Memaparkan catatan dengan label Juara Lagu. Papar semua catatan
Minggu lepas Muzik-Muzik ke 34 telah mengumumkan senarai lagu yang berjaya ke peringkat separuh akhirnya. 30 buah lagu yang hebat bersaing selamat setahun ini kini bakal berentap di tiga peringkat separuh akhir yang akan bermula pada 15, 22, dan 29 November ini. Nampak penyertaan kali ini sembang antara mereka yang dah bepengalaman atas pentas AJL dan juga yang masih baru BBNU.


Senarai lagu yang layak ke separuh akhir minggu pertama

Drama – Drama Band
Paku – Ara Johari
Hatiku Milikmu – Siti Nordiana
Tiada Dirimu – Shila Amzah
Mencuba – Sufian Suhaimi
123 – Khai Bahar
Satukan Rasa – Siti Nordiana & Khai Bahar
Terlalu Memuja – Wany Hasrita
Bidadari – Ismail Izani
Aku Yang Bersalah – Ucop
Kepuraanmu – Luqman Faiz

Manakal minggu kedua menyaksikan lagu daripada arti no 1 rakyat Malaysia siapa lagi kalau bukan Dato Sri Siti Nurhaliza iaitu 'Anta Pemana'. Namun seperti mana penderian penyanyi ini beliau tidak akan menyampaikan lagu ciptaan Hael dan Ezra Kong tersebut. Siapa bakal menjadi peganti masih menjadi tanda tanya dan juga perhatian ramai kerana lagu ini cukup kuat dan hebat. Mampukah peganti bakal membawa lagu ini sebaik atau lebih baik daripada Tok Ti. Kita nantikan...

Senarai lagu yang layak ke separuh akhir minggu kedua

Anta Permana – Dato Sri Siti Nurhaliza
Rampas – Akim & Majistret
Pujaan Hati – Adira
Sumpah – Naim Daniel
Ku Bersuara – Ernie Zakri
Kisah Cinta Kita – Hafiz Suip
Teguh Setia – Muna Syahirah
Regamanmu – Faizal Tahir
Pedih – Sarah Suhairi
Bekas Kekasih – Tomok
Lembah Kesepian – Haqiem Rusly


Minggu ketiga pula menyaksikan 8 lagu yang akan bersaing dan juga pada malam tersebut semua keputusan akan diumumkan. Lagu mana yang layak untuk ke AJL tahun ini yang menjadi pentas keramat dan idaman semua penyanyi di Malaysia. 

Senarai lagu yang layak ke separuh akhir minggu ketiga

Dinda – Kugiran Masdo
Peneman – Hazama The Penglipurlara
Bimbang – Marsha
Tetap Kamu – Amylea x Megat
Pudar – Indah Ruhaila
Sumpah – Aina Abdul
Bangun – Aman Ra
Jutaan Purnama – Datin Alyah

Pengacara pada malam separuh akhir masih Sherry Alhadad dan juga Haziq. Bakal di tayangkan secara langsung di Plaza Alam Sentral Shah Alam dan di TV3. Nantikan kehebatan dan juga siapa bakal tampil menyerlah pada malam separuh akhir nanti.








Tahniah kepada pemenang Anugerah Juara Lagu ke 33 milik lagu Haram ciptaan sepenuhnya oleh Hael Husaini bersama Ezra Kong dan dinyanyikan oleh Hael bersama Dayang Nurfaizah. Hael mengulangai kejayaan yang beliau kecapi pada AJL32 tahun lepas. Acara ini telah berlangsung secara gemilang dari Axiata Arena, Bukit Jalil malam tadi.


Tempat kedua pula adalah milik lagu Bunga nyanyian Ara Johari manakala lagu Sampai Bila nyanyian Misha Omar berada di tempat ketiga. Misha turut berjaya meraih trofi Vokal Terbaik. Dengan itu Misha membawa pulang wang tunai RM12,000 dan trofi.  

Namun persembahan yang menusuk kalbu ramai penonton pada malam AJL33 itu adalah milik Sufian Suhaimi. Persembahan dengan vokal yang hebat tiada lagi rasa gentar atau takut di atas pentas seperti mana persembahan pada kemunculan pertama di AJL31. Paling berkesan adalah penggunaan prop dengan membawa konsep 'Pelamin angan ku musnah' berjaya menambat hati penonton dan sekaligus merangkul Anugerah Persembahan Terbaik. Sufian membawa pulang wang tunai RM12,000, trofi serta sebuah telefon pintar Samsung A9. 


Siap Dato Sri Siti Nurhaliza puji persembahan Sufian Suhaimi kat laman twitter rasmi beliau.


AJL 33 dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad bersiaran pada jam 9 malam di TV3 manakala acara karpet merah yang berlangsung sebelum AJL 33 diacarakan oleh Shuk Sahar dan Kaka Azraff. Tahniah kepada semua pememang korang memang hebat. Jumpa lagi tahun depan.