Reza Dari Kedah Juara Bintang Kecil 2026 | Dunia Penuh Gosip

Reza Dari Kedah Juara Bintang Kecil 2026

Malam kemuncak Bintang Kecil 2026 menyaksikan peserta dari Kedah, Muhamad Rezaril Indra Ridzwan atau Reza dinobatkan sebagai Juara. Beliau yang mendendangkan lagu Madah Berhelah nyanyian asal Ziana Zain menewaskan lima peserta lain dan membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000.



Tempat kedua dimenangi peserta iaitu Muhamad Aryan Zuhair Muhamad Akram, dari Negeri Sembilan yang membawa pulang hadiah wang tunai RM15,000 menerusi lagu Hidup Dalam Mati dendangan asal Syamel.

Manakala, peserta dari Sabah Qistina Izara Roblir menduduki tempat ketiga dan menerima wang tunai RM10,000 menampilkan Cuba Jadi Aku nyanyian asal Nadeera Zaini.

Tiga peserta lagi merupakan Nor Sofea Adelia wakil dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyampaikan lagu Samudera dendangan Aisha Retno; Melissa Rose (Pulau Pinang) dengan lagu Sumpahan Salju nyanyian Ara Johari dan Nor Ariana (Sarawak) pula menyanyikan lagu Gerhana daripada Ziana Zain.

Malam kemuncak Bintang Kecil 2026 diadili oleh barisan juri terdiri daripada Ketua Seksyen Hiburan dan  Muzik RTM Kuching, Yap Yen; Saiful Hamdan, pemuzik Majlis Seni Sarawak dan penggubah lagu untuk Simfoni Orkestra Sarawak; penyanyi Fanzi Ruji; komposer Sharon Paul serta Luqman Abd Aziz, Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Muzik yang turut bertindak sebagai ketua juri.







0 comments: