Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menerima pengiktirafan Ijazah Sarjana Kehormat dalam bidang Seni Kreatif dan Media daripada Sunway University sebagai menghargai sumbangan cemerlang serta dedikasinya dalam memperkasa industri muzik dan seni kreatif tanah air.
Berita gembira itu dikongsikan penyanyi nombor satu negara itu menerusi Instagram miliknya, hari ini.
Menurut penyanyi lagu Kesuma itu, pengiktirafan diterima bukan sekadar penghargaan terhadap perjalanan seninya, malah turut dianggap sebagai pengiktirafan kepada seluruh warga industri muzik dan seni kreatif negara.
Beliau turut berharap agar anugerah tersebut dapat dijadikan sumber inspirasi buat pengamal seni tempatan serta generasi muda untuk terus berkarya.
Sementara itu, pihak Sunway University dalam kenyataan mereka turut menyampaikan ucapan tahniah kepada beliau atas penerimaan ijazah kehormat berkenaan.
Menurut kenyataan universiti itu, anugerah berkenaan diberikan sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan cemerlang serta perjalanan seni beliau yang memberi inspirasi.

0 comments: