Memaparkan catatan dengan label Cuti Sekolah. Papar semua catatan
Cuti penggal persekolahan kembali lagi. Waktu cuti persekolahan ini pastinya dinantikan oleh golongan pelajar, guru-guru dan ibu bapa. Pastinya pelbagai aktiviti menarik telah dirancang dan disusun atur agar wakti rehat ini dimanfaatkan sebaiknya.


Tidak mahu ketinggalan, TV AlHijrah turut sama teruja untuk meraikan musim cuti ini bersama adik-adik tersayang. Sambil berehat dirumah dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta, pastinya rancangan-rancangan menarik yang akan ditayangkan di AlHijrah Kids dapat menceriakan penonton setia stesen ini.

TV AlHijrah akan menghadiahkan enam siri animasi menarik dan istimewa untuk penonton cilik dirumah. Pastinya animasi MUJEEB AND STEVE, TIJAN ANNOUR, DAN DEN DON MISI ADY, PANGGILAN AGUNG IMAN & SARA dan BABY KHALIFAH, akan mewarnakan hari cuti adik-adik.

Apa yang menariknya, kesemua rancangan kanak-kanak ini bukan sahaja menghiburkan, malahan ia didatangkan dengan pelbagai mesej bermanfaat seperti mesej keamanan, nilai kasih sayang di dalam persahabatan dan kekeluargaan, serta kepentingan mencintai alam sekitar ditonjolkan dengan menarik dan penuh warna warni. Pastinya, malalui suntikan program yang menghiburkan namun bermanfaat mampu membuatkan musim cuti sekolah lebih bermakna.

MUJEEB AND STEVE


Siri animasi MUJEEB AND STEVE buat pertamanya kalinya disiarkan di TV AlHijrah akan menemui adik-adik tepat jam 2.05 petang, setiap hari Isnin hingga Khamis, bermula 17 Mac 2017. Disiarkan dengan durasi 15 minit siaran, Mujeeb And Steve bakal memperkenalkan dunia adik-adik tentang asas penting kepercayaan Umat Islam seluruh dunia. Ikuti lawak jenaka serta pendekatan secara bersahaja yang disampaikan mereka dalam berdakwah.

TIJAN ANNOUR


TIJAN ANNOUR adalah sebuah program realiti ini yang memberi fokus kepada pertandingan bacaan ayat al-Quran oleh Qari Junior dari seluruh dunia. 

Tijan Annour disiarkan setiap Jumaat bermula jam 4.10 minit petang. TV AlHijrah memilih untuk menayangkan rancangan Tijan Annour bagi memberikan galakan dan dorongan buat kanak-kanak agar memupuk rasa cintakan Al-Quran. Rasa kecintaan ini boleh dizahirkan dengan membaca dan menghafaz ayat-ayat suci serta memantapkan kemahiran berbahasa Arab.

51 peserta dari seluruh dunia telah dipilih sebagai peserta. Hanya 3 orang peserta terbaik sahaja akan dipilih ke peringkat akhir untuk merebut gelaran jauara. Dalam setiap episod, video pendek mengenai latarbelakang peserta dan keluarga akan dipaparkan.

Antara panel yang menjadi juri unutk pertandingan ini adalah Dr. Ayman Suwaid (Chairman of the Scientific Council of the Global Body of the Holy Quran, Syria), Dr. Ahmed Al Massrawi (Head of Egyptian Quran Reciters Egypt), Dr. Abdul Rashid Sufi (Specialized in Quranic Sciences, Qatar), Dr. Othman Siddiqui (Specialized in recitation science, KSA) dan
Sheikh Mahmoud Akkawi (Sheikh of Beirut Reciters, Lebanon).

DAN DEN DON


DAN DEN DON adalah siri animasi hasil cetusan idea dan karya kartunis Don (Gila Gila) yang disiarkan setiap Rabu, jam 4.10 minit petang. Siri animasi ini merupakan animasi unik yang menyelam ke dalam kehidupan anak-anak yang dibesarkan dalam alam semula jadi yang menakjubkan dan persekitaran luar bandar. Melalui mata dan fikiran mereka, proses edutainment dapat disampaikan kepada penonton dirumah dengan penuh warna warni dan menarik. Saksikan, Dan Den Don menjalani aktiviti-aktiviti harian mereka dengan senario kehidupan kampung sebenar. 

MISI ADY


MISI ADY akan disiarkan bermula 17 Mac 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 5 petang. Siri animasi ini mengisahkan tentang Ady, seorang budak lelaki yang popular dan disukai ramai. Dia juga merupakan pelajar yang bijak dan sentiasa mendapat "A" untuk setiap mata pelajaran Sains. Di sebabkan keputusannya yang teruk, ibunya telah memberikan sebuah permainan yang akan dapat membantu Ady dalam mata pelajaran Sains. Namun, setelah dia bermain permainan video itu, dia dan kucingnya Darcy, telah terperangkap di dalam dunia permainan dan terpaksa menyelamatkan Puteri Jambu. Dapatkah Ady mengatasi semua halangan untuk berjaya mencari Puteri Jambu?

PANGGILAN AGUNG IMAN & SARA


Siri PANGGILAN AGUNG IMAN & SARA disiarkan setiap hari jam 4.30 petang. Panggilan Agung Iman & Sara adalah sebuah program yang memaparkan video-video animasi karakter Iman dan Sara yang begitu comel sekali dalam mendendangkan lagu-lagu berunsur Islam dan pengajaran yang baik istimewa buat adik-adik di rumah. Antara yang dimuatkan di dalam Panggilan Agung Iman & Sara adalah bacaan doa-doa pendek, kapsul menarik, lagu-lagu istimewa yang disampaikan dalam pelbagai Bahasa untuk dipelajari adik-adik seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Mandarin dan lain-lain.

BABY KHALIFAH


Baby Khalifah disiarkan setiap hari bermula 17 Mac 2017, pada jam 2.15 petang. Baby Khalifah merupakan sebuah rancangan animasi yang berkonsepkan kuliah fardhu ain. Rancangan ini disiarkan dengan tujuan untuk mengajar dan memberi ilmu kepada golongan cilik dalam keadaan santai, menarik, menghiburkan namun penuh ilmu untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Pastinya, adik-adik penonton dapat memanfaatkan masa rehat dirumah dengan penuh bermanfaat selepas menonton Baby Khalifah. Baby Khalifah akan mengajar adik-adik mengaji, mengambil wudhu, menunaikan solat serta menghafal doa-doa harian yang mudah.





Sepcial offer dan aktiviti daripada Menara KL untuk adik2 yang sedang bercuti sekolah. Jangan buang masa anda dengan perkara tidak berfaedah jadi kunjungilah Menara KL perlbagai aktiviti berguna yang boleh di lakukan. Ibubapa pun ramai yang bercuti untuk bawa anak2 mereka beriadah dan ini lah masa yang sesuai untuk bersama keluarga setelah setahun bekerja.



Untuk maklumat lanjut dan lebih detail tentang aktiviti ini boleh layari laman web www.menarakl.com.my. Pasti sekeluarga bergembira dan bahagia selalu. Selamat bercuti kepada semua adik2 di luar sana.