Memaparkan catatan dengan label Fesyen. Papar semua catatan
Penganjuran untuk tahun ketiga berturut-turut AirAsia komited untuk melahirkan pereka muda yang kreatif dalam bidang fesyen designer ini. Kali ini tiba masa untuk pusingan akhir dan ketahui siapa yang akan dinobatkan sebagai Pemenang Utama AirAsia Runway Ready Designer Search 2017 (AARRDS)! 


Akhir Grand akan diadakan semasa Minggu Fesyen Kuala Lumpur Ready To Wear 2017 (KLFW RTW 2017).

20 finalis dari kesemua 10 negara Asean - Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, Brunei, Vietnam, Kemboja, Laos, Myanmar dan Indonesia akan mempamerkan koleksi Asean-Inspired mereka di landasan KLFW RTW yang berprestij!

Jumpa anda di sana untuk memberi sokongan kepada pereka pilihan anda.





 
Pertandingan AirAsia Runway Ready Designer Search (AARRDS) akan ke serantau Asean tahun ini melibatkan negara Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina, serta Malaysia bagi menyediakan platform untuk pereka muda dari seluruh rantau ini untuk mempamerkan bakat dan membantu melonjakkan mereka ke dalam industri fesyen.


Pencarian pereka fesyen muda ini yang diadakan buat kali kedua dengan kerjasama pihak Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear (KLFW RTW) telah dilancarkan di Kuala Lumpur hari ini oleh Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad bersama Encik Andrew Tan, pengasas KLFW RTW.

Ujibakat akan diadakan di Jakarta (16 April), Manila (23 April), Kuala Lumpur (30 April), Singapura (7 Mei) dan Bangkok (14 Mei) untuk mencari bakat-bakat tempatan dari setiap bandar serantau. 3 perserta terbaik dari bandar masing-masing akan mewakili negara mereka untuk ke pusingan akhir yang akan berlangsung pada bulan Ogos di pentas peragaan KLFW RTW 2016 yang berprestij.

Aireen Omar dan Andrew Tan selaku panel hakim bagi AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 akan disertai oleh Vivy Yusof, pemilik laman web e-dagang fesyen terkenal FashionValet.com, Alia Bastamam, pereka fesyen terkenal dan Suzie Adnan, Ketua Pengarang majalah GLAM sebagai panel hakim untuk pertandingan ini.

Pencarian pereka fesyen ini terbuka kepada pelajar fesyen berumur tidak melebihi 28 tahun yang sedang belajar atau telah lulus dari sekolah reka fesyen di mana-mana lima buah negara yang terlibat di dalam pencarian ini. Tiga (3) lakaran berilhamkan destinasi Asean harus disertakan bersama borang pendaftaran yang lengkap. Borang pendaftaran boleh di muat turn di laman klfashionweek.com dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 April 2016.

Hadiah-hadiah bernilai lebih RM350,000 menanti pemenang pertandingan ini termasuk slot untuk mempamerkan koleksi penuh di KLFW RTW 2017, mentor dari pasukan KLFW RTW, RM25,000 yang ditaja oleh FashionValet untuk menghasilkan koleksi kapsul dan dijual di laman fashionvalet.com, mata ganjaran AirAsia BIG sebanyak 150,000, tiket pergi balik AirAsia atau AirAsia X dan beberapa lagi hadiah yang akan diumumkan kelak.

Ikuti perkembangan AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 melalui webisodes di Youtube (youtube.com/user/AirAsia), laman sosial AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia) atau melalui hashtag media sosial #AirAsiaRunway.






LOKASI : Vertigo (Level 6), Gardens Mall
TARIKH : 13 November 2013, Rabu
MASA : 7-10 malam
HARGA TIKET : RM 15 + 1 minuman percuma 

Tiket boleh di dapati di lokai-lokasi berikut bermula 1 Oktober - 10 November 2013

• Blu Inc Media (10pg – 5 ptg, Isnin – Jumaat)
• Toko Buku MPH terpilih:
- MPH Alpha Angle
- MPH Alamanda
- MPH Midvalley
- MPH One Utama
- MPH Subang Parade
- MPH Shah Alam City Centre (SACC Mall)
- MPH Giant Stadium Shah Alam
- MPH PKNS Bangi
• Butik dressingpaula (Lembah Klang):
- dressingpaula PAVILION
- dressingpaula SETIA CITY MALL
- dressingpaula SUNWAY PYRAMID

PERINGATAN: Sila bawa tiket sebagai pas masuk ke parti. Bawa bersama tiket anda dan keratan kupon untuk penebusan beg cenderahati. Penebusan bermula 7 malam di lokasi. Siapa cepat, dia dapat!
 
(TERHAD KEPADA 200 PEMBACA PERTAMA YANG MEMBAWA TIKET DAN KERATAN KUPON SAHAJA)

Upload gambar anda di Instagram bertemakan “Chic and Stylish” berserta  #ehanggundisenangi13 untuk memenangi tiket ke parti EH! 20 Yang Anggun & Disenangi 2013. 






Sudah pasti bila tiba majlis anugerah pasti yg paling melaram adalah barisan artis2. Tidak lupa juga barisan artis watak sampinga juga demi menjayakan majlis anugerah berprestij katanya. Yg nampak terus melaram adalah golongan artis wanita. Setiap kali menjelangnya majlis anugerah merekalah yg paling sibuk sekali mencari tempahan mengikut tema. 

Ni dia ratu tudung bersaing sihat tapi Najwa nampak tua sgt

Namun tahu ini dalam Anugerah Skrin 2011 ini nampak golongan artis agak kurang bergaya dengan baju rekaan pereka2 yg hebat. Mungkin kerana bajet kurang kot atau pun tiada lagi pereka yg profesional kat negara kita ni maklumlah pereka fesyen pun dah sibuk nak memasak hehehehe. 

Ratu sexy 2011 sapa korang rasa paling menonjol...

Tapi bagi pendapat aku tema tahun ini Anugerah Skrin 2011 ini tidak cukup gah untuk membawa kelainan dan juga kehebatannya. Tidak seperti tahun tema 1001 mlm yg telah di anjurkan. Ia merupakan malm anugerah paling berjaya setakat ini di Anugerah Skrin. Dari segi tema pakaian malah tema persembahan dan juga gabungan pengacara yg tidak kering gusi bergelak. 

Antara fesyen2 artis di majlis Anugerah Skrin 2011 yg menjadi perhatian pada mlm itu. 

Pelakon kanak-kanak nak melaram gak

Tak kurang yg vateran pasti nak vouge

Pasangan paling controversi ni mcm mana...