Memaparkan catatan dengan label Dimata Mu. Papar semua catatan
Tahniah kepada pemenang Anugerah Juara Lagu ke 33 milik lagu Haram ciptaan sepenuhnya oleh Hael Husaini bersama Ezra Kong dan dinyanyikan oleh Hael bersama Dayang Nurfaizah. Hael mengulangai kejayaan yang beliau kecapi pada AJL32 tahun lepas. Acara ini telah berlangsung secara gemilang dari Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.


Tempat kedua pula adalah milik lagu Bunga nyanyian Ara Johari manakala lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar berada di tempat ketiga. Misha turut berjaya meraih trofi Vokal Terbaik. Dengan itu Misha membawa pulang wang tunai RM12,000 dan trofi.  

Namun persembahan yang menusuk kalbu ramai penonton pada malam AJL33 itu adalah milik Sufian Suhaimi. Persembahan dengan vokal yang hebat tiada lagi rasa gentar atau takut di atas pentas seperti mana persembahan pada kemunculan pertama di AJL31. Paling berkesan adalah penggunaan prop dengan membawa konsep 'Pelamin angan ku musnah' berjaya menambat hati penonton dan sekaligus merangkul Anugerah Persembahan Terbaik. Sufian membawa pulang wang tunai RM12,000, trofi serta sebuah telefon pintar Samsung A9. 


Siap Dato Sri Siti Nurhaliza puji persembahan Sufian Suhaimi kat laman twitter rasmi beliau.


AJL 33 dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad bersiaran pada jam 9 malam di TV3 manakala acara karpet merah yang berlangsung sebelum AJL 33 diacarakan oleh Shuk Sahar dan Kaka Azraff. Tahniah kepada semua pememang korang memang hebat. Jumpa lagi tahun depan.