Dunia Penuh Gosip - HotFM Dunia Penuh Gosip: HotFM - All Post
Memaparkan catatan dengan label HotFM. Papar semua catatan
Kecoh lagi gambar-gambar bogel artis Malaysia. Sebelum ini gambar artis lelaki dan wanita yang di katakan mengjalin hubungan sulit tersebar meluas dalam social media. Tempias itu juga turut dirasai oleh penyampai radio HotFM iaitu Fizie.


Ini apabila tersebar dalah laman Tumblr gambar seorang lelaki yang mirip wajahnya dalam keadaan bogel. Ramai netizen mula memperkatakan tentang kesahihan gambar itu.

Sehingga akhirnya Fizie membuat keyataan menafikan yang gambar tersebar itu adalah gambarnya. Fizie juga turut membuat laporan polis dan SKMM untuk membersihkan namanya daripada isu tersebut.

Kalau sekali tengok gambar tu ada iras-iras muka penyampai tersebut tapi kalau tengok lama-lama tak ada gaya pun. Mungkin pelanduk dua serupa atau mereka yang membuat super impose pada gambar tersebut.


Perkara ini pernah berlaku dulu kepada penyampai radio AG sebelum ini dimana tersebar satu gambar lelaki bogel yang dikatakan mirip sepertinya. Kalau betul kita tak buat jangan risau kan kebenaran pasti akan terbongkar jua.




Rangkaian Radio Media Prima (RRMP) telah melancarkan stesen radio keempat mereka yang diberi nama, Kool FM. Dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RRMP Seelan Paul, saluran yang akan mensasarkan mereka yang berusia antara 25 hingga 44-tahun. 


Menurut beliau radio ini akan memainkan lagu-lagu dari tahun 80-an, 90-an dan juga hits popular dalam dan luar negara dengan genre tambahan dangdut untuk ditambah ke senarai lagu pilihan. Ia adalah sangat menarik dengan pelancaran Kool FM sebagai saluran orang dewasa. Sebelum ni radio sedia ada seperti Hot FM, Fly FM dan One FM memberi tumpuan kepada Gen-Y.

Kool FM dilancarkan di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini, dengan penampilan dari juruhebah radio yang termasuk artis tempatan AG, Haiza, Liza, Ikhwan, Farid dan Ezaq. Para pendengar boleh mula mendengar radio ini bermula pada 3 Mac di frekuensi 101.3 FM di Lembah Klang dan 90.2 FM di Pulau Pinang sahaja buat masa ini.

Adakah ini menunjukan bahawa HotFM tidak lagi menyengat seperti dulu. Apa strategi RRMP untuk mengembalikan semua takhta sebagai radio No 1 di Malaysia. Mereka kena ikut perkembangan mana lagu2 baru yang ada kat youtube dengan tontonan lebih 1 juta tu patut dan boleh masuk radio. Kerana mesti ramai peminat lagu2 tersebut.







Berita sedih dan juga berita yang tidak berapa sedap kita dengar untuk permulaan minggu ini. Pagi tadi di HotFM penyampai radio tersebut telah membuat pengumuman. Sebelum ini mereka bermain teka-teki tentang satu pengumuman yang agar menggemparkan daripada minggu lepas lagi. Ingatkan pengumuman Fara Fauzana dan ada jodoh dan akan menamatkan zaman bujangnya tapi lain pulak bunyinya pengumuman itu.


Rupanya Fara Fauzana akan meninggalkan station radio tersebut buat selamanya dan juga menamatkan kareernya sebagai penyampai radio. Katanya beliau akan menumpukan hasrat untuk menjadi pengacara sepenuh masa pula. Jadi lepas ni kita tidak akan dapat mendengar lagi celoteh dan gelak tawa penyampai yang lebih mesra disapa Fafau ini di dalam radio.

Namun bukan sampai di situ sahaja pengumuman yang dibuat di radio HotFM pagi tadi juga mengejutkan di mana 3 lagi penyampai turut akan meninggalkan station radio yang hangat itu. Penyampai tersebut adalah AG, Ikhwan dan juga penyampai baru Liza. Mereka akan berpindah ke station radio baru yang juga di bawah naungan Media Prima.


Bagi AG yang telah 10 tahun di HotFM banyak sangat pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan. Termasuklah bersama dengan peminat bukan sahaja di udara tapi di luar konti untuk memeriahkan lagi station radio tersebut. Ikhwan juga sama yang dah lama dengan HotFM akan meninggalkan tempat di mana beliau memulakan kareer sebagai penyampai radio.

Apa pun keputusan yang dibuat tetap akan menjadi sejarah dan kenangan indah kepada semua peminat radio yang pernah mendapat takhta No 1 pilihan rakyat Malaysia. Doa terbaik buat semua ke 4 orang penyampai tersebut dan terus maju jaya dalam apa sahaja yang diceburinya. Moga lepas ini ada pula suara baru untuk menggantikan mereka atau adakah HotFM akan terkubur.... jeng jeng jeng...









Tak sah kalau setiap majlis anugerah tak ada cakap2 belakang oleh peminat industri sendiri. Begitu juga ABPBH 2014 yang telah berlangsung dengan jayanya di Arena Of Star Genting Higland. Bagi keyboard warrior juga tetap akan megembar gemburkan isu2 yang kadang2 tidak begitu serius tapi menarik untuk dibaca oleh penonton. Apa pun jom kita lihat beberapa cakap-cakap tentang ABPBH 2014.

1) Persembahan pembukaan oleh Faizal Tahir memukau semua penonton dan mendapat sorakan gemurah kerana persembahan yang penuh bertenaga selepas lebih 2 tahun menyepi dari industri muzik tanah air.

2) Gabungan pengacara AG, Amy Mastura dan Sherry Alhadad agak tidak seimbang dan kadang2 kusam kerana lawak yang tidak berapa menjadi. Namun Sherry pandai bermain dengan suasana dan kadang2 menceriakan kembali manjlis anugerah berprestij ini. 

3) Kemenangan bagi ketegori Pelakon Komedi Wanita Popular di lihat seperti ada yang tidak kena kerana pemenang tidak begitu menyerlah tahun lepas akibat cuti bersalin. Tetapi lebih kelihatan bakat Jehan Muse pada 2014 melalui program Maharaja Lawak Mega.


4) Namun ibu Didie Alias tetap maintain dengan gaya yang berani pada malam ABPBH 2014 apabila muncul dengan pakaian yang unik berlampu di leher dan juga sekuntum bunga besar di atas kepala yang menjadi trademark beliau tahniah ibu Didie.

5) Persembahan Atilia dan ibunya Salamiah Hassan kelihatan cacat akibat masalah kerosakan microfon yang ketara kerana mereka terpaksa berkongsi satu mic dalam persembahan tersebut. Sepatutnya masalah teknikal kecil2 ini tidak berlaku dalam majlis anugerah besar yang telah di rancang berbulan2 lamanya.

6) Setelah di umumkan memenangi kategori Penyampai Radio Lelaki Popular, Johan muncul di kaca TV dengan image yang cukup berbeza dan lain apabila rambutnya diubah menjadi lurus. Johan nampak lebih bergaya dengan image tersebut dan semasa ucapannya Johan sempat berseloro tentang gayanya yang seakan sama dengan penyanyi popular Anuar Zain.


7) Gambar Johan bercumbu bersama isterinya selepas diumumkan menang kategori Penyampai Radio Lelaki Popular menjadi sebaran di media social. Tapi apa salah pasangan suami isteri pun bukan bercumbu lama cuma kucupan mesra sahaja dan kebetulan kamera berada betul2 di hadapan mereka.

8) Juga menjadi viral di media social apabila reaksi spontan Neelofa tidak bersalaman dengan seorang lelaki selepas beliau di umumkan memenangi kategori Pengacara TV Wanita Popular. Lelaki tersebut di lihat berlari ke arah Neelofa untuk bersalaman tetapi tidak di endahkan oleh beliau dan aksi ini di rakamkan oleh kamera secara kebetulan.

9) Adira sekali lagi membuat gempak apabila kelihatan kain yang di pakainya tersangkut semasa beliau mahu keluar dari barisan kerusi artis untuk menerima anugerah Penyanyi Wanita Popular. Adira seperti menahan rasa malu beberapa minit untuk menarik kainya dan juga seperti membuat ulangan kesilapan pada malam Mentor Lagend dimana beliau jatuh di atas pentas.

10) Persembahan artis pada malam itu semuanya memberi persembahan terbaik termasuklah Dato Siti Nurhaliza bersama Dayang Nurfaizah yang menyanyikan lagu Allahyarham Dato Sharifah Aini. Manakala persembahan 4 jejaki yang vokal mantap iaitu Black, Hazama, Akim dan Azlan begitu memukau menyanyikan lagu Tan Sri S.M Salim.


11) Ayda Jebat kelihatan gugup dan gementar semasa membuat persembahan nyanyian lagu Wanita Terbahagian bersama Fina bintang Akedemi Fantasia yang telah lama menyepi tanpa lagu baru.

12) Ramai tidak tahu sebenarnya Sherry Alhadad sesetengah waktu mengacara di atas pentas tanpa memakai kasut tumit tingginya.

13) Shaheizy Sam tahun ini adalah tahun ke 3 beliau di nobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 namun masih kelihatan gugup dan gementar semasa memberi ucapan. Di iringin oleh ahli keluarga meraikan kemenangan di atas pentas dengan penuh keseronokan.














Semarak Cinta Zarra Sinar Puteri itulah tema malam anugerah penuh berprestij yang telah berlangsung dengan jayanya semalam di Arena Of Star Genting Higland. Telah menobatkan pemenang untuk 15 kategori pilihan pengundi dan juga 6 kategori online. Tahniah kepada barisan pemenang yang ada dapat di ramal dan tidak kurang yang mengejutkan. 


Apa pun telah masuk tahun ke 3 di nobatkan Bintang Paling Popular Shaheizy Sam masih lagi gugup dan gementar di atas pentas untuk menyampaikan ucapan. Sam di ramalkan membawa pulang hadiah utama dan juga kereta. Tahun ini Sam muncul bersama ahli keluarga menikmati kemenangannya di malam ABPBH 2014.

Jom kita lihat senarai penuh pemenang ABPBH 2014

Kategori Utama
Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2014 = Shaheizy Sam
Artis Baharu Lelaki Popular = Hafreez Adam
Artis Baharu Wanita Popular = Ayda Jebat
Artis Komedi Lelaki Populat = Abam Bocey
Artis Komedi Wanita Popular = Didie Alias
Artis Duo/Berkumpulan Popular = Akim & The Magistrate
Penyampai Radio Lelaki Popular = Johan (ERAFM)
Penyampai Radio Wanita Popular = Fara Fauzana (HotFM)
Pengacara TV Lelaki Popular = Dato Aznil Hj Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular = Neelofa
Pelakon TV Lelaki Popular = Shah Iskandar
Pelakon TV Wanita Popular = Nad Zainal
Pelakon Filem Lelaki Popular = Shaheizy Sam
Pelakon Filem Wanita Popular = Siti Saleha
Penyanyi Lelaki Popular = Akim
Penyanyi Wanita Popular = Adira
Anugerah Sepanjang Hayat = Tan Sri S.M Salim

Kategori Online
Artis Paling Kontroversi = Sharnaaz Ahmad
Pasangan Selebriti Romantis = Awal Ashaari& Scha Alyahya
Artis Wanita Stailo = Dato Siti Nurhaliza
Artis Lelaki Stailo = Zul Ariffin
Gandingan Serasi Di Layar = Zul Ariffin & Ayda Jebat
Personaliti Popular = Faiz Dickie