Dunia Penuh Gosip - Hanis Zalikha Dunia Penuh Gosip: Hanis Zalikha - All Post
Memaparkan catatan dengan label Hanis Zalikha. Papar semua catatan
Sekarang makin ramai artis kita telah mula berhijrah dan telah menunjukkan perubahan ketara dari segi penampilan. Mungkin sebab peribadi atau juga mungkin kerana rasa tanggungjawab untuk melaksanakannya atau ia adalah kerana tiba masa itu hanya mereka yang tahu. Apa pun tahniah buat semua artis yang telah berani berubah kerana perubahan kearah kebaikan adalah datu Jihad.


Awal tahun ini sahaja dah 5 orang artis popular negara berhijab penuh. Mula dengan Hanis Zalikha. Kemudian Rozita Che Wan yang berhijab setelah pulang dari Umrah Alhamdulillah. Makin nampak cantik dan manis Che Ta bila berhijab nampak makin muda. 


Kemudian Elfira Loy pelakon yang masih muda telah mengorak langkah kepada perubahan ini. Tidak takut kepada rezeki di beri Allah El telah berhijab pada sambutan hari jadinya yang ker 24 baru2 ini. Tahniah El anda tetap nampak menarik dan anggun dan masih boleh berksi lasak walaupun telah berhijab.


Lepas tu Zulin Aziz pengacara yang meningkat naik ini juga telah berubah. Zulin juga telah mengesahkan dirinya sudah berhijab sepenuhnya menerusi portal Media Hiburan. Jelas pengacara tersebut, ia bukanlan paksaan daripada sesiapa tetapi lahir daripada kerelaan hatinya sendiri yang mahu memenuhi tuntutan agama.


Kini terbaru pelakon Faezah Elai juga melangkah transformasi kepada perubahan untuk terus berhijab. Faezah Elai juga telah meminta untuk dirinya dibantu selepas ini. Penghijrahan bukanlah satu yang mudah lebih-lebih lagi apabila anda bergelar selebriti. Semoga Faezah Elai diberikan kekuatan untuk terus beristiqamah. Moga semua artis yang telah berhijrah akan di murahkan rezeki doa dari peminat2 semua.