Pemakanan kini memasuki era baharu. Sambil pengguna memikirkan semula cara menyihatkan dan menguatkan badan, mereka beralih kepada tabiat-tabiat yang diamalkan dengan tujuan khusus, disesuaikan secara peribadi dan bertunjangkan sains praktikal. Perubahan ini dapat dilihat di mana-mana, daripada amalan beli-belah dan video penyediaan makanan kepada perbualan tentang latihan, pemulihan dan kesejahteraan harian. Di Malaysia, momentum ini semakin ketara: Tinjauan Pemerkasaan Kesihatan dan Ekonomi Asia Pasifik (APAC) 2025 yang dikendalikan baru-baru ini oleh Herbalife mendapati bahawa dalam kalangan 1,000 responden Malaysia, 57% meramalkan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan mereka dijangka bertambah baik dalam tempoh 12 bulan akan datang, dengan 55% bercadang untuk meningkatkan masa senaman dan 48% bercadang meninggalkan amalan kurang sihat.
![]() |
| Dr. Krissy Ladner, Director of Sports Performance, Nutrition and Education at Herbalife |
Dr. Krissy Ladner, Pengarah Prestasi Sukan, Pemakanan dan Pendidikan di Herbalife berkata, “Pada tahun 2026, orang ramai akan membuat pilihan pemakanan yang menyokong penghadaman, kekuatan, kejelasan dan usaha mengurangkan tekanan sambil meningkatkan kefahaman tentang apa yang diperlukan oleh badan. Berikut adalah enam tema pendorong kesejahteraan yang akan mempengaruhi cara orang ramai makan, bersenam dan memulihkan diri pada tahun ini.”
1. Kesihatan Usus Diutamakan
Kesihatan usus kini semakin dilihat menjadi titik permulaan bagi pemakanan harian. Semakin ramai individu mengambil makanan tambahan dan suplemen yang kaya dengan serat seperti oat, kekacang, sayur-sayuran, beri dan adunan serat ringkas untuk menyokong penghadaman, memberikan kekenyangan dan membekalkan tenaga berterusan sepanjang hari.
Peralihan semula kepada pemakanan asas ini menandakan minat yang meluas terhadap makanan yang meningkatkan keteraturan pencernaan, membantu pengawalan selera makan, dan menyokong keseimbangan sistem pencernaan secara keseluruhan. Panduan Diet Malaysia 2020 menekankan bahawa pengambilan lebih banyak serat pemakanan dan bijirin penuh adalah strategi penting untuk menentang penyakit tidak berjangkit .
2. Sokongan Minda dan Pengurusan Tekanan
Pengguna kini lebih mengutamakan pemakanan dan pengambilan suplemen untuk mengurus tekanan, meningkatkan tumpuan dan mengekalkan kestabilan emosi sepanjang hari. Makanan yang kaya dengan omega-3, magnesium, vitamin B, kolina dan antioksidan semakin mendapat perhatian dan ramai orang juga cuba mengurangkan alkohol untuk memastikan mereka bangun pagi dengan minda yang lebih jelas sambil mendapatkan tenaga secara lebih konsisten.
Selain pemakanan, aktiviti untuk melegakan tekanan seperti yoga, berjalan kaki, meditasi dan senaman ringan kini sudah menjadi kaedah pengurusan tekanan harian yang lazim. Pada 2026, usaha menyokong kejelasan minda menerusi diet dan rutin senaman akan dianggap sebagai satu amalan biasa.
3. Ketelusan dan Keyakinan Terhadap Ramuan
Pengguna kini beralih daripada menetapkan peraturan makanan tegar kepada usaha mendapatkan maklumat jelas tentang apa yang ada dalam produk mereka. Daripada mencari-cari kandungan label yang sukar difahami, orang ramai kini mahukan senarai ramuan yang ringkas dan jelas, rumusan yang bermanfaat dan jenama yang boleh diyakini.
Terdapat minat yang semakin bertambah terhadap makanan yang tidak terlalu diproses, menggunakan ramuan boleh dikenali dan menyokong pendekatan yang lebih tertumpu kepada makanan lengkap dan berasaskan tumbuhan di mana sesuai, terutamanya dalam kalangan pengguna lebih muda. Ini bukan sahaja untuk produk dalam bungkusan, tetapi juga makanan yang dimakan di luar. Orang ramai semakin memberi perhatian kepada kandungan makanan luar, hidangan di restoran dan makanan yang dihantar ke rumah . Perkara yang diutamakan bukan kesempurnaan tetapi memahami cara produk dibuat untuk meningkatkan keyakinan terhadap kualitinya.
4. Penyesuaian Pemakanan Peribadi Semakin Ketara
Pemakanan semakin disesuaikan mengikut keperluan individu. Orang ramai kini menyesuaikan diet dan amalan pengambilan suplemen untuk menyokong keseimbangan hormon, kekuatan tulang, kesihatan metabolik dan pemulihan, dengan melaraskan rutin masing-masing seiring perubahan badan dan peringkat kehidupan.
Peralihan ini mencerminkan pergerakan ke arah pemaknaan yang membawa manfaat kepada badan dan bukan menimbulkan kemudaratan. Penyesuaian peribadi bukan lagi satu idea khusus, tetapi merupakan cara praktikal untuk orang ramai rasa lebih sihat setiap hari.
5. Amalan Berpandukan Teknologi
Teknologi mengubah cara orang ramai memahami dan mengoptimumkan kesihatan masing-masing. Pengguna kini semakin kerap menggunakan aplikasi pemakanan, penjejak tidur dan alat pemulihan pintar untuk menyesuaikan amalan pemakanan, rancangan latihan dan rutin harian masing-masing. Alat-alat ini memberikan gambaran lebih jelas tentang cara badan bertindak balas kepada makanan, tekanan dan pergerakan, menjadikannya lebih mudah untuk membina tabiat yang berkesan.
Penilaian berpandukan AI, ujian biopenanda di rumah dan alat suplemen peribadi kini memberikan maklumat yang dulunya hanya disediakan dalam persekitaran klinikal. Hasilnya, orang ramai boleh melaraskan protein, penghidratan, mikronutrien dan strategi pemulihan berasaskan maklum balas masa sebenar dan bukannya kaedah cuba jaya.
Pada 2026, penyesuaian peribadi berpandukan teknologi akan terus mengubah kesejahteraan harian, membantu pengguna membuat keputusan lebih maklum dan mencipta rutin yang sesuai mengikut keperluan, pilihan dan matlamat prestasi unik masing-masing.
6. Penggunaan Kreatina Semakin Meluas
Kreatina kini sudah menjadi satu pilihan suplemen penting dan dijangka terus memainkan peranan utama. Satu ketika dahulu hanya digunakan terutamanya oleh atlet angkat berat, pengambilan kreatina kini diiktiraf sebagai cara berkesan untuk meningkatkan kuasa, kualiti latihan dan pemulihan otot.
Peningkatan ketara penggunaannya dalam kalangan wanita merupakan satu perkembangan penting, sambil lebih ramai orang mengambil kreatina dalam rutin harian untuk menyokong kekuatan dan kekal aktif. Pada 2026, kreatina akan terus menjadi salah satu suplemen yang paling diyakini dan telah dikaji secara mendalam bagi individu yang mahu meningkatkan kekuatan dengan amalan yang konsisten.
Kesimpulannya
Persekitaran pemakanan 2026 bakal menyaksikan penyesuaian peribadi, amalan praktikal dan keinginan untuk mencapai kesejahteraan dalam jangka panjang. Sama ada kita mahu meningkatkan fungsi penghadaman, menguruskan tekanan, membuat pilihan makanan atau menambah baik latihan dan pemulihan, tabiat harian yang kecil tetapi bermanfaat masih merupakan kaedah paling berkesan untuk mencapai kemajuan bermakna.
Dr. Krissy Ladner berkata, “Sebagai pakar pemakanan sukan, saya melihat tema ini bukan sebagai trend sementara, tetapi peralihan jangka panjang dalam cara orang ramai memahami dan menjaga badan masing-masing. Manfaat paling besar ialah segala tabiat ini boleh diamalkan oleh semua orang.”




0 comments: