Dunia Penuh Gosip - Hero Remaja Dunia Penuh Gosip: Hero Remaja - All Post
Memaparkan catatan dengan label Hero Remaja. Papar semua catatan
Selepas bersaing sengit selama lapan minggu bagi membuktikan kemampuan untuk bergelar anak seni, akhirnya fanalis Aiman Ameer dinobatkan selaku Juara Hero Remaja 2023 manakala Juara Dewi Remaja 2023 pula disandang oleh finalis Nurel Bahrin.



Kemenangan tersebut sekali gus membolehkan Aiman dan Nurel membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berhumlah RM10,000 setiap seorang dan trofi.

Malah, Nurel turut menerima mahkota Dewi Remaja yang telah diserahkan oleh juara edisi terdahulu yang juga merupakan pelakon, Tracie Sinidol.

Manakala selempang Hero Remaja 2023 milik pula disarungkan oleh Juara Hero Remaja 2021, Mierul Aiman.



Naib juara Hero dan Dewi Remaja 2023 pula telah disandang oleh finalis Fitri Farok dan Arabella. Kedua-dua mereka menerima hadiah wang tunai berjumlah RM7,000 setiap seorang.

Sementara itu, bagi ketegori Hero dan Dewi Inspirasi pula, anugerah tersebut telah dinobatkan kepada finalis Aiman Ameer dan Adrina seterusnya merima hadiah berupa kontrak bernilai RM20,000 tajaan, Yaya Empire.

Kategori HeroDewi favourite pula jatuh kepada finalis Razin Qidran dan Nurel Bahrin. Anugerah ini telah diberikan kepada finalis yang mendapat undian tertinggi daripda peminat sepanjang lapan minggu.








Tahniah jejaka berusia 23 tahun itu dinobatkan sebagai juara program realiti Hero Remaja yang berlangsung dalam norma baharu di waktu negara dilanda pandemik. Mierul Aiman menewaskan tiga lagi pencabar terdekat beliau pada malam akhir program tersebut yang disiarkan di Astro Ria hari sabtu lepas.



Selaku juara beliau membawa pulang wang tunai RM10,000 dan juga trofi. Kini hasrat beliau untuk mengembangkan bakat dalam dunia lakonan semakin hampir setelah menggalas gelaran tersebut. Pada malam akhir program Hero Remaja semua peserta akhir di adili oleh juri tetap Datuk Rosyam Noor dan Scha Al Yahya



Naib juara pula dimiliki oleh Aqil 22 tahun manakala tempat ketiga dimenangi oleh Fazziq 21 tahun dan manakala Syazani 19 tahun dipilih sebagai Hero Favorite. Gelaran Hero Inspirasi diberikan juga kepada Aqil. Tahniah kepada semua pemenang dan semoga ini menjadi batu loncatan untuk anda maju dan berjaya dalam dunia seni seperti mana bekas peserta Hero Remaja terdahulu.






Penantian lima perserta akhir Hero Remaja 2020 akibat pendamik Covid-19 sangat berbaloi apabila peserta Nadhir Nasar dari Selangor dinobatkan sebagai juara Hero Remaja 2020.


Menerusi kemenangan itu, dia berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 beserta selempang dan trofi.

Tempat kedua jatuh kepada Umar Hisham manakala Meerqeen hanya berpuas hati dengan menduduki tempat ketiga.

Malam kemuncak Hero Remaja 2020, para peserta akhir ditugaskan untuk melakukan sebuah video pesanan khidmat masyarakat (PSA) dan juga menjawab soalan yang diberikan oleh juri.


Kesemua finalis telah diadili barisan juri yang terdiri daripada Datuk Hans Issac dan Scha Alyahya selaku juri tetap serta Yusry Abdul Halim selaku juri jemputan.

Pentas akhir Hero Remaja telah dihoskan oleh Ain Edruce dan Awal Ashaari di pancarkan secara langsung di Astro Ria. 






Tahniah kepada barisana akhir Hero Remaja 2017 yang telah disiakan di Astro Ria setiap hari Khamis. Minggu ini adalah minggu akhir yang membawa 7 peserta untuk bersaing lebih hebat. Cabaran mereka minggu ini adalah bergambar dengan haiwan liar di Bukit Gambang Resort.


7 peserta akhir adalah Haris, Farhan, Adam, Alif, Safwan, Imran dan Nabil. Daripada 20 peserta mereka melalui cabaran demi cabaran miggu demi minggu. Akhirnya malam tadi telah dinobatkan juara kepada Alif Muhaimin berusia 23 tahun. Beliau berjaya membawa pulang wang tunai, trofi dan pakej percutian. Manakala tempat kedua adalah milik Farhan dan tempat ketiga adalah milik Haris.


Pada malam akhir semua peserta diberikan peluang untuk menggayakan koleksi ciptaan designer terkenal negara iaitu Rizman Ruzaini. Juri pada malam itu adalah Dato Aznil Haji Nawawi. Norman Hakim dan juga Dynas Mokhtar manakala pengacara masih tetap Shca Alyahya dan di hiburkan oleh penyanyi Kaka Azraff.
 

Tahniah kepada pemenang Hero Favourite ramai iaitu Nabil yang mendapat undian paling tinggi. Manakala Anugerah Hero Remaja Khas Juri diberikan kepada Adam kerana ciri dan sifat pilihan dari juri sendiri. Moga Hero Remaja kali ini akan menjadi ikon kepada remaja luar sana dan terus mencapai kejayaan sepertimana Fattah Amin.





Pencarian Hero Remaja merupakan program pencarian ikon lelaki muda pertama seumpamanya dalam dunia media cetak dan produksi di Malaysia. Sejak menemui ramai pada tahun 1990, pencarian Hero Remaja yang dianjurkan oleh Kumpulan Media Karangkraf ini telah pun memasuki edisi kesembilan pada tahun ini.

Program ini bakal melahirkan seorang lagi seperti Fatah Amin, Kamal Adli dan seumpama denganya. Bakal disiarkan di Astro Ria bermula 14 September 2017 ini dan siapakah antara 20 orang peserta ini bakal menjadi juara tahun ini. Info lanjut untuk mengundi di laman Instagram Pencarian Hero Remaja.




Mari kita kenali semua peserta Hero Remaja 2017 dan korang boleh mengundi mereka bermula sekarang. Sapa yang korang suka dan korang rasa bakal juara kerana kerator atau kerana imej yang tampan menawan hati. Jangan lupa saksikan aksi mereka dan adakah mereka betul-betul berbakat.