Dunia Penuh Gosip - Azwan Ali Dunia Penuh Gosip: Azwan Ali - All Post
Memaparkan catatan dengan label Azwan Ali. Papar semua catatan
Tak habis2 timbulkan kontrol versi seorang DIVA yang dapat status artis paling suka timbul kontrol versi di Malaysia sapa lagi kalau bukan Diva AA atau Azwan Ali. Sebelum ini isu pasal restoran steak "Menate" beliau memaki hamun peminat2nya di laman twitter. Kemudian isu pasal rendang Azwan yang juga jadi isu apabila peminat melaga2kan beliau dengan Datuk Aznil setelah pengacara tersebut menghadiahkan sticker rendang kepada AA. 


Banyak lagi kontrol versi yang nampak seperti saja diprovok kepada Diva AA ini. Tapi Azwan juga cepat melatah dan cepat memandang sesuatu itu kepada isu yang berat padahal ia adalah salah tafsir sahaja. Kini Azwan Ali timbul pula dengan isu tentang status beliau di laman Instagram terhadap satu produk kicap.

Kalau korang perasan iklan kicap ini telah keluar tahun 2015 lepas dengan terlihat kelibat pengacara popular Pak Nil yang menjadi antara pelakon dalam iklan tersebut. Produk kicap yang di maksudkan adalah Kicap Tirana. Azwan menerusi laman Instagramnya sebelum ini, memuat naik komen dan video berunsur provokasi ke atas iklan Kicap Tirana yang ditayangkan di televisyen, yang menampilkan pengacara popular tersebut. Azwan turut mengajak pengikut Instragramnya bersama-sama mengutuk iklan tersebut dengan menawarkan rendang buatannya secara percuma.

Atas sebab2 rasa seperti satu penghinaan dan juga kritikan yang sangat2 menjatuhkan produk tersebut maka pihak pengurusan Tirana Products Sdn Bhd telah mengambil tindakan untuk menyaman Azwan Ali. Namun mereka masih memberi peluang kepada diva ini untuk membuat tindakan maaf secara bertulis dalam tempoh 14 hari yang di tetapkan.

Apa pun seperti nampak Azwan tidak takut atas tindakan itu dan seperti mahu melawan semula daripada pihak Kicap Tirana. Sudah2lah tu Azwan sebelum ni orang kritik kau punya produk rendang yang tak seberapa tu kau marah dan melenting. Kali ni kau kutuk produk orang pula memang lah dia marah dan kau sebagai seorang selebriti pulak tu. Apa pun tindakan untuk maaf- bermaafan adalah terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku ini. Moga Diva AA terus mendapat hidayah dari kebaikan beliau menunaikan umrah sebanyak 8 kali Amin.








Laman social dah biasa menjadi tempat orang mengutuk, mengata dan menghina orang yang mereka benci. Kalau dulu hanya mengumpat belakang melalui mulut tapi kini lebih mudah menggunakan social media malah lebih viral sehingga menaikkan dan menjatuhkan seseorang itu. Tapi biasalah kalau dalam laman social media kita menggunakan perkataan singkatan.

Kadang2 kita pun guna sebab nak cepat dan lebih banyak boleh taip. Inilah yang berlaku kepada seorang pelakon wanita ini yang baru2 ini tersalah anggap terhadap satatus seorang peminatnya. Dalam status Instagram itu peminat tu menulis perkataan "KimK" yang di salah tafsir oleh pelakon Fazura


Dengan balasan komen tersebut yang agak panas seolah menyatakan bahawa peminat itu mencarut dengan beliau. Tapi hakikatnya itu adalah singkatan kepada nama artis international Kim Kardashian. Kalau orang luar negara pun guna shortform tu KimK jadi memang cukup terkenal. Tapi mungkin juga pada waktu itu emosi pelakon ini tidak begitu setabil dan juga asyik di selalu kena kritik dalam laman social.

Tapi apa boleh buat itulah adat hidup dalam dunia artis ni kena berhati2 dan sentiasa rendah diri. Namun Fazura masih tidak update status pemohonan maaf terhadap peminat yang di marahinya itu. Cuma kita kena ingat kalau minta maaf tak langsung menjatuhkan martabat kita malah kita akan lebih di senangi oleh orang lain. 

Bila tengok keadaan seperti ini teringat kita akan kisah lama di mana peminat mencadangkan artis ini nama tempat makan "Menate" tapi di salah erti oleh artis ini. Tapi artis ini telah maafkan peminat tersebut setelah di tegur oleh orang berpengaruh, so tak perlu ungkit lebih2. Orang kata jangan kisah lama berulang sudahlah. nanti kamu juga yang rugi. Peminat yang sentiasa sokong anda. Apa pun tu tindakan beliau kita doa yang terbaik buat artis ini dan lepas ni semua asrtis kena lebih hati2 membalas komen peminat, kalau tak tahu maksud kita diam sahaja lagi bagus ok.