hidayu apabila Amin Idris dan Farah Diana Anuar yang bertindak sebagai pengacara rancangan mengumumkan bahawa beliau diangkat menjadi Pendakwah Muslimah terbaik di kalangan lima finalis yang lain.


PM Hidayu menyampaikan dua tazkirah iaitu tazkirah solo bertajuk Jangan Berlagak Seperti Ahli Syurga dan tazkirah duet bersama PM Annisha dengan judul Sebarkan Dakwah, Suburkan Ukhuwah.

Kemenangan berpihak kepada beliau apabila berjaya mengenepikan lima pendakwah lain dengan pungutan markah tertinggi lantas membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM 5,000 sumbangan Lembaga Zakat Selangor, RM10,000 sumbangan Manja Kaseh Arjuna Kaseh selaku hadiah misteri, Pakej Umrah, Trofi Kemenangan, Kad Tauliah Mengajar serta hadiah sampingan lain.


Ibu kepada tiga orang cahaya mata yang berasal dari Kuala Lumpur ini  berjaya mengatasi saingan sengit dari Pendakwah Nurul Hanis dan Pendakwah Nur Aqidah yang terpaksa berpuashati dengan kedudukan kedua dan ketiga.

PM Hanis membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM4,000, trofi, kad tauliah mengajar serta hadiah sampingan. Manakala PM Aqidah pula memenangi wang berjumlah RM3,000, trofi, kad tauliah mengajar dan hadiah sampingan.


Sewaktu ditebak tentang perasaan bergelar Juara, PM Hidayu berkata,dia sendiri agak terkejut dan tidak menyangka memandangkan saingan hebat yang turut diberikan oleh lima peserta yang lain.

“Saya menyifatkan kemenangan malam ini sebagai rezeki, kurniaan daripada Allah. Saya yakin jika kita berusaha dan yakin, mentarbiah diri untuk ummah, pasti Allah akan bantu dan buka jalan.” jelas PM Hidayu.


“Saya meletakkan pencarian ilmu dan penggalian pengalaman sebagai tujuan utama saya menyertai pertandingan realiti Pendakwah Muslimah ini. Bergelar juara adalah bonus dan saya yakin ini adalah berkat doa kedua-dua ibu bapa, suami, keluarga dan rakan-rakan dan mentor-mentor yang menyokong dan mengirimkan doa buat saya tanpa henti.” tambah PM Hidayu lagi.

Ujarnya, antara salah satu sebab dia tertarik untuk menyertai program Pendakwah Muslimah yang diterbitkan oleh TV AlHijrah ini adalah disebabkan dia memang cukup tertarik dengan kelebihan dakwah melalui medium elektronik.


“Saya membayangkan, jika pada masa dahulu para asatizah menyampaikan dakwah di majlis-majlis ilmu, masjid-masjid dan kelas agama dengan jumlah mad’u atau penerima dakwah yang terhad. Namun, dengan dakwah menerusi medium televisyen, kita mampu mencapai penerima dakwah yang haterogen dan dalam jumlah yang besar. Doakan saya, saya akan menyumbang sehabis daya buat Ummah.” bicara PM Hidayu panjang lebar.

Zulkarnaen Mokhtar selaku Pengurus Unit Penjenamaan dan Kajian Penonton sewaktu ditemui berkata, “Untuk saingan akhir, keenam-enam finalis telah diberikan tugasan iaitu mendekati permasalahan dakwah, aqidah, pernikahan, akhlak dan ibadah. Seratus peratus markah diberikan oleh juri-juri professional yang hadir pada malam pentas akhir ini bagi menilai hujah yang disampaikan oleh finalis.”


“Jelas sekali, andai berkemahuan, diberikan pendedahan, latihan dan, dibaja dengan Ilmu oleh mentor yang baik, wanita mampu menjadi pendakwah hebat. Setidaknya kepada kumpulan kecil iaitu keluarga mereka sendiri.”

“Kami juga berterima kasih kepada Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Insitut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS) yang bertindak selaku rakan kerjasama dan penaja. Tanpa mereka, sukar untuk kita realisasikan rancangan ini.”


Para finalis ini mendapat bimbingan daripada mentor-mentor luar biasa dan hebat seperti Ustaz Mohamad Zarifi Bin Mohamad Daud, Ustazah Isfadiah Binti Mohd Dasuki dan Dr. Rosmawati Binti Mohamad Rasit. Penjurian akhir pula akan diadili oleh Dato' Dr. Hj. Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim, Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh dan Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman.

Pendakwah Muslimah adalah program jalinan kerjasama antara TV AlHijrah dan Bahagian Dakwah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS), Lembaga Zakat Selangor (LZS).


Rancangan ini menyasarkan misi mencari pendakwah terbaik di kalangan wanita dan mengubah fikiran konservatif sesetengah masyarakat mengenai peranan wanita dalam pembangunan Islam.

Seramai 30 orang peserta disenarai pendek dan layak untuk mengikuti modul latihan peringkat pertama yang berlangsung sejak Julai hingga Ogos yang lalu. Hanya enam orang peserta terbaik dipilih untuk mengikuti modul peringkat kedua seterusnya berentap untuk dinobatkan sebagai juara Pendakwah Muslimah.







MENEPATI ramalan, pelakon Zul Huzaimy dinobatkan sebagai juara musim pertama All Stars Buka Panggung (ASBP) sekali gus membawa pulang hadiah paling lumayan berupa wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.


Naib juara pula milik Noorkhiriah dengan hadiah bernilai RM25,000 berserta trofi. Tempat ketiga dan keempat pula milik Datuk Aaron Aziz dan Rita Rudaini masing-masing membawa RM 10,000 dan RM 5,000 berserta trofi.

Hadiah diserahkan oleh Naib Presiden dan Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara Kumpulan Kandungan Astro, Datuk Khairul Anwar Salleh. Sementara itu, penerima sumbangan minggu ini adalah pelakon dan pelawak lagenda Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Hamid Gurkha. Hamid menerima sebanyak RM4,000 yang disalurkan menerusi juara mingguan.

Pusingan final yang berlangsung di Royal Theatre Shah Alam itu turut diserikan dengan artis jemputan Ropie, Ebby Yus, Ali Puteh dan Nabila Razali. Malah, final ASBP turut dimeriahkan dengan persembahan pembukaan dari ratu dangdut, Mas Idayu, Juzzthin serta Nabila Razali.

ASBP merupakan rancangan yang menguji dan mencabar pelakon untuk beraksi dalam babak komedi pentas secara spontan tanpa bantuan skrip. Program ini menampilkan pelawak daripada kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol sebagai pengacara. Primadona filem Melayu alaf baru, Erra Fazira pula menggalas tugas sebagai Seri Dewi Panggung.

Penjurian pula 100 peratus dari penonton yang boleh mengundi secara atas talian.ASBP disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) serta boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand. Program ini bersiaran selama 7 minggu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.

*Sumber Astro Gempak