Dunia Penuh Gosip - Caliph Buskers Dunia Penuh Gosip: Caliph Buskers - All Post
Memaparkan catatan dengan label Caliph Buskers. Papar semua catatan
Anugerah Planet Muzik gabungan 3 buah negara nusantara Malaysia, Indonesia dan Singapura telah berlangsung dengan jayanya di Teater MediaCorp Singapura malam tadi. Menganugerahkan 19 kategori yang terbaik kepada yang paling popular dan juga penghargaan. Ini satu-satunya anugerah memartabatkan muzik nusantara keperingkat antarabangsa.


Namun kehebatan beberapa artis tidak dapat dinafikan apabila merangkul banyak anugerah pada malam tersebut. Caliph Buskers yang berjaya membawa pulang 2 anugerah terbaik melalui kategori Lagu Terbaik (Malaysia) dan Lagu Terbaik APM


Juga turut merangkul banyak anugerah pada malam tersebut adalah artis dari Malaysia Ayda Jebat. Ayda berjaya memenangi kategori popular iaitu Lagu Paling Popular APM, Artis Paling Popular APM dan kategori khas Ikon Media Sosial One Drop Perfume. Tahniah kepada semua pemenang lain yang telah mengharumkan nama negara dan industri musik nusantara.

Disenaraikan pemenang keseluruhan pada malam Anugerah Planet Muzik 2016.

Artis Baru Terbaik (Lelaki) : Rizky Febian (Kesempurnaan Cinta)

Artis Baru Terbaik (Wanita) : Yuka Kharisma (Hati Berbisik)

Duo/Kumpulan Terbaik : Afgan dan Raisa (Percayalah)

Band Terbaik : Musikimia (Dan Bernyanyilah)

Artis Paling Popular (Singapura) : Sufi Rashid

Lagu Paling Popular (Singapura) : Kisah Dua Muka (Sufi Rashid)

Lagu Paling Popular APM : Pencuri Hati (Ayda Jebat) 

Ikon Media Sosial One Drop Perfume : Ayda Jebat  

Artis Paling Popular APM : Ayda Jebat 

Kolaborasi Terbaik (Artis) : Awi Rafael dan Ayai (Manusia Sempurna)

Kolaborasi Terbaik (Lagu) : Beautiful (Aziz Harun & Faizal Tahir)

Lagu Terbaik (Singapura) : Bertemu Kembali (Haikal)

Lagu Terbaik (Malaysia) : Hanya Nama Mu (Caliph Buskers)

Lagu Terbaik (Indonesia) : Dan Bernyanyilah (Musikimia)

Anugerah Rentas Planet : Yuna (International Breakthru Artiste Award)

Anugerah Khas Planet Muzik : S.Atan

Artis Terbaik Lelaki : Glenn Fredly

Artis Terbaik Wanita : Raisa 

Lagu Terbaik APM : Hanya Nama Mu (Caliph Buskers)

*Gambar dari Facebook rasmi APM