Dunia Penuh Gosip - D'Herbs Dunia Penuh Gosip: D'Herbs - All Post
Memaparkan catatan dengan label D'Herbs. Papar semua catatan
Menuju puncak itulah yang diimpikan ramai anak muda sekarang untuk capai kejayaan dengan cara yang lebih cepat. Menjadi bintang pujaan ramai dengan populariti yang datang tanpa diduga. Kini ujibakat AF2016 bakal bermula pada 15-17 Julai 2016 di Kuala Lumpur. Sebelum ini ujibakat secara online telah dibuka seperti mana tahun2 lepas. 


Seperti tahun2 lalu konsep ujibakat terbuka ini masih sama dimana peserta lelaki dan wanita diberikan lagu wajib untuk disampaikan. Daripada itu mereka yang layak ke peringkat seterusnya akan disaring sekali lagi untuk menjadi pelajar pilihan. Tapi masih terlalu awal untuk menyatakan berepa orang pelajar yang akan ke peringkat saringan akhir sebelum pemilihan 12 pelajar yang sebenar.


Barisan pengajar juga tahun ini masih kekal yang lama cuma ada dua muka baru yang ditampilkan. Kelainan tahun ini adalah pengajar baru iaitu  Mas Idayu yang bakal memikul tanggungjawab sebagai Guru Persembahan Vokal dan Ellie Suriaty Omar sebagai Guru Seni Persembahan. Adakah ini menandakan bakal ada peserta dangdut dalam AF2016 kita nantikan.


Masih orang kuat kepada AF kali ini adalah penaja utama mereka iaitu D'Herbs terlajak laris. Makin larislah Dato Alif ini kan. Apa tunggu lagi datang ker The Boulevard ST Giles Premier Hotel Midvalley Kuala Lumpur untuk ujibakat hujung minggu ini sahaja. Serlahkan bakat anda sekarang juga.