Datuk Seri Siti Nurhaliza Mengekalkan Kejuaran Vokal Wanita Terbaik Di AIM25 | Dunia Penuh Gosip

Datuk Seri Siti Nurhaliza Mengekalkan Kejuaran Vokal Wanita Terbaik Di AIM25

Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke 25 memberi tumpuan hangat kepada anugerah Vokal Wanita Terbaik yang berjaya dimenangi oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza  menerusi lagu ‘Kesuma’. Ini adalah kemenangan beliau kali ke 14 dalam kategori yang sama. Selain itu juga  Datuk Seri Siti juga memenangi kategori Lagu Terbaik menerusi Pesanan Buat Diri yang turut menang bagi ketegori Lagu Tradisional Terbaik.



Manakala buat pertama kalinya Dato Seri Siti memenangi kategori Kolaborasi Artis/Penulis Lagu Tempatan Bersama Artis/Penulis Lagu Luar Negara Terbaik menerusi lagu 'Cenderamaya' hasil ciptaan Irena Taib, Amni Musfirah dan Jamilah Abu Bakar dari Signapura.

Sementara itu, penyanyi muda yang meningkat naik dan berbakat besar, Aisha Retno, turut mencipta kejayaan manis apabila dinobatkan sebagai pemenang kategori Album Terbaik menerusi album sulungnya Re.Hab selain turut memenangi kategori Rakaman Album Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik menerusi (O.R.B.I.T).



Turut mencuri tumpuan, penyanyi Mimi Fly menggengam lima trofi apabila dinobatkan sebagai pemenang Lagu Perayaan Terbaik menerusi Serumpun, selain meraih kejayaan kategori Lagu Dengan Hasilan Tertinggi Di Tiktok (Serumpun), Video Muzik Terbaik (Temberang), Susunan Muzik Terbaik Dalam Lagu (Nara) serta Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik (Temberang).

AIM25 juga mencipta sejarah tersendiri apabila buat pertama kali dianjurkan diluar semenanjung Malaysia apabila ia diadakan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) dan disiar secara langsung di TVS. Pemenang bagi 15 kategori di Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) menerima geran Dana Kandungan Kreatif (DKK) sebanyak RM50,000 setiap satu, manakala pemenang kategori Album Terbaik membawa pulang geran berjumlah RM200,000.



Berikut senarai penuh pemenang AIM25

1. Artis Baru Terbaik: Alpha, ‘Mona Lisa’

2. Vokal Lelaki Terbaik: Arddley Nicholas, ‘Sandiwara Cinta’

3. Vokal Wanita Terbaik: Dato’ Sri Siti Nurhaliza, ‘Kesuma’

4. Vokal Kumpulan Terbaik: Inteam, ‘Satukan Kami Di Syurga’

5. Kugiran Terbaik: Sekumpulan Orang Gila (SOG) ft Amir Masdi, ‘Mahkota’

6. Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik: Hael Husaini & Nadeera, ‘Peluk’

7. Video Muzik Terbaik: Hafiz Rashid, ‘Temberang’ (Mimifly)

8. Runut Bunyi Terbaik Di Dalam Filem Atau Drama: ‘Aku Bukan Narsisis’ (Hazama)

9. Lagu Rock Terbaik: ‘Bila Sampai Waktu’, Faizal Tahir

10. Lagu Pop Terbaik: ‘P Ramlee Saloma’, Alpha

11. Lagu Rap/Hip Hop Terbaik: ‘Tanya Tuhan’, Yonnyboii & Malique

12. Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik: ‘Temberang’, Mimifly

13. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik: ‘O.R.B.I.T’, Aisha Retno

14. Lagu Cina Tempatan Terbaik: ‘(Love Yourself)’, Yise Loo

15. Lagu India Tempatan Terbaik: ‘Kadhal War’, Buggimaan ft Sri Vithya

16. Kolaborasi Artis/Penulis Lagu Tempatan Bersama Artis/Penulis Lagu Luar Negara Terbaik: ‘Cenderamaya’, Dato’ Sri Siti Nurhaliza

17. Lagu Nasyid Terbaik: ‘Fitnah Akhir Zaman’, Halim Ahmad

18. Lagu Etnik Terbaik: ‘Pelangi Pasti’, Marsha Milan

19. Lagu Perpaduan Terbaik: ‘Matahari Malaya’, Mc Syze & Noh Salleh

20. Lagu Tradisional Terbaik: ‘Pesanan Buat Diri’, Dato’ Sri Siti Nurhaliza

21. Lagu Borneo Terbaik: ‘Dayang Bintang’, Mawat

22. Album Terbaik: [RE.HAB], Aisha Retno

23. Lagu Terbaik: ‘Pesanan Buat Diri’, Dato’ Sri Siti Nurhaliza

24. Kulit Single/Album Terbaik: Aidil Saleh, Misompuru, Marsha Milan

25. Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu: Mimifly, ‘Nara’

26. Lagu Perayaan Terbaik: ‘Serumpun’, Mimifly

27. Rakaman Album Terbaik: Jaydi & Seatravel, [RE.HAB], Aisha Retno

28. Rakaman Lagu Terbaik: Koh Kok Boon, ‘Gasoline’, Akim & The Majistret

29. Anugerah Dalam Talian, Lagu Paling Tinggi Distrim: ‘Seni Berdamai Dengan Takdir’, Naim Daniel & Adnin Roslan

30. Anugerah Dalam Talian, Lagu Dengan Hasilan Tertinggi Di TikTok: ‘Serumpun’, Mimifly

31. Anugerah Dalam Talian, Video Muzik Rasmi Malaysia Dengan Tontonan Tertinggi Di Pelantar Video Utama: ‘Meriah Lain Macam’, Hael Husaini & Nadeera

32. Anugerah Sri Wirama: Ella.






0 comments: