Dunia Penuh Gosip - Karangkraft Dunia Penuh Gosip: Karangkraft - All Post
Memaparkan catatan dengan label Karangkraft. Papar semua catatan
Dulu di kenali sebagai majalah yang pertama berani muncul dengan konsep cara hidup dan gaya lelaki sejati kini Majalah Maskulin telah lebih di kenali dengan mantapnya. Menggunakan tagline 'Tarif Terkini Lelaki Muda' mensasarkan golongan lelaki yang bekerjaya dan juga mahu menampilkan image yang lebih berani. 


Sapa sangka majalah yang menjadi rujukan utama lelaki di Malaysia kini lebih matang dalam menjangkau usia 15 tahun. Bagi meraikan 15 tahun ketrampilan Maskulin di persada penerbitan majalah di Malaysia maka bulan ini di keluarkan edisi bumper khas buat pembaca yang setia.


Dalam edisi ini majalah ini banyak bermain dengan unsur 15 yang merujuk kepada 15 perkara yang menjadi pilihan lelaki dan juga gaya style lelaki. Selain itu juga mereka telah tampil dengan 15 ikon lelaki yang mempunyai pengaruh tersendiri dan boleh dijadikan sumber inspirasi kepada pembaca di luar sana. Anda boleh dapatkan edisi khas ini yang telah berada di pasaran sekarang juga.

Dato AC Mizal dan Sherson Lian Ikon Lelaki Maskulin

Wak Doyok Ikon Lelaki Maskulin

Mejar Dr Faiz Ikon Lelaki Maskulin

Bagi memeriahkan lagi sambutan 15 tahun Majalah Maskulin ini, telah di adakan 'Maskulin Cocktail Party' yang bertempat di Starbucks Desa Hartamas pada 18 Sept 2015. Acara sederhana tapi meriah ini di raikan dengan ramainya kehadiran artis yang juga turut pernah menajadi cover majalah dan juga barisan ikon2 pilihan Maskulin. Party yang bertemakan konsep Hitam Putih semua artis datang dengan gaya dan fesyen tersendiri. 

Pengacara Ayie Ali



Antara mereka yang kelihatan pada malam tersebut adalah seperti penyanyi yang popular dengan lagu 'Marry Me' sapa lagi kalau bukan Mark Adam. Juga pelakon yang kian mencipta nama melalu siri drama Syurga Nur iaitu Azrel Ismail. Pelakon yang semakin sado dan juga kini mempunyai GYM sendiri iaitu Norman Hakim juga turut sama meraikan majlis malam itu. Juga turut di jemput antara ikon lelaki Majalah Maskulin sempena dengan 15 tahun iaitu Wak Doyok dan juga Mejar Dr Faiz.

Mark Adam

Azuan Mazlan, Azrel Ismail dan Safwan Yahya

Hizami Li, Norman Hakim dan Mawardi Yunus

Pada malam tersebut juga buat pertama kalinya pengenalan kepada barisan orang kuat yang baru bagi menghidupkan majalan ini untuk masa2 akan datang. Turut di pekenalkan editor baru majalah ini iaitu En Shahir Abdul Rahim. Beliau selaku peneraju baru begitu excited bagi melihat majalah ini lebih terus maju di masa akan datang dan tampil dengan isu2 lebih segar dan trending.

Editor baru Majalah Maskulin En Shahir

Barisan editorial dan juga ikon lelaki Maskulin

Bagi tetamu yang datang malam itu semua di raikan dengan acara ucapan dan tayangan video khas 15 tahun Majalah Maskulin mecipta nama. Mereka juga di hiburkan dengan dua barisan artis yang satu ini sudah ada nama dalam dunia seni sapa tak kenal kumpulan Sakura Band manakala sorang lagi artis solo ini baru ada satu single yang bertajuk 'Bersumpah Demi Cinta' juga bekas peserta Pencarian Lelaki Maskulin iaitu Sazrin Aizul


Zoey Rahman dan Wak Doyok

Sakura Band

Sazrin Aizul

Semua tetamu di hidangkan dengan makanan enak2 daripada Starbuck Desa Hartamas selaku penaja lokasi bagi majli koktail ini. Tahniah buat Majalah Maskulin yang terus kukuh menjadi majalah no 1 pilihan lelaki Malaysia. Agar terus mencipta fenomena ke atasa industri penerbitan negara dan terus maju jaya selamanya. Selamat ulang tahun ke 15 'Maskulin Towards 15th Anniversary'.

Barisan blogger, editor dan bekas editor Majalah Maskulin

Jangan lupa untuk #Maskulin15 #MaskulinMag #Celebratewithstyle





Berminggu2 16 peserta program realiti mencari bakat remaja palign bergaya Dewi Remaja kini sampai ke kemuncaknya. Pada malam tadi telah menobatkan juara dan juga pemenang-pemenang lain. Tahniah kepada Raysha Rizrose yang sebelum ini kelihatan low profile dan juga kurang menonjol di khalayak juri telah berjaya menambat hati juri untuk di nobatkan sebagai juara. 

Juara Dewi Remaja 14/15 Raysha Rizrose

Raysa berusia 18 tahun ini adalah adik tiri kepada pelakon popular Nelydia dan Uqasha Senrose. Bakat dan juga personaliti yang bersederhana dan tampil ayu menjadikan anak kacukan Siam Melayu ini cukup di senangi. Beliau berjaya menewaskan 4 lagi peserta akhir pada malam kemuncak yang di tayangkan di Astro Ria. 


Tempat kedua pula di menangi oleh Syamim, yang juga memenangi kategori Dewi Menawan (Sunsilk), manakala Balqish di tempat ketiga. Mawar memenangi kategori Dewi Kegemaran, yang ditentukan 100% daripada undian peminat melalui laman web rasmi. Sementara itu, seorang lagi peserta, Fify Azmi, 25, dinobatkan sebagai Dewi Persahabatan pada malam tersebut.

Tahniah kepada penaung program ini iaitu Majalah Remaja yang telah banyak melahirkan bakat2 muda dan berjaya sehingga kini. Antara mereka yang berjaya kelahiran program ini adalah seperti Scha Al Yahya dan juga Neelofa. Juri pada malam tersebut adalah Edry Abdul Halim, Erra Fazira, Scha Al-Yahya, Pengarah Kreatif Kumpulan Karangkraf, Farah Hussamuddin dan jurugambar bebas, Ridduan Ismail


Tapi peringatan buat semua pemuda di luar sana yang mahu memikat hati gadis comel Raysha ini kerana beliau telah pun berpunya dan telah menjalin cinta dengan seorang jejaka handsem. Hehehe apa pun perjalanan masih jauh buat Raysha tahniah dari Mahagosip moga terus berjaya dalam dunia seni ini.