Memaparkan catatan dengan label BMB. Papar semua catatan
Seperti yang dijangka, protege kepada Harun Salim Bachik, Achey, menepati ramalan ramai apabila muncul sebagai juara program realiti, Bintang Mencari Bintang dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, sebentar tadi. Kemenangan ini sekaligus melayakkan Achey untuk membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM 200,000 berserta trofi.

 

Naib juara disandang oleh protege Afdlin Shauki, Bocik yang berjaya memenangi wang tunai berjumlah RM 100,000 berserta trofi manakala tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM 60,000 berserta trofi dimenangi oleh kumpulan Titan, iaitu anak didik kepada Sabri Yunus.

Kumpulan Tapaw yang dibawah tunjuk ajar, Faizal Ismail pula tidak pulang dengan tangan kosong apabila berjaya membawa pulang RM 30,000 berserta trofi walaupun mendapat tempat keempat. Terus melayari GUA untuk membaca lebih lanjut mengenai pertandingan akhir program Bintang Mencari Bintang.



*Berita dan gambar dari gua.com.my





Makin lama makin tak tentu arah program realiti di Malaysia ni. Meniru dan juga mengikut konsep yg sama menjadi trend kepada pengusaha stesen tv tempatan. Demi meraih keuntungan yg cepat dengan menggunakan SMS sebagai method pemilihan pemenang ia bagaikan tidak terkawal. Baru2 ni lak lahir satu lagi program realiti yg mencari pelapis barisan pelawak tempatan.

Katanya sebelum ni stesen tv ini pernah membuat program yg seakan sama dengan ini tapi kali ni lebih kepada konset mentor mentee. Di mana ada barisan sifu yg akan melatih mereka2 ini untuk beraksi lebih hebat di pentas lawak. Tak kisah lah niat mereka bagus nak melahir pelapis untuk generasi baru tapi mungkin cara tu tak berapa nak betul.

Gambar sekadar hiasan

Mungkin kerana melihat kejayaan program seakan sama daripada sebuah stesen tv berbayar makin mendapat tempat dalam industri hiburan tempatan. Maka mereka juga sibuk nak mencari bakat yg sama berlawak dan menyanyi. Tapi saya semasa sesi memperkenalkan peserta nampak seperti sebuah program realiti yg men'Recycle' senarai peserta yg pernah keluar dari program yg hampir sama tu.

Majoriti daripada peserta itu muka pernah masuk dalam mingguan sms untuk program realiti dari stesen tv berbayar. Tapi untuk mengelak daripada nampak terlalu kitar semula meraka telah memecahkan peserta2 tersebut daripada kumpulan asal. Dan ada pula yg daripada solo telah di gabungkan menjadi kumpulan untuk mendapatkan persembahan yg lain dan mantap katanya. 

Tapi sayang semua perserta tersebut adalah daripada mereka yg telah keluar dari program realiti tersebut dan tidak mendapat job. Maka terpaksa ambil meraka kerana tiada peserta lain yg layak kot. Tak pun nak menarik minat penonton yg pernah melihat mereka ini di kaca tv bagi mendapatkan undian sms yg tinggi. 

Apa pun semua ini adalah mainan politik dalam stesen tv untuk meraih keuntungan semata2. Kita sebagai penonton jgn lah mudah terpedaya tapi kita boleh nak berhibur dengan lawak2 meraka ni. Kebanyakan mereka ni juga ada potensi lawak yg hebat cuma kurang dapat publisiti. Moga2 ia mendapat tempat di hati peminat indutri lawak di Malaysia.