Dunia Penuh Gosip - Anugerah Pilihan Online Dunia Penuh Gosip: Anugerah Pilihan Online - All Post
Memaparkan catatan dengan label Anugerah Pilihan Online. Papar semua catatan
Anugerah yang mengiktiraf penggiat seni dan juga media sosial melalui dalam talian yang dipilih oleh penonton 100%. Anugerah Pilihan Online telah berlangsung dengan gemilang dan ditayangkan secara langsung di TV2. Ramai artis2 glamor telah bersama memeriahkan majlis ini pada malam itu. Namun paling unggul pastinya milik Akim& Majistret pada malam itu yang diumumkan pemenang bagi kategori paling unggul. 


Selain itu juga Akim & Majistret juga turut memenangi kategori Grup Pilihan Online. Turut sama menang besar pada malam itu adalah Dato Siti Nurhaliza, Mia Ahmad dan juga Saharul Ridzwan yang telah menang 2 kategori pada malam itu. Di sini disenaraikan pemenang yang telah di umumkan secara langsung pada malam itu.


PERSONALITI TERUNGGUL APO2016
AKIM & THE MAJISTRET
AKTOR TERBAIK PILIHAN ONLINE
SAHARUL RIDZWAN
AKTRES TERBAIK PILIHAN ONLINE
MIA AHMAD
PENYANYI LELAKI TERHEBAT PILIHAN ONLINE
HAZAMA
PENYANYI WANITA TERHEBAT PILIHAN ONLINE
DATUK SITI NURHALIZA
LELAKI TAMPAN PILIHAN DNARS
SAHARUL RIDZWAN
WANITA ANGGUN PILIHAN DNARS
MIA AHMAD
SELEBRITI KOMEDI PILIHAN ONLINE
JIHAN MUSE
GRUP PILIHAN ONLINE
AKIM & THE MAJISTRET
PENYAMPAI RADIO PILIHAN ONLINE
FARA FAUZANA
BINTANG SUKAN LELAKI PILIHAN ONLINE
DATUK LEE CHONG WEI
BINTANG SUKAN WANITA PILIHAN ONLINE
DATUK NICOL DAVID
PASUKAN SUKAN PILIHAN ONLINE
JDT (BOLASEPAK)
IKON FESYEN PILIHAN ONLINE
DATUK SITI NURHALIZA
IKON NIAGA MUDA PILIHAN ONLINE
NEELOFA
BLOG PILIHAN ONLINE
SIAKAP KELI
CEF SELEBRITI PILIHAN ONLINE
DATUK CEF FAZLEY YAAKOB
SELEBRITI MEDIA SOSIAL PILIHAN ONLINE
MAT LUTHFI








Peringkat Pengundian akan berlangsung selama sebulan (1 April – 27 Apr) dan anda dikehendaki memilih satu daripada lima finalis dalam setiap kategori. Finalis yang mendapat undian tertinggi daripada pembaca mStar Online akan membolehkan mereka diumumkan sebagai pemenang pada malam anugerah.


Malam Anugerah yang dimeriahkan dengan acara karpet merah akan diperkenalkan untuk mengiktiraf semua personaliti dalam dunia hiburan, sukan, bisnes, fesyen serta digital. Berdasarkan jumlah undian yang diperoleh finalis, maka seorang daripada lima finalis setiap kategori akan diraikan pada malam berkenaan. Senarai top 5 seperti di bawah dan undi di sini apo.mstar.com.my.












Kat Malaysia ni banyak juga majlis anugerah yang dianjurkan untuk mengiktiraf bakat seni dan juga mereka yang bebakat dalam Malaysia ini. Baru2 ini pula satu anugerah yang baru sahaja dilancarkan buat pertama kali menggunakan platform pilihan online. Inilah dia Anugerah Pilihan Online 2016 yang bakal menobatkan lagi artis dan juga penggiat sosial media di Malaysia.
18 kategori yang dipertandingkan untuk anda calon dan undi bila tiba masanya. APO2016 yang dikendalikan portal berita mStar Online dan Suria FM dengan tajaan produk kosmetik Dnars memperkenalkan 18 kategori membabitkan sembilan dalam bidang hiburan, tiga kategori sukan dan lima lagi kategori gaya hidup.


Pencalonan dan pengudian secara dalam talian boleh dibuat dengan melayari laman web khas iaitu http://apo.mstar.com.my. Sebarang perkembangan terkini mengenai APO2016 juga boleh diikuti di laman Facebook https://www.facebook.com/AnugerahPilihanOnline. Anugerah yang bertemakan Glam Digital itu bakal bersiaran secara langsung di TV2 pada 30 April depan dengan persembahan barisan artis2 popular.