Dunia Penuh Gosip - Gimik Artis Dunia Penuh Gosip: Gimik Artis - All Post
Memaparkan catatan dengan label Gimik Artis. Papar semua catatan
Sekarang tgh hangat di perkatakan Anugerah Juara Lagu yg tinggal beberapa hari sahaja lagi. Riuh di corong radio dan juga stesen TV3 mempromosikan anugerah berprestij ini. Siapa bakal di nobatkan juara dan siapa pula bawa pulang persembahan terbaik dan juga vokal terbaik. 12 buah lagu bakal bertanding pada 18 Jan 2015 ini yg akan berlangsung secara langsung di Stadium Putra Bukit Jalil.


Namun ada beberapa gimik yg telah di lakukan oleh beberapa org finalis AJL 29 tahun ini sebelum majlis berlangsung. Adakah gimik ini untuk mempromosi diri atau nak menjadi juara, anda boleh nilai sendiri. Mari kita saksikan beberapa perkara yg di katakan gimik finalis AJL 29 yg tgh hangat di perkatakan sekarang.

Yuna di gantikan dengan penyanyi lain

Lagu Lelaki nyanyian Yuna pada peringkat separuh akan di gantikan dengan penyanyi lain. Najwa Mahiaddin adalah peganti yg akan bertanggungjawab membawa lagu ini pada peringkat akhir. Adakah ini taktik Yuna seperti mana yg di lakukan pada AJL 27, apabila lagu beliau di gantikan oleh Aizat dan telah di nobatkan sebagai juara. Nantikan di AJL 29 bagaimana persembahan mereka.

Vokalis Mojo keluar kumpulan


Satu lagi gimik yg mendapat perhatian daripada finalis AJL 29 adalah kumpulan Mojo. Cerita bermula apabila penyanyi asal Awira di katakan tidak puas hati akibat ada org ketiga yg akan menyanyi bersama beliau di final. Awira di katakan menarik diri dan keluar dari kumpulan Mojo akibat tidak puas hati dengan pilihan Edry selaku pencipta lagu. Vokalis Mojo di gantikan oleh Ryan Brakhma dari Indonesia yg telah di pilih sendiri oleh Edry.

Kisah rumah tangga Alyah

Alyah tiada angin tiba2 saja kisah rumah tangga beliau menjadi hangat dan begitu mendapat perhatian peminat industri tanah air. Alyah yg mengupdate gambar suaminya Dato' Ramli M.S bersama wanita lain yg dikatakan isterinya mendapat perhatian. Alyah seolah2  mencari cerita di sebalik kehangatan AJL 29 tahun ini. Tapi Dato' Ramli MS hanya berdiam diri dan tidak berkata apa2 terhadap isu ini. Namun Alyah lebih banyak emosi terhadap perkara ini, adakah ia satu gimik atau sekadar masalah dalaman rumah tangga.

Shila Amzah tarik diri

Hari ini pula tiba2 artis yg popular di China, Shila Amzah yg merupakan finalis AJL 29 telah membuat pengumuman menarik diri daripada pencalonan akhir ABPBH 2014. Berita ini sedikit sebanyak memberi kejutan kepada peminat beliau dan juga industri. Penarikan diri Shila adalah di sebabkan rasa kecewa beliau dengan sesetengah media yg terus memboikot beliau. Adakah ini juga gimik AJL untuk mendapat perhatian daripada peminat mereka nantikan di pentas akhir AJL 29.

Hafiz bertunang


Artis yg pernah mendapat gelaran juara Anugerah Juara Lagu ini juga membuat kejutan apabila berita perancangan pertunangan beliau bulan dua telah di ketahui umum. Hafiz yg di katakan telah bercinta lama dengan gadis ini akan melansungkan majlis pertunanga pada bulan February ini. Adakah ini salah satu gimik yg di lakukan oleh finalis AJL 29. Sama2 kita nantikan dan saksikan secara langsung pada Ahad ini ok.